
Usia yang masih muda bukan penghalang untuk mencipta pencapaian luar biasa. Itulah yang dibuktikan oleh seorang pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor (MTM), Kota Bharu, Kelantan, Ahmad Fikri Abdul Hisham, apabila berjaya menamatkan Syahadah Hafazan al-Quran kategori 30 juzuk hanya dalam tempoh sehari.
Kehebatan Ahmad Fikri pantas mencuri perhatian warga maya apabila berita tersebut tular di pelbagai platform media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja, terharu dan bangga, menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu yang luar jangka bagi anak muda seusianya.
Tinjauan Remaja di media sosial mendapati ribuan komen positif membanjiri ruangan komen, dengan ramai menyifatkan Ahmad Fikri wajar diangkat sebagai
ikon anak Kelantan serta contoh terbaik generasi muda yang membesar dengan al-Quran sebagai teras kehidupan.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah daripada
“Tahniah diucapkan kepada Ahmad Fikri Abdul Hisham. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada ibu bapa, para guru serta YIK atas usaha berterusan melahirkan generasi huffaz yang unggul. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kelantan,” katanya.
Sesungguhnya, kisah Ahmad Fikri membuktikan bahawa apabila ilmu, disiplin dan keikhlasan disatukan, usia bukan ukuran untuk mencapai kejayaan luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.