
Dengan skor 344.40 poin, Dhabitah Sabri sekali lagi melakar kejayaan di podium dengan menamatkan saingan di belakang Maddison Kenney (Australia) dan Jennifer Abel (Kanada).
Namun pada kali ini, bukan saja atlet berusia 19 tahun ini mengenggam sebutir pingat gangsa untuk Malaysia tetapi juga mencatat rekod tersendiri.
Ini kerana sejak kejohanan Diving World Series diperkenalkan pada tahun 2007, atlet terjun negara belum pernah menghabiskan saingan secara perseorangan di atas podium tersebut.
Maka, pingat gangsa yang dimenangi oleh Bitah semalam menjadikannya sebagai atlet solo pertama yang melangkah naik ke podium untuk acara 3m papan anjal wanita.


Sebelum ini, atlet terjun negara yang pernah menghadiahkan pingat untuk negara di DWS adalah menerusi acara 3m papan anjal seirama (Cheong Jun Hoong – Wendy Ng Yan Yee) dari tahun 2013 ke 2014.
Sudah tentu, Bitah bersyukur dengan kejayaannya itu. Menerusi sebuah posting di Instagram hari ini, Dhabitah berkata, “Alhamdulillah, saya tidak pernah terfikir saya akan memperolehi pingat dalam acara individu dan bertanding bersama penerjun berkelas dunia.
“Saya tak boleh lakukannya tanpa sokongan keluarga, rakan sepasukan dan penyokong Malaysia. Saya juga berbangga dengan rakan saya Syafiq dan Wendy Ng yang sama-sama berjuang bersama saya sehingga ke penghujung,” katanya lagi.

Congrats again Bitah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kanser Boleh Jadi Sejahat Ini…” Pandang Gambar Arissa Boleh Buat Orang Menangis!

Kanser antara penyakit paling digeruni. Amat jarang pengidapnya boleh bertahan lama biar sudah melalui radioterapi dan kimoterapi. Penyakit ini juga tidak mengenal usia, kanak-kanak, remaja mahu pun golongan dewasa. Ramai yang sudah “tewas” dan kebanyakannya diakhiri dengan air mata.
Memandang dan membaca kisah adik Arissa seperti ditulis oleh Wan Shahriza sehari dua ini mampu buat sesiapa pun menangis. Adik kecil ini disahkan mengidap kanser Bilateral Retinoblastoma, sejenis kanser mata. Kedua ibu bapanya terpaksa berhenti kerja demi menjaganya.
Mari kita semua doakan kelapangan dan kurang kesakitan buat adik kecil ini. Semoga detik-detik dan sisa yang masih ada memberikan kasih sayang berlimpah ruah di hati ibu bapanya.
Baca catatan Wan Shahriza di laman facebooknya…
Semalam, 20/1/2018, dalam perjalanan ke KL, saya singgah di Maran utk menjenguk Arissa. Pilu melihat Arissa. Terbaring dia dalam kelambu yg dipasang utk mengelakkan lalat menghurung wajahnya. Kurus. Hanya tulang2. Chemoport yg masih tertanam di dadanya amat jelas kelihatan, terbonjol menolak kulitnya.
Dia ingin makan. Meminta ibunya membelikan KFC. Dia sukakan french fries. Saya lihat ibunya membantu dia duduk. Memang dia sangat lemah. Sudah seminggu dia sudah tidak boleh makan kerana ketumbuhan di dalam mulutnya sudah menghalang laluan makanan.
Pun dia masih mencuba. Menolak fries masuk ke mulutnya. Dia lakukan itu sendiri kerana mungkin hanya dia yang dapat merasakan bahagian mana yang sakit, bahagian mana yg masih boleh bersentuh dgn makanan yg cuba ditelannya.
Tidak sampai dua fries, dia mengalah. Meminta untuk minum air pula. Mencuba menyedut melalui straw, tapi air itu hanya naik separuh. Segera ayahnya memotong straw menjadi dua bahagian pendek. Barulah masuk air itu disedutnya.


Sungguh luluh melihat dia.
Saya cuba mengusap rambutnya. Itu yang paling mampu saya lakukan untuknya. Dia merengek, membantah tangan asing menyentuhnya.
Mengingatkan saya pada Ijjat saya yang juga tidak suka pada orang2 asing yg tidak dikenalinya.
Namun dia alert. Cerdas dan bijak. Bila dia mendengar bunyi sudu dan pinggan sewaktu saya makan mee yang dihidangkan keluarga ibunya, dia bertanya,
“Auntie makan apa..?”
Sungguh luluh perasaan untuk memberi jawapan, ketika dia sudah tidak lagi mampu memasukkan makanan ke mulutnya sendiri.
Arissa.. saya tidak tahu selama manakah dia akan mampu bertahan lagi oleh ganasnya kanser yg menyerang tubuh kecilnya. Getirnya ujianmu, anak.
Dan begitu hancur hati apabila mengingatkan betapa kita sudah tidak lagi mampu untuk melakukan apa2 untuknya. Untuk meringankan sedikit azab yg ditanggungnya.


Saya hanyalah mata yg memandang. Tidak mampu saya bayangkan perasaan ibu ayahnya yang melalui ini bersama Ariissa. Dan apatah lagi utk membayangkan apa yg dirasa dan dilalui Arissa sendiri. Di luar imaginasi.
Maaf jika saya mengganggu emosi sesiapa dengan gambar2 ini. Tapi inilah hakikat kanser. Tak perlu kita berpura2 mengatakan everything is ok or going to be ok. Dengan kanser, NOTHING is ok. Kanser boleh menjadi sejahat ini.
Yang penting ialah awareness. Kesedaran dan pentingnya pengesanan awal. Ianya boleh terkena pada sesiapa sahaja, bila2 masa sahaja.
Untuk yg ingin menyumbang sebagai tanda bersimpati kpd Arissa dan keluarganya, saya sertakan di sini no akaun ibunya. Untuk makluman, kedua ibu bapa Arissa bergilir2 mangambil cuti tanpa gaji.
7618002751 CIMB
Rosmaniza salleh (ibu)
Maybank
Rosmaniza
162263129718 Maybank
Norimi Fazil b. Shamshuddin. (ayah)
(Ariisa ialah pengidap Bilateral Retinoblastoma, sejenis kanser mata. Sudah tidak boleh melihat bertahun2 kerana kedua2 mata sudah dibuang).
Catatan terdahulu tentang Arissa:
https://m.facebook.com/story.php…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu Hanya Seorang Pengutip Sampah, Kini Gadis Ini Berjaya Sambung Pelajaran Di Universiti Melbourne

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah keajaiban dan rezeki milik seorang gadis dari Kemboja, Sophy Ron yang membesar di kawasan pembuangan sampah kerana terpaksa mencari rezeki buat keluarganya.
Menghabiskan masanya selama 7 hari seminggu untuk mengutip bahan-bahan yang boleh dijual, gadis ini tidak pernah bersekolah sehingga umurnya 11 tahun. Kini, nasibnya berubah apabila berjaya mendapatkan biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Melbourne.

Sophy merupakan antara anak Kemboja yang pertama diselamatkan oleh Cambodian Children’s Fund untuk keluar daripada tempat pembuangan sampah tersebut dan berpeluang untuk mencipta kejayaan luar biasa di luar sana.
Buktinya, dia kini diberi penghormatan untuk berada di atas pentas bagai menyampaikan ucapan penutup bagi majlis graduasinya.

Ucapan disampaikan dalam bahasa Inggeris yang fasih, jauh lebih baik daripada kehidupan lampau yang menjadikannya seorang gadis biasa tanpa ilmu.
Dalam ucapannya itu, dia turut meluahkan rasa gementar dan bersyukur kerana semuanya telah berjalan lancar.
“I was very excited but very nervous,”
“The event went very smooth. It was awesome.”

Kisah Sophy ini menunjukkan bahawa tidak ada yang mustahil dalam kehidupan kita. Tidak semestinya kalau kita miskin, kita akan selamanya miskin dan tidak semestinya kalau kita bodoh, kita akan jadi bodoh selamanya.
Paling penting, percaya pada diri dan lakukan sesuatu untuk mengubah nasib korang.
Sumber: World Of Buzz & Cambodian Children’s Fund
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daiso Korea Jual ‘Mesin Basuh’ Cuci Berus Mekap, Rugi Kalau Tak Beli

Kalau dah namanya perempuan, sudah tentu benda wajib yang korang kena ada adalah barang mekap. Kalau tak suka mekap beria pun, atleast ada produk-produk basic untuk muka seperti foundation.
Jadi tak hairanlah kalau dalam beg mekap korang tu ada juga pelbagai jenis berus atau pun beauty blender yang sering digunakan untuk mencantikkan wajah.
Untuk menjaga kebersihan, korang perlu membersihkan perkakasan mekap tersebut selepas digunakan. Tapi, kami yakin tak semua orang rajin nak membersihkannya.
Menurut dailyvanity.sg, terdapat satu alatan yang katanya digunakan oleh gadis Korea untuk membersihkan berus dan perkakasan mekap. Paling best, harganya sangat murah 3000 KRW bersamaan lebih kurang RM10.70.
Produk ini khabarnya dijual di Daiso Korea. Wah, agak-agak ada tak dekat Daiso Malaysia? Bolehlah pergi cari nanti.
Walau bagaimanapun, terdapat empat perkara yang perlu korang ambil kira sebelum membersihkan peralatan mekap tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Kemaskan bulu berus terlebih dahulu supaya kerja pembersihan dapat menembusi dan mengeluarkan semua kotoran dengan teliti
2. Pastikan korang menggunakan pecuci formula lembut free shampoo untuk tidak merosakkan bulu berus, terutamanya produk mahal yang diperbuat daripada rambut semulajadi
3. Lebih baik jika membasuh menggunakan air yang bersuhu bilik bagi mengelakkan bulu berus gugur. Jangan menggunakan air yang terlalu panas
4. Keringkan berus dengan menggantungkan bulu di bahagian bawah. Jangan sesekali menggantungkannya terbalik kerana air boleh meresap di bawah tempat pemegang dan akan merosakan kayu pemegang tersebut
Lepaa nie nak cuci span Beauty Blender dah mudah !.Mini mesin basuh untuk Beauty Blender 🥰.
Posted by School of Makeup – by Siti Nurfarahain on Saturday, 25 May 2019
Kalau korang tengok betul-betul, fungsi alatan pembersih ini sebiji macam mesin basuh sebab ia juga menyediakan saluran untuk mengeluarkan air kotor.
Wah, betul-betul rare produk ni. Kalau pergi Korea bolehlah cari!
Tapi di Daiso Malaysia pun khabarnya ada menjual alatan membersihkan mekap. Cuma versi lain sikit. Seperti yang dikongsi oleh miszrockers.com ini.
So, korang bolehlah cari nanti.. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

