Jika sebelum UAE mengumumkan beberapa perubahan demi menarik perhatian pelabur dan pelancong asing salah satunya termasuklah pengambilan alkohol di tempat awam yang kini bukan lagi satu bentuk kesalahan di sana.
Terbaru, Qatar mengikut langkah jirannya apabila dilaporkan bakal mengibarkan bendera pelangi di stadium ketika perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 berlangsung kelak dan melonggarkan undang-undang anti-LBGTQ.
Ketua Pegawai Pendidikan dan Tanggungjawab Sosial FIFA, Joyce Cook berkata, ia berikutan negara berkenaan mematuhi garis panduan FIFA yang mahu mempromosi nilai toleransi dan keterbukaan dalam setiap perlawanan yang dianjurkan.
“Saya sendiri seorang ‘perempuan gay’ yang terbuka dalam bola sepak. Jadi secara peribadinya, saya telah cuba lakukan yang terbaik.
“Kita akan melihat perubahan yang progresif dalam semua aspek, termasuklah bendera pelangi dan t-shirt (mempromosi LGBTQ) yang dibenarkan dalam stadium. Mereka (Qatar) memahami kehendak kami dengan begitu baik,” katanya kepada pemberita AP, memetik laporan Daily Mail baru-baru ini.
Ads
Difahamkan, semua paparan yang mempromosi LGBTQ tidak akan dihalang untuk dipasang di stadium.
Selain perubahan itu, Ketua Eksekutif Piala Dunia 2022, Nasser Al-Khater berkata, pihaknya (Qatar) tiada sebarang masalah untuk melaksanakan saranan FIFA tersebut, malah apa yang dicadangkan, semuanya diraikan secara terbuka.
Ads
“Kami ialah negara yang konservatif, bagaimanapun kami juga sebuah negara yang terbuka. Kami memahami perbezaan budaya dalam masyarakat. Kami juga memahami perbezaan kepercayaan manusia, jadi saya fikir, semua orang akan dinantikan dan diraikan dengan penuh hormat,” katanya.
Sebelum itu, Laporan Hak Asasi Manusia yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (US) mendakwa, golongan LGBTQ di Qatar selama ini terpaksa menyembunyikan gaya hidup berorientasi seksual, perubahan jantina atau kemahuan seksualiti mereka berikutan wujud dasar diskriminasi.
Ads
Sumber Gambar : Daily Mail
Bagaimanapun, kebimbangan golongan tersebut yang selama ini ‘disekat’ dalam mengamalkan hubungan sejenis atas dasar sensitiviti agama akhirnya berakhir.
“FIFA mengatakan tekad untuk mendorong Qatar mengadakan kejohanan yang ‘inklusif’ ketika Piala Dunia berlangsung di Timur Tengah buat pertama kalinya,” tambah laporan tersebut.
Untuk info, perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 ini akan menjadi Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Dunia Arab dan yang pertama di negara majoriti Muslim.Hmmm…
Tak perlu guna acuan pun boleh buat. Simple & lazat!
Takoyaki iaitu sejenis snek jalanan Jepun, memang digemari oleh rakyat Malaysia terutamanya para remaja kerana rasanya yang seakan sama seperti cucur atau cekodok.
Takoyaki merupakan snek yang berasal dari Korea Selatan Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong Kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura iaitu tenkasu, jeruk halia dan daun bawang.
Kalau korang nak tahu, Takoyaki diispirasikan daripada Akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyogo yang diperbuat daripada tepung sadur dengan telur yang banyak dan sotong Kurita.
Tetapi jangan tak percaya , resepi ini juga boleh dihasilkan seperti cucur yang hanya memerlukan 4 bahan asas sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai inti takoyaki ini mengikut cita rasa korang.
Untuk resepi takoyaki mudah dan sedap ini, ikuti perkongsian pengguna Twitter Resepi Makanan Malaysia telah mendapat sebanyak 3.7k retweet dan 6k like!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Bahan-bahan adunan:
Bahan-bahan tambahan:
*Korang boleh menggunakan apa sahaja bahan mengikut cita rasa anda.
Cara membuatnya pula:
3. Seterusnya masukkan bahan-bahan tambahan pilihan anda seperti sotong, sosej atau isi ketam.
4. Kemudian, bulatkan dan gorengkan dalam minyak yang panas.
Apabila takoyaki sudah siap digoreng, inilah hasilnya. Letakkan sos takoyaki dan mayonis dan topping pilihan anda seperti bonito flakes, daun sup dan banyak lagi!
Lepas ni boleh la buat sendiri. Selamat mencuba!
Sumber : Twitter Resepi Makanan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini tular video klip pendek menyaksikan air mata isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berderaian penuh kegembiraan dek kerana kemenangan pasukan bola jaring Johor Jewels di kejuaraan Liga Super Bola Jaring semalam.
Baginda yang turut merupakan Penaung Di Raja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor kelihatan sebak dan bangga atas kemenangan kedua berturut-turut pasukan tersebut.
Johor Jewels berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super Bola Jaring (NSL) selepas menewaskan KL Wildcats 47-43 dalam perlawanan akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.
Ia sekali gus menyaksikan Jewels menepati ramalan untuk muncul juara, manakala Wildcats pula gagal mencipta kejutan selepas turut tewas dalam perlawanan akhir pada edisi lalu.
Bagaimanapun, kemenangan dinikmati Jewels itu tidak semudah dijangka apabila Wildcats bermula garang dengan permainan tersusun selain ketajaman tonggak import Nassanga Shadiah Ssegujja untuk mendahului suku pertama 13-10.
Bersambung suku kedua, pengendali Jewels, Tracey Robinson meniupkan semangat buat para pemainnya menyaksikan mereka mula menemui rentak.
Aksi sengit terus berlarutan pada suku ketiga perlawanan dengan Wildcats yang dibimbing Norizan Rajab terus mengejar mata dan memberikan tentangan kepada Jewels.
Namun, beberapa kesilapan pada dua minit terakhir suku ketiga itu menyaksikan Jewels terus menemui jaringan dan mendahului 38-30.
Suku keempat perlawanan menyaksikan dominasi Jewels dikekalkan untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan menjadi milik pasukan kendalian Tracey Robinson itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah korang ingat lagi dengan kisah operasi menyelamat luar biasa melibatlan 12 orang remaja dan jurulatih mereka yang terperangkap jauh ke dalam Gua Tham Luang yang berlaku pada bulan Jun yang lalu.
Pasukan bola sepak mereka yang bergelar ‘Wild Boars’ menjadi sebutan netizen seluruh dunia yang menyaksikan misi mencari dan menyelamat daripada kerjasama pasukan elit seluruh dunia.
Terperangkap selama 18 hari di dalam gua yang gelap gelita menjadikan kisah mereka sebagai antara kejadian luar biasa dan memberikan inspirasi hebat kepada masyarakat dunia terutamanya golongan remaja. Sikap mereka yang sentiasa positif walaupun berada di dalam situasi yang boleh mengancam nyawa merupakan kini dijadikan inspirasi buat belia di seluruh dunia.
Terkini, mereka telah memenuhi jemputan daripada penganjur Sukan Olimpik Belia yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina. Pasukan Wild Boars yang diwakili oleh kanak-kanak dan remaja berusia dari 11 dan 16 tahun ini tiba di ibu kota Argentina pada Jumaat lalu bagi menghadiri upacara pembukaan kejohanan yang berlangsung pada keesokan harinya.
Dalam lawatan ini mereka sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bawah 13 tahun kelab gergasi Argentina, River Plate. Dengan menggayakan jersi berwarna ungu, pasukan bola sepak remaja yang pernah digelar ‘pasukan bola sepak paling disayangi di dunia’ meneria tepukan paling gemuruh daripada penonton yang hadir.
Semasa melangkah masuk ke padang, Wild Boars dan jurulatih diberikan guard of honour oleh pasukan River Plate sebagai tanda pernghormatan dan kagum terhadap mereka.
Menurut presiden River Plate, perlawanan ini cukup istimewa baginya terutama buat kelabnya kerana kehadiran pasukan remaja dari Thailand ini mampu memberikan inspirasi kepada pemain-pemain muda di Argentina khususnya.
Perlawanan persahabatan ini berlangsung di Estadio Monumental yang pernah menjadi gelanggang perlawanan akhir Piala Dunia 1978.
Semoga pasukan Wild Boars akan terus menjadi duta tidak rasmi kepada keazaman dan perjuangan yang tidak pernah putus asa. Semoga dengan kisah luar biasa mereka di Gua Tham Luang dijadikan inspirasi dan peringatan untuk golongan remaja sentiasa rasa bersyukur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!