“Dia Selamatkan Nyawa Saya.” Selena Gomez Kongsi Anugerah Women Of The Year Dengan BFF

Share

Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez telah menerima anugerah Woman of The Year sempena acara Billboard Women in Music yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Dan di dalam ucapannya yang diselangi dengan tangisan air mata itu (kami pun turut menangis sama semasa ucapannya), Selena tanpa teragak-agak memulakannya dengan berkata rakan baiknya, Francia Raisa lebih berhak untuk memperoleh anugerah tersebut berbanding dirinya.

Awal tahun ini, Francia secara sukarela telah mendermakan buah pinggang kepada Selena yang dilaporkan menghadapi komplikasi berkenaan diagnosis lupus yang dihadapinya. Perkhabaran tersebut mendapat liputan meluas media seluruh dunia dek kerana 1) status Selena sebagai seorang selebriti dan yang lebih utama 2) kerana ia merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Selepas menjalani pembedahan, Selena telah menjelaskan dalam satu posting di Instagram bahawa pembedahan tersebut telah berjaya dan ia menyelamatkan nyawanya.

Semasa menerima anugerah tersebut, Francia turut menemai Selena di pentas dan hadir sebagai plus-one

rakan baiknya itu. Selain Francia, Selena juga berterima kasih kepada pasukannya dan ahli keluarga yang menurutnya “sentiasa berada bersama saya sepanjang waktu senang dan susah.”

Selena Menerima Diri Seadanya

Pada usia 25 tahun, Selena memberitahu kepada Billboard dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa pembedahan memindahkan buah pinggang yang dijalaninya membuatkan dia semakin sedar akan kepentingan menjaga tubuh badannya.

“Saya hanya tersedar yang badan saya adalah milik saya, [Selepas pembedahan] saya bersyukur kerana masih hidup dan mempunyai badan yang berfungsi dengan baik. I’m actually grateful for who I am.”

“Jika dahulu saya tidak begitu selesa dengan bekas jahitan daripada pembedahan, kini saya sudah menerima keadaan fizikal saya itu.”

Sebelum ini pada tahun 2015, Selena pernah merasakan rendah diri dan stres kerana media antarabangsa melaporkan tentang berat badannya yang meningkat disebabkan penyakit lupus tersebut.

 

IKLAN