
Hanya sekali lafaz, pelakon versatil, Redza Rosli selamat bergelar suami kepada pelakon meningkat naik, Bella Hanna pada jam 4.05 petang tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
BACA LAGI : Dengan Sekali Lafaz, Imran Aqil Sah Bergelar Suami Kepada Dahlia Rizal

Pelakon drama popular Wanita Syurga itu telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Majlis bertemakan rona putih itu diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Menjengah ruangan komen menerusi hantaran di Instagram TV3, rata-rata warganet turut menumpang gembira selain mengucapkan tahniah buat Redza dan Bella.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu pernah bergandingan menerusi satu naskhah berjudul Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram TV3
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Brooklyn Beckham Bergelar Suami Kepada Nicola Peltz Dalam Majlis Bernilai USD3.5 Juta

Pasangan sama cantik sama padan, Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz akhirnya menamatkan zaman bujang setelah disatukan dalam sebuah majlis mewah yang dilangsungkan di tapak estet milik keluarga Peltz di Palm Beach, Florida.
Majlis yang bermula tepat pada jam 6 petang waktu tempatan dilaporkan memakan belanja yang cukup setinggi USD3.5 juta demi merealisasikan impian anak sulung keluarga Beckham dan isterinya.
Nicola, 27 tiba di lokasi dalam gaun perkahwinan satin duchess rekaan Valentino lengkap dengan gubangan bunga tangan serba putih dan kain layah lace dengan rekaan flora.


Khabarnya, Nicola telah ‘terbang’ ke Roma, Itali untuk bertemu dengan pereka Valentino, Pierpaoio Piccioi demi memastikan busana tersebut sempurna pada tubuhnya.
Di bahagian dalam khemah mega yang dibina khas di hadapan kawasan pantai estet tersebut; Brooklyn, 23 ditemani enam orang pengapit lelaki termasuklah dua adiknya, Romeo Beckham dan Cruz Beckham. Adik bongsu mereka, Harper juga tidak melepaskan peluang menjadi ‘bridesmaid’ kepada Nicola



Sebaik sahaja majlis intim mengikut tradisi Yahudi itu berakhir, pasangan bahagia itu telah memulakan tarian pertama mereka sebagai suami isteri kepada lagu Can’t Help Falling In Love nyanyian asal Elvis Presley. Manakala lagu kedua yang dinyanyikan secara live pula ialah Stand By Me nyanyian asal Ben E. King.
Majlis dihadiri oleh 300 tetamu termasuklah lagenda tenis Amerika Syarikat, Serena Williams; cef selebriti, Gordon Ramsay dan bintang drama televisyen Desperate Housewives, Eva Longoria (yang juga merupakan salah seorang rakan karib Victoria Beckham) dan ahli Spice Girls, Mel C.




Bercakap mengenai senarai tetamu yang hadir, khabarnya jemputan yang dihantarkan kepada Putera William dan Kate Middleton oleh David serta Victoria telah ditolak dengan baik oleh pasangan diraja itu. Pada tahun 2011, David dan Victoria (yang pada waktu itu sedang sarat hamil dengan anak bongsunya, Harper) telah menghadiri perkahwinan diraja William dan Kate di London, United Kingdom.

Sumber Foto : Daily Mail
ARTIKEL BERKAITAN : Ini 5 Fakta Tentang Isteri Brooklyn Beckham – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Korang Tak Perlu Kejar Cinta Seseorang, Buang Masa” – Zarina Anjoulie Bagi Pesanan ‘Kakak-Kakak’

Ada tak di antara korang yang merasa lonely semasa musim PKP ini?
*Me, guilty!*
Yang lonely itu satu golongan. Yang tiba-tiba clash semasa PKP pun ramai!
Dalam diam, ramai yang hadir mengadu masalah hubungan mereka kepada selebriti, Zarina Anjoulie. Siapa sangka, Anju memuat naik video untuk memberi nasihatnya sebagai ‘kakak-kakak’ kepada remaja yang bergelut dalam masalah perhubungan.
“Korang tak perlu kejar seseorang untuk mendapat cinta dan perhatiannya. Jika korang dapati diri korang mengejar dia, that person is not for you.”

“Cinta seharusnya tak berat sebelah dan cinta adalah a-two-way-thing. Kedua-duanya perlu melakukan tanggungjawab masing-masing. Bukannya sesiapa kena buat lebih. Bukan dia, bikan korang. Jika korang mulai terbeban dan merasa korang perlu buat lebih, ada masalah di situ.
“Ya, cinta dan disayangi itu memang perasaan yang ‘sedap’.
“Tapi sebelum korang menjumpai the right partner, korang perlu belajar untuk mencintai diri sendiri dulu. Kita sendiri dulu okay.
“Yang penting, sama-sama kena contribute (kepada hubungan itu). Kena keluar sama banyak (mungkin duit), kena sama-sama jaga hati masing-masing.

“Dulu saya pun terkena juga perangkap cinta ini. Mereka tak tahu yang saya ini special. Masa saya gemuk, pendek mereka tak nak. Bila dah cantik sikit, baru nak. Tak payah,” pesannya sambil mengingati semula zaman bercinta semasa muda gituh!
Ada benarnya gaiss. Janganlah kita terlalu taksub ingin mencari pasangan hanya disebabkan kawan-kawan kita semua dah taken.
Lebih baik untuk menunggu pasangan yang sesuai daripada terjerat dalam isu hubungan tak ke mana. Cer tonton video penuh di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

Perempuan boleh jadi seorang yang sangat penyayang dan kadang boleh terlihat sebagai seorang yang sangat menggerunkan juga.
Namun, jangan cepat menghukum. Sudah menjadi lumrah perempuan dilahirkan sebagai seorang insan yang penuh dengan emosi.
Wahai lelaki, percayalah tak susah sebenarnya nak deal dengan kaum perempuan ni. Apa yang penting adalah korang kena betul-betul faham naluri dan sifat sebenar mereka, barulah korang tak anggap perempuan ni sejenis yang merimaskan. Hehe
Kami nak kongsikan 10 fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki ambil tahu. Korang yang laki-laki tu take note okay?
- Perempuan suka kan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka.

- Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.

- Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai..

- Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.

- Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.

- Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.

- Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.

- Air mata adalah senjata utama perempuan.

- Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk!

- Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

