Majlis pernikahan lazimnya dirancang rapi bagi memastikan setiap detik berjalan lancar dan indah.

Namun bagi pelakon aksi terkenal, Pablo Amirul, hari bahagianya diuji dengan satu detik cemas apabila api kecil muncul di bahagian kanan pelamin ketika majlis sedang berlangsung, Isnin lalu.

Insiden yang berlaku di The Dove Hall, Jalan Tun Razak itu sempat mengejutkan para tetamu yang hadir.  Namun di sebalik suasana cemas itu, reaksi kedua-dua pengantin menjadi tumpuan apabila mereka kekal tenang malah sempat tersenyum dan ketawa.

Menariknya, Pablo mengakui situasi itu membuatkan dia dan isterinya saling berpandangan sebelum ketawa kecil. Baginya, detik tidak dijangka itu lebih kepada satu pengalaman unik berbanding satu tragedi.

“Mungkin sebab saya pelakon aksi, jadi saya biasa dengan situasi mencabar. Bila tengok ia terkawal, kami boleh senyum dan ketawa saja,” ujarnya berseloroh.

Tambahnya lagi, sekiranya keadaan bertukar menjadi lebih serius, keselamatan isterinya tetap menjadi keutamaan.

“Kalau api itu merebak atau meletup, sudah tentu saya akan bertindak. Keutamaan saya mestilah isteri,” katanya.

Ads

Api kecil di bahagian kanan pelamin itu bagaimanapun berjaya dipadamkan dengan pantas oleh krew majlis.

Detik Cemas di Pelamin Akibat Api Kecil, Pablo Amirul & Isteri Kekal Tenang Sambil Ketawa

Sah Bergelar Suami Isteri

Pada majlis penuh bermakna itu, Pablo Amirul, 41 tahun, sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Majlis akad nikah tersebut turut disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk abang kepada pengantin perempuan, dalam suasana sederhana tetapi penuh makna.

Ads

Pablo menyerahkan wang tunai RM800, kelengkapan solat serta sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin. Jumlah wang hantaran pula tidak didedahkan kepada umum.

Pasangan pengantin tampil segak dan anggun dalam persalinan sedondon rona putih, melengkapkan suasana majlis yang tetap kelihatan indah meskipun diuji dengan insiden api kecil di pelamin.

Detik Cemas di Pelamin Akibat Api Kecil, Pablo Amirul & Isteri Kekal Tenang Sambil Ketawa

Kisah Cinta Yang Bermakna

Untuk rekod, Pablo mula berkenalan dengan Dr Hana Rose, atau nama sebenarnya Hani Farhana Hasrosani, seorang doktor estetik, pada April tahun lalu. Hubungan yang bermula secara sederhana itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.

Biarpun hari bahagia mereka diuji dengan detik cemas akibat api kecil di pelamin, pasangan ini membuktikan bahawa ketenangan dan sikap positif mampu mengubah situasi tegang menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan.

Ads

Dalam perjalanan rumah tangga, ujian boleh datang tanpa diduga. Namun bagi Pablo Amirul dan isterinya, detik cemas itu bukan sahaja dihadapi dengan tenang, malah disambut dengan senyuman dan ketawa.

Sumber : Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads