Hiburan

“Dia Sangat Sweet, Baik & Berbakat” -Daiyan Trisha Teruja Berganding Dengan Hun Haqeem

Share

Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha tampil berkongsi pengalaman sulungnya digandingkan bersama aktor berbakat besar, Hun Haqeem menerusi siri adaptasi terbaharu berjudul W: Two Worlds.

Berkata kepada Remaja, aktres berusia 29 tahun itu menzahirkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan pelakon muda tersebut menerusi naskhah yang bakal ditayangkan di platform Viu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adaptasi Drama Popular Korea, W: Two Worlds Siri Paling Dinanti Penonton Di Viu!

“Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Hun dalam set pengambaran dan watak pun memang rapat. Hun sangat sweet, baik dan berbakat. Saya suka bekerja dengan dia.

“Malahah juga, mudah bila kita berkolaborasi mahupun berbincang bagaimana nak perform menerusi babak yang sama,” katanya.

Selain itu, penyanyi lagu popular Penat itu turut menyifatkan mudah bekerjasama dengan aktor berusia 25 tahun itu, terutama saling bertukar idea berkaitan babak lakonan ketika di set pengambaran.

“Ya, kami sangat mudah untuk berbincang di mana dia juga membuka idea dan selalu bertanya pendapat saya.

“Selepas kami meluangkan masa bersama, ketika membaca skrip. Ya pada ketika itulah kami mengenali satu sama lain, hati budi dan cuba untuk rasa selesa bagi mengukuhkan lagi ikatan kimia dalam siri ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Daiyan sempat juga berkongsi perkembangan karier muzik buat para peminat yang merindukan hasil buah tangannya.

“Untuk karier muzik saya pula, jangan risau. Saya sudah ada perkara yang bakal saya keluarkan buat anda semua.

“Tinggal tunggu masa sahaja untuk dikeluarkan. Bagi genre pula, masih lagi DNA yang sama,” tuturnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN