Dian Sastrowardoyo Kagum Dengan Bakat Idan Aedan Dalam Filem Fox King

Share

Aktres tersohor Indonesia, Dian Sastrowardoyo ternyata terpukau dengan bakat lakonan pelakon muda Malaysia, Idan Aedan, selepas digandingkan bersama dalam filem terbaharu berjudul Fox King.

Dalam satu temu bual bersama media Indonesia, Dian mengakui pengalaman membintangi filem itu begitu bermakna buat dirinya kerana berpeluang bekerjasama dengan ramai tenaga kerja dari negara serantau.

Fox King menarik kerana ia adalah salah satu peluang pertama untuk saya dapat berkongsi dengan pembuat filem dari negara-negara jiran.

“Pembuat filem ini adalah gabungan Indonesia dan Malaysia, malah ramai juga datang dari negara lain untuk bekerjasama,” katanya.

Menurut Dian, kolaborasi itu bukan sekadar membuka ruang baharu, malah menemukan dia dengan pelakon muda berbakat besar dari Malaysia.

Secara kreatif, saya dapat bekerjasama dengan seorang pembuat filem Malaysia yang kini tinggal di Jepun, dan pengalamannya sangat berbeza.

“Saya juga dapat bekerjasama dengan pelakon dari Malaysia seperti Idan Aedan. Dia seorang pelakon yang sangat baik hati,” ujarnya.

Menariknya, Idan sebelum ini pernah bergandingan dengan rakan artisnya, Adinia Wirasti. Hal itu membuatkan suasana di set lebih mesra dan serasi.

Idan juga telah bekerjasama dengan pelakon saya, Adinia Wirasti. Jadi bila kami bertemu, kami berkongsi ramai kawan yang sama.

“Bekerjasama dengan mereka membuatkan saya sedar bahawa kerja seorang pelakon yang baik, atau seorang pembuat filem, sebenarnya tidak terikat dengan bahasa,

” kata Dian.

Bagi bintang filem Ada Apa Dengan Cinta itu, seni lakonan sendiri adalah bahasa universal yang mampu menyatukan sesiapa sahaja, tanpa mengira latar budaya atau negara.

Pembuat filem di Indonesia, Malaysia dan Jepun menggunakan bahasa yang sama. Teknik dan lakonan juga adalah bahasa yang sama.

“Apabila bercerita, anda menggunakan empati dan sensitiviti untuk melihat seorang pelakon dan bagaimana anda membentuk watak. Saya rasa itu melampaui nasionaliti. Itulah bahasa universal,

” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Idan Aedan kini sedang menantikan tayangan filem baharunya berjudul Abah Saya Uncle Mike yang diinspirasikan daripada kisah benar.

Sumber: Tatler Indonesia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath