Pelakon dan penyanyi dari Malaysia, Shatirah Amanda sekali lagi mengukir pencapaian penting dalam perjalanan seninya apabila terpilih membintangi filem biografik Rose Pandanwangi, sebuah produksi berskala sinema dan festival arahan produser serta pengarah tersohor Indonesia, Razka Robby Ertanto, terbitan Summerland Production.
Dalam naskhah ini, Amanda memegang watak sebagai seorang penyanyi seriosa dalam koir yang menjadi rakan seperjuangan kepada watak utama, Rose iaitu seorang tokoh seni suara yang berjuang mengangkat martabat nyanyian seriosa, termasuk penyertaannya dalam pertandingan di Belanda serta usaha mengembangkan seni tersebut di Indonesia.
Bekas peserta Dewi Remaja itu turut bergandingan dengan barisan pelakon utama Indonesia, antaranya Pevita Pearce yang membawakan watak Rose dan Refal Hady sebagai watak hero filem berkenaan, sekali gus menjadikan projek ini sebagai pengalaman besar dan bermakna dalam kerjaya seninya.
“Dapatbersama artis hebat Indonesia seperti Pevita sebagai watak Rose dan Refal sebagai hero filem ini menjadikan pengalaman ini sangat berharga dan bermakna buat saya,” ujar Shatirah Amanda.
Pemilihan Amanda dibuat selepas beliau melalui tiga peringkat saringan casting secara dalam talian, sebelum akhirnya terpilih berdasarkan latar belakangnya sebagai penyanyi serta keupayaan vokal yang memenuhi keperluan watak.
Ads
Menurut pihak produksi, antara kekuatan utama Amanda adalah kelunakan suara, rupa paras yang sesuai dengan latar zaman asal penceritaan, serta bakat semula jadi yang memberi sentuhan visual dan emosi sejajar dengan kehendak filem biografik berunsur klasik.
Menariknya, sebagai satu-satunya artis Malaysia yang terlibat dalam filem ini, Razka Robby Ertanto sendiri telah menghubungi Amanda secara peribadi bagi menyampaikan berita pemilihannya. Pengarah tersebut turut menyatakan keyakinan bahawa Amanda mampu menyampaikan watak penyanyi seriosa dengan baik, bukan sahaja dari sudut lakonan, malah dari aspek disiplin serta teknikal vokal.
Ads
Penggambaran Rose Pandanwangi dijalankan di sekitar Jakarta, Indonesia, serta Amsterdam, menjadikan produksi ini sebagai sebuah projek antarabangsa yang memberi pendedahan luas kepada barisan pelakonnya.
Amanda turut meluahkan keterujaan bekerja bersama produksi Indonesia dan menganggap pengalaman ini sebagai pemangkin semangat untuk menembusi pasaran luar negara pada masa hadapan.
“Saya sangat seronok bekerja dengan produksi Indonesia. Pengalaman baharu ini benar-benar memberi dorongan kepada saya untuk terus mengembangkan bakat dan menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang,” tambahnya.
Bekerja di bawah pengarahan Razka Robby Ertanto yang telah meraih pelbagai anugerah menerusi karya terdahulu turut disifatkan Amanda sebagai satu peluang yang sangat dinantikan dan bernilai tinggi dalam pembentukan kerjaya seninya.
Disasarkan untuk tayangan pawagam serta saringan festival, Rose Pandanwangi sekali gus meletakkan Shatirah Amanda sebagai antara artis Malaysia yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat serantau, membuka ruang kerjasama lintas negara dalam landskap perfileman Asia Tenggara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan tampil menegaskan buat para peserta yang bakal hadir ke uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 agar mempersiap diri terlebih dahulu agar lebih kelihatan menarik, sebelum datang untuk menonjolkan bakat yang ada.
“Untuk pencarian Hero Dewi Remaja tahun ini kita tak nak mereka ikut kriteria yang kita (pihak produksi) beri.
“Malah, kita nak mereka hadir dengan diri mereka. Tapi, mereka datang pula, lah…” katanya ketika ditemu bual.
Rozita berkata demikian ketika ditemui Remaja pada uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Pulau Pinang, pada Sabtu.
Tambah bintang itu lagi, dia menegaskan agar kesemua peserta yang bakal hadir ke uji bakat sudah pun mengetahui bakat yang ada untuk persembahkan kepada para juri.
“Jadi, datanglah dengan betul-betul dah tahu bakat apa yang ada dalam diri anda, asahkan lagi dan praktis ‘kaw-kaw’, jadi barulah anda datang,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, para peserta yang hadir ke uji bakat pada kali ini bebas mengenakan sebarang pakaian dan penampilan mengikut stail peribadi.
Uji bakat akan diteruskan lagi bagi mencari bakal Hero Dewi Remaja 2023 di Kota Kinabalu, Sabah, dan Petaling Jaya Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Finalis Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, boleh menarik nafas lega apabila ayahnya, Halim Othman, 57, akhirnya memberi kebenaran untuk mengumumkan yang dia merupakan anak kepada bekas penyampai radio terkenal itu.
Myra ketika dihubungi REMAJA memanjatkan rasa penuh syukur kerana kini dia tidak perlu lagi berahsia tentang latar belakangnya terutama sekali apabila ditanya soalan tentang siapakah ayahnya.
“Ayah Myra dah bagi greenlight,” kongsi pemilik nama penuh Yusmyra Natasya ini.
Ketika mengendalikan Dewi Remaja 2019, team Remaja sendiri sebelum ini sudah mengetahui perkara sebenar. Namun atas permintaan gadis cantik ini, kami juga mengunci mulut rapat.
Hampir tiga tahun pertandingan itu berlalu dan kini Myra sudah pun mula membina namanya sendiri dalam arena seni tempatan. Dia yang merupakan seorang jurulatih pasukan sorak, kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan.
Selain bergelar pengacara di DidikTV @ntv7, naskah terbaharu yang dilakonnya adalah Republik Gombak yang bakal bersiaran di TV3. Ketika dihubungi sebentar tadi, dia sedang menunggu untuk babak yang seterusnya penggambaran drama Biarkan Ia Pergi.
Myra sebagai pengacara di DidikTV
Sebagai anak seni yang baru setahun jagung bertatih di dalam dunia yang sudah menjadi asam garam bagi ayahnya, Myra berkongsi kepada REMAJA gelagat ayahnya apabila dia dipilih sebagai pengacara.
“Ayah orang yang paling teruja sekali bila tahu Myra dapat jadi pengacara. Dia bangga dengan saya kerana berdiri di atas kaki sendiri dan bukannya menggunakan namanya untuk mendapat tempat dalam dunia seni. Kalau nak tahu ayah selalu hantar dan juga ambil Myra dari tempat kerja dan kemudiannya dia akan lakukan sesi ‘post-mortem’ cara pengacaraan saya,” kongsinya.
Bak kata pepatah, kasih ibu sampai syurga, kasih ayah sepanjang masa. Apabila ditanyakan kepadanya momen dan aktiviti yang suka dilakukan bersama ayahnya, Myra membahagikannya kepada dua fasa.
“Sewaktu kecil perkara yang kami suka lakukan bersama adalah melukis doodle. Sekarang bila saya dah besar, we go for a long ride. Ayah akan ambil Myra kami memandu jauh sampai ke Putrajaya dan sepanjang perjalanan itu pelbagai cerita dikongsikan, tentang kehidupan dan bermacam-macam lagi. Momen itu menjadi a father and daughter bonding session,” ujarnya menutup perbualan kami.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah hampir sebulan berteka-teki mengenai nama penuh cahaya mata kedua mereka, akhirnya Scha Alyahya dan Awal Ashaari telah berkongsi nama sebenar kepada Baby L.
Terdahulu, Scha dan Awal telah menimang adik kepada Lara Alana tersebut pada hari perayaan Tahun Baru Cina lepas di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Sejak itu, mereka masih menyembunyikan nama bayi yang hanya dikenali sebagai Baby L.
Satu-satunya petunjuk atau hint yang diberikan oleh Scha dan Awal adalah ia mempunyai jumlah huruf yang sama dengan Lara Alana dan namanya juga bermula dengan initial yang sama iaitu L serta A.
Kini, nama Baby L bukan lagi rahsia setelah rahsia tersebut dibongkarkan menerusi program Schawal Baby Boom yang disiarkan sebentar tadi di saluran Astro Ria.
Nama yang dipilih oleh pasangan selebriti tersebut ialah Lyla Amina.
Menerusi siaran Schawal Baby Boom itu, Awal mengaku dirinya mempunyai ‘perangai’ sukar membuat keputusan terutamanya dalam hal penting seperti memilih nama anak sehinggakan nama L bertukar-tukar untuk beberapa kali.
Apapun, L A membawa maksud yang cukup indah.
Lyla (atau sebutannya, Leyla/Lila) membawa maksud kerinduan dan malam yang gelap. Manakala, Amina (atau Aminah) pula bermaksud boleh dipercayai.
Comelkan maksudnya! REMAJA doakan agar Lara dan Lyla akan sentiasa menjaga diri masing-masing sebagai kakak dan adik.
Semoga Scha, Lyla dan seluruh keluarga juga selalu sihat terutamanya dalam fasa menjaga cahaya mata yang baru lahir ini.
Penyanyi versatil, Aisha Retno sekali lagi menjadi perhatian selepas menjawab teguran seorang netizen yang mempersoalkan personalitinya ketika berada di khalayak umum.
Menerusi komen tersebut, individu...