Setiap insan pasti memiliki warna kegemaran mereka tersendiri sebagai identiti diri. Malah, apabila terlalu ‘obses’ dengan warna yang disukai sehingga dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki pasti mahu warna yang sama.
Pastinya, warna yang digemari juga dapat melahirkan suatu aura yang positif terutama apabila seseorang memilih rona hijau sebagai warna kesukaannya. Tambahan pula, rona hijau juga warna ketenangan dan ‘sejuk’ sahaja mata apabila dilihat.
Di Brooklyn, Amerika Syarikat, ada seorang warga emas yang juga artis, telah meraih perhatian ramai apabila dilihat dirinya dari hujung rambut sampailah ke kaki, setiap apa yang gayakan wanita itu adalah berona hijau.
Obsesinya terhadap hijau yang disifatkan sebagai warna dengan elemen positif, warga emas yang dikenali sebagai Elizabeth Sweetheart, hanya memakai pakaian dan barangan berwarna hijau sejak lebih dua dekad lalu.
Bukan setakat apa digayakan yang ada di setiap ‘inci’ tubuh badannya, barang-barang lain di kediaman wanita itu seperti cadar, permaidani, laci pakaian serta pinggan mangkuk menjadi pilihan berwarna hijau.
Ads
“Hijau adalah warna yang cukup positif dan melambangkan kegembiraan. Bagi saya, warna ini sentiasa kelihatan segar, walaupun pada hari suram. Saya sememangnya amat meminati warna memandangkan saya merupakan seorang artis.
“Saya menganggap bermain dengan warna dan motif adalah sesuatu yang menyeronokkan. Semakin lama, minat terhadap warna hijau semakin berkembang,” katanya.
Tambah Sweetheart yang kini berusia 82 tahun itu, dia tidak begitu pasti sejak bila kegilaannya terhadap warna hijau bermula. Selain, rona hijau pilihannya juga adalah agak spesifik.
Ads
Disebabkan itu, dia mewarnakan sendiri kebanyakan pakaiannya. Dia turut mewarnakan kukunya dengan warna hijau. Sweetheart menggabungkan pewarna kuku biru dan kuning bagi mendapatkan warna hijau terang.
Digelar sebagai ‘Green Lady of Brooklyn’, menariknya, orang awam serta jiran-jiran amat memahami minat wanita itu terhadap warna berkenaan dan akan memberikan barangan berwarna tersebut kepada wanita berkenaan.
Ads
“Kami tidak pernah beli barang-barang berwarna hijau ini. Kebanyakan barangan berwarna hijau yang ada di rumah kami ketika ini diberikan oleh orang awam serta jiran-jiran.
“Adakalanya, apabila jiran-jiran terjumpa barangan berwarna hijau di stor, mereka akan hantarnya ke rumah saya. Mereka tahu, saya merupakan penggemar barang berwarna hijau,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Sweetheart berkata biarpun sudah terlalu lama ‘hidup’ dengan warna hijau, namun dia tidak pernah berasa bosan atau terfikir untuk menukar warna kegemarannya itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan privasi, tanpa berkongsi kisah seharian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Vivy mengakui banyak penambahbaikan dalam hidupnya selepas mengaktifkan mood privasi pada akaun media sosialnya.
Selain itu, usahawan berusia 37 tahun itu juga menegaskan bahawa dia percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, sebelum ini dilaporkan terlibat dengan pertuduhan pecah amanah yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Namun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab penuh atas kejadian tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
Craving nak makan aiskrim tapi malas nak keluar di tempat awam dimusim Covid-19 ni? Jangan risau, kini korang boleh mendapatkan aiskrim favourite korang dengan perkhidmatan atas talian Shopee.
Cuma pilih, bayar dan penghantaran terus ke rumah untuk korang menikmati kelazatan aiskrim tanpa perlu keluar rumah kerana masih patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.
Confirm terliur kan? Bagaimana nak buat pesanan? Mudah saja, korang boleh terus ke aplikasi Shopee dan taip nama 7 kedai aiskrim pilihan.
Ha, mudah sahaja kan? Lepas ni korang boleh la wfh sambil makan aiskrim kegemaran. Tapi kalau penimbang berat bertambah angka jangan salahkan penulis tau. Hiks!
Pelik bukan? Kebiasaannya kalau kita takutkan sesuatu pasti kita cuba elakkan dari bertemu ataupun melalui lokasi tersebut. Namun lain pula cerita gadis manis berusia 12 tahun yang berasal dari Australia ini. Ketika anak muda seusia dengannya rancak meluangkan masa dengan gajet ataupun bersosial, bagi TJ Kleeman dia memilih untuk melawat tapak perkuburan tempatan berdekatan rumahnya dan membersihkannya.
Dia akan meluangkan masa sebanyak tiga kali seminggu untuk ke situ dan membersihkan setiap kubur dari daun dan kemudiannya akan memberus kubur-kubur tersebut agar tidak diselaputi lumut dan kotoran.
Hobi membersihkan kubur ini bukanlah datang dengan sendirinya. Namun segalanya bermula apabila keluarganya berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak sangat dekat dengan kubur. Ujarnya kepada ABC, “Saya sangat takut memikirkan kubur tersebut hanya terletak di belakang rumah. Kemudian ibu saya mengajak saya untuk melihatnya menerusi laman belakang rumah kami dan menginspirasikan idea untuk membersihkan kubur-kubur tersebut.”
Ternyata dengan berbuat demikian perasaan takut akan kubur lenyap sebaliknya kepuasan tercapai apabila melihat kawasan tersebut nampak kemas dan cantik. Sehingga kini dia dan juga ibunya sudah melakukan kerja amal membersihkan kawasan kubur tersebut selama sembilan tahun.
Pelajar di Sekolah Tinggi Tweed River ini telah dianugerahkan Tweed Shire’s 2020 Young Achiever in Community Service pada hari Australia yang lalu. Bercakap mengenai penganugerahan itu, TJ berkongsi, “Saya berharap kerja kesukarelawanan ini menjadi inspirasi kepada orang lain. Anda juga boleh buat begini dan membantu orang lain. Mungkin bukan di kubur, boleh jadi benda lain. Melakukan kerja servis komuniti ini akan membuatkan ada rasa puas.”
*** P/S- Agak-agak korang berani tak buat kerja komuniti membersihkan kubur?