Diet Ikut Bentuk Badan Boleh Hilangkan Lemak Di Kawasan Tertentu

749

Pernah tak korang terfikir kenapa setiap individu itu mempunyai lemak di ‘kawasan tertentu’ pada badan mereka?

Ada wanita yang cenderung untuk memperoleh lemak di bahagian perut, pinggul dan paha. Setiap daripada kita mempunyai isu lemak berlebihan dan tahukah korang bahawa hal ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang sesuai mengikut bentuk tubuh badan?

Istimewa kali ini, REMAJA ingin mengupas masalah ‘kawasan berlemak’ yang sering menghantui golongan wanita dengan memberikan tip pengambilan makanan untuk mengurangkan lemak di kawasan-kawasan tertentu pada tubuh.

1. Rectangle

Jika mempunyai bentuk tubuh seperti segi tiga, bahagian pinggul dan pinggang yang agak kecil, korang perlu untuk mendapatkan makanan daripada lemak sihat seperti avokado, badam dan ikan salmon. Pengambilan protein juga baik untuk diet. Ingat, walaupun berbadan kurus, masih perlu mengikut cara diet makanan yang sihat. Kurangkan pengambilan makanan segera dan bergula.

2. Apple

Jika mempunyai bentuk tubuh seperti ini, korang mempunyai masalah lemak yang berlebihan pada bahagian tengah tubuh badan. Oleh itu, diet yang sesuai diamalkan adalah dengan cara makan yang sedikit dan kerap. Makan enam kali sehari tetapi dengan portion yang kecil. Ambil makanan yang kaya dengan serat, buah-buahan, sayuran, vitamin C dan bahan tenusu rendah lemak. Elakkan makanan seperti makanan segera dan roti.

3. Pear

Bentuk badan seperti buah pear digambarkan dengan ukuran pinggul yang lebih besar daripada ukuran dada. Individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini cenderung untuk menghadapi masalah lemak di bahagian pinggul dan paha kerana mungkin mengalami  situasi water retention.

Ambil makanan seperti daging, ikan, telur, produk tenusu dan makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi. Buah-buahan seperti tembikai dan nanas adalah terbaik untuk membantu mengeluarkan toksin yang memperlahankan kadar metabolisme.

4. Hourglass

Walaupun ramai wanita yang mengidamkan bentuk badan seperti ini, namun mereka cenderung untuk mendapatkan berat badan secara merata dan kekurangan muscle tone.

Korang juga lebih berisiko mempunyai tahap gula dalam darah dan disarankan untuk memilih makanan dengan indeks glycemic yang rendah dan makan sehingga 5 atau 6 kali sehari dengan portion yang kecil.

CER KOMEN SIKIT