
Sama seperti arus peredaran fesyen, modifikasi kereta juga sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman dan trend..
Mesti korang pernah je lihat tayar ‘kangkang’ atau ‘képak’ di jalan raya kan?

Untuk info, tayar yang terkangkang ini dipanggil HellaFlush atau Stance menjadi ikutan “kaki modifikasi”. Jika dilihat, kereta yang telah bertukar kepada HellaFlush seolah-olah merayap di atas jalan raya dengan badan kereta bergesel dengan tayar. Ada juga yang membuatnya menjadi begitu ekstrem sehinggakan tayar kereta menjadi terkangkang.
Namun, baru-baru ini menurut Polis Diraja Malaysia, penggunaan tayar jenis itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.

Tindakan ini diambil mengikut Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Perkara tersebut dikongsikan melalui laman Facebook mereka yang turut menyebut pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap.
Menurut careta.my, istilah HellaFlush dikatakan telah dicipta oleh Fatlace yang pada asalnya sebuah bengkel modifikasi kereta di Amerika Syarikat dan kini telah menjadi satu jenama yang cukup terkenal. Perkataan “Hella” bermaksud “banyak” manakala “Flush” pula merujuk kepada sama atau rata dalam konteks pemasangan tayar dengan chasis dan fender.
Hmm…tayar standard kan lagi cantik.
Sumber: Polis Diraja Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Kini Beregu Nombor 1 Dunia

Jaguh beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sejarah apabila kini bergelar gandingan nombor satu dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.
Duo gandingan yang mengumpul 91,090 mata itu berjaya memanjat satu anak tangga memintas pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan 90,411 mata selepas beregu Denmark berkenaan gagal mempertahankan kejuaraan di Masters Malaysia pada minggu lepas.
Dalam pada itu, kejayaan Sze Fei-Izzuddin turut menjadikan mereka pasangan beregu lelaki Malaysia pertama mencapai ranking nombor satu dunia sejak Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016.

Ia sekaligus menyertai senarai legenda terdahulu termasuk Razif-Jalani, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, dan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.
Pada Januari lalu, Sze Fei-Nur Izzuddin menjuarai Terbuka India, walau bagaimanapun gagal mengekalkan momentum apabila prestasi mereka dilihat merudum apabila tidak berjaya mara ke separuh akhir dalam mana-mana kejohanan selepas itu.

Sementara itu, jaguh beregu ini bakal beraksi di Terbuka Singapura dan membuka kempen menentang beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.
Pada masa yang sama, satu lagi pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di tangga ketiga dunia manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketujuh hasil daripada kejayaan mereka muncul juara Masters Malaysia 2025 Ahad lalu.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MKN Keluar Lokasi Beli-Belah ‘Panas’, Usah Sakan Beli Persiapan Raya

Keadaan kes baharu COVID-19 harian yang diumumkan sepanjang minggu ini amat membimbangkan.
Sehingga 3 hari lepas, kes harian telah mencatatkan angka melebih 4,000 kes pada setiap hari menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Khamis, mingggu hadapan.
Justeru, pihak Majlis Keselamatan Negara atau MKN telah mengeluarkan senarai lokasi dan premis yang dikenalpasti sebagai ‘kawasan panas’ serta berpotensi bagi jangkitan wabak COVID-19. Ia dibuat berdasarkan catatan ‘Hotspot Identification for Dynamic Engagement’ atau HIDE di dalam aplikasi MySejahtera.
Suasana di Jalan TAR, KL. Buatlah berjuta SOP pun tetap sia- sia. pic.twitter.com/fgCwxI0DWJ
— 𝙝𝙖𝙣𝙯 (@hanzgadget) May 2, 2021
Oleh yang demikian, orang ramai ditegah daripada terlalu sakan atau teruja untuk mengunjungi lokasi seperti kompleks membeli-belah, terminal pengangkutan, pasaraya dan bazar Ramadan yang telahpun diarahkan ditutup di beberapa buah negeri termasuk di Lembah Klang.
Ini demi mengelakkan merebaknya wabak yang berpotensi menjadi kluster baharu.
Berikut merupakan kawasan panas dalam senarai MKN setakat semalam, 8 Mei 2021.
Kuala Lumpur
- 1 Mont Kiara Shopping Mall
- 99 Speedmart, 1371 Jalan Bangsar
- 99 Speedmart, 1605 Taman Sri Bintang
- 99 Speedmart, Taman Wangsa Ukay
- Aeon Alpha Angle Shopping Centre
- Aeon Big Danau Kota
- Aeon Big Kepong
- Aeon Big Wangsa Maju
- Aeon Mall Cheras Selatan
- Aeon MaxValu Prime Sunway Velocity
- Aeon MaxValu Prime The Sphere Bangsar South
- Aeon Mid Valley
- Bangsar Shopping Centre
- Bangsar Village 2
- Bangunan Cahaya Suria
- Bazar Aidilfitri, Lorong Tuanku Abdul Rahman
- Bazaria Wangsa Maju
- Ben’s Independent Grocer Publika
- Endah Parade Shopping Complex
- Fahrenheit88 Mall
- Food Republic Pavilion KL
- Guardian KLCC
- Hong Leong Bank Berhad Headquarters
- Intermark Mall
- Jakel Mall Kuala Lumpur
- KL Sentral KTMB station
- KL East Mall
- KL Eco City Mall
- KNL Market Sdn Bhd, 1st Floor Podium Block (Faber Towers)
- Kompleks Perniagaan & Komuniti Bandar Baru Sentul
- Lotus’s Cheras
- Lotus’s Kepong
- LRT KLCC
- LRT Masjid Jamek
- Masjid Jamek Kampong Baru
- Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Bangsar
- Maybank Mid Valley City Branch
- Melawati Mall
- Menara Bumiputra Commerce
- Mid Valley Megamall
- Mytown Shopping Centre
- Brem Mall
- NSK Trade City Peel Road
- NU Sentral Shopping Centre
- Parkson Elite Pavilion Level 3
- Pasar Borong Kuala Lumpur
- Pavilion Elite Mall
- Pavilion Kuala Lumpur
- Pasar Pagi Jinjang Utara
- Low Yat Plaza
- Publika Shopping Gallery
- Selayang Mall
- Setapak Central
- Kompleks Sogo 190 Jalan TAR
- Stesen Sentral Kuala Lumpur
- Sungei Wang Plaza
- Sunway Velocity Mall
- Super Seven Trade Center
- Suria KLCC
- Taman Metropolitan Kepong
- Tapak Penjaja Pasar Pudu
- United Point Commercial
- Viva Venture
- VG Desa Park Arkadia
- Wisma Cosway
- Zon 2 Suakasih
Selangor
- 1 Utama Shopping Centre
- 99 Speedmart, 2460 Taman Sri Mewah
- 99 Speedmart, 2447 Sunsuria Forum
- 99 Speedmart ,1672 Taman Bintang Mas
- 99 Speedmart, 1248 Taman Desa Bakti
- Aeon Bandar Utama
- Aeon Big Klang
- Aeon Big Tun Hussein Onn
- Aeon Mall Rawang
- Aeon Mall Taman Equine
- Aeon Mall Shah Alam
- Bazaar Ramadan Taman Pelangi Semenyih
- Billion Shopping Centre B B Bangi Sdn Bhd
- Central I-city Mall
- Checkers Hypermarket
- Crewroom Sri Rampai
- The Starling, Damansara Uptown
- Dataran Puchong Permai, Puchong
- Giant Hypermarket Bandar Kinrara
- Giant Hypermarket Banting
- Giant Hypermarket Klang
- GM Klang Wholesale City
- Kolej Matrikulasi Selangor
- Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi
- Lotus’s Bandar Bukit Puchong
- Lotus’s Klang
- Lotus’s Kuala Selangor
- Lotus’s Mutiara
- Lotus’s Puchong
- Lotus’s Puncak Alam
- Lotus’s Selayang
- Lotus’s Semenyih
- Lotus’s Setia Alam
- Maha Usaha
- Main Place Mall
- Kipmall Kota Warisan
- Matahari Mall
- Mydin Mart Seksyen 18 Shah Alam
- NSK Trade City Selayang
- Pengilang Rawang Corporate Industrial Park
- Padini Concept Store Sunway Pyramid
- Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad (SA2)
- Paradigm Mall Petaling Jaya
- Parkson Elite 1 Utama
- Pasar Moden MBSJ SS15 Pasar Pagi
- Pasar Ramadan Taman Putra Perdana
- Proton Centre Of Excellence, Subang Jaya
- Plaza Shah Alam
- Restoran Jejantas Sg Buloh Arah Selatan
- Subang Parade
- Sunway Pyramid
- The Curve
- The Mines Shopping Mall
- Jaya Grocer Bukit Jelutong
- Tropicana Gardens Mall
Putrajaya
- IOI City Mall
- Lotus’s IOI City
- Bazar Ramadan Putrajaya 2021, Presint 3
Johor
- Aeon Mall Bukit Indah
- Econsave Yong Peng
- Giant Hypermarket Plenton
- Giant Hypermarket Tampoi
- Johor Bahru City Square Mall
- Johor Premium Outlets
- KSL City
- Pasaraya Pandan
- The Mall Mid Valley Southkey
Melaka
- Aeon Mall Bandaraya Melaka
Negeri Sembilan
- Giant Superstore Nilai
Sabah
- Centre Point Shopping Mall
- Suria Shopping Mall
- Kompleks Karamunsing
Sarawak
- Plaza Merdeka Shopping Centre
- The Spring Bintulu
- The Summer Shopping Mall
- Vivacity Megamall Kuching
Pulau Pinang
- Queensbay Mall
- Gurney Paragon Mall
- Lotus’s Penang
- Aeon Queensbay
- Toshiba TEC Malaysia Manufacturing Sdn Bhd
Perak
- ANW Ipoh Parade
- Dewan Serbaguna Kampung Balun Slim River
- Mydin Parit Buntar Perak PBH
Kelantan
- KB Mall
- Lotus’s Kota Bharu
- Lotus’s Mergong
.
Ingat guys, kita jaga kita. Lebih baik sekiranya persiapan Hari Raya Aidilfitri dilakukan secara atas talian saja.
Ini pula senarai 29 buah pusat membeli-belah yang telah mengumumkan penutupan bagi proses sanitasi menyeluruh.
ARTIKEL BERKAITAN : Senarai 29 Pusat Membeli-Belah Yang Ditutup 3 Hari Bagi Proses Sanitasi – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One
![[GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One 14 [GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One](https://cdn.remaja.my/2023/07/Untitled-design-93.jpg)
Tom Cruise kembali sebagai watak utama dalam francais filem Mission Impossible. Pada tahun 2023, Mission Impossible akan mengeluarkan filem ketujuhnya, berjudul Dead Reckoning Part One.
Selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19, Dead Reckoning pastinya akan tetap menyajikan cerita menarik dengan adegan aksi yang mengujakan. Jom baca sinopsis dan maklumat menarik lain!
Justeru itu, Remaja berbesar hati nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One ini. Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
ARTIKEL BERKAITAN : Terbukti Dirinya ‘Another Level’, Nama Michelle Yeoh Bakal Terlakar Di Hollywood Walk Of Fame Tahun Hadapan! ![[GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One 15 [GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One](https://cdn.remaja.my/2023/07/Untitled-design-95.jpg)
Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukan IMF memulakan misi berbahaya untuk mencari senjata dan menundukkan mereka. Senjata ini mempunyai kuasa pemusnah yang menakutkan, ia boleh mengancam manusia jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.
Ethan akan menemui halangan apabila dia bertemu dengan musuh misteri bernama Gabriel. Bolehkah Enthan Hunt menakluki senjata dan menyelamatkan bumi untuk kali ini?
![[GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One 16 [GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One](https://cdn.remaja.my/2023/07/Untitled-design-94.jpg)
Diarahkan oleh Christopher McQuarrie
Ditulis oleh Christopher McQuarrie & Erik Jendresen
Berdasarkan siri televisyen ciptaan Bruce Geller
Dihasilkan oleh Tom Cruise, Christopher McQuarrie
Penerbit Eksekutif David Ellison, Dana Goldberg, Don Granger, Tommy Gormley, Chris Brock, Susan E. Novick
Pelakon: Tom Cruise, Hayley Atwell, Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, Esai Morales, Pom Klementieff, Mariela Garriga, Henry Czerny, Shea Whigham, Greg Tarzan Davis, Charles Parnell, Frederick Schmidt, Cary Elwes, Mark Gatiss, Indira Varma, Rob Delaney.
![[GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One 17 [GIVEAWAY] Menangi Sepasang Tiket Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One](https://cdn.remaja.my/2023/07/Untitled-design-93.jpg)
REMAJA nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One pada:-
Tarikh: 10 Julai 2023
Masa: 9:05 PM
Tempat: GSC LALAPORT BBCC, HALL 5
Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

