Nyawa menjadi pertaruhan apabila gadis muda berusia 12 tahun di Daerah Bilah Hilir, Sumatera Utara mengambil keputusan untuk menyelamatkan seekor kucing yang hampir dilanggar sebuah lori.
Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 12.45 tengah hari, 21 Julai 2023, mangsa yang dikenali sebagai, Nabila Febrianti sedang berehat di anjung bahagian hadapan rumah.
Gadis tersebut yang sedang berehat dilaporkan ternampak seekor kucing sedang berlari ke arah jalan dan dalam masa sama sebuah lori yang membawa bahan binaan datang dari arah bertentangan menggunakan jalan yang sama.
Ads
Bimbang dengan keselamatan haiwan itu, Nabila segera berlari dan menyelamatkan kucing tersebut.
Meskipun pemandu lori sempat menekan brek dan membelok ke kiri, tetapi mangsa tidak sempat mengelak dan akhirnya terjadilah kejadian yang tidak diingini tersebut.
Ads
Kaki gadis berjiwa murni itu dilaporkan digilis oleh tayar lori yang menyebabkan kecederaan parah. Tulang kakinya juga hancur dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak hospital melainkan kakinya dipotong.
Nabila kini sedang menjalani rawatan pesakit luar di sebuah rumah sewa tidak jauh dari hospital, memandangkan rumah keluarganya agak jauh dari hospital.
Ads
Sementara itu, pemandu lori terbabit yang sebelum ini dinamakan sebagai suspek, mengambil keputusan untuk berdamai dengan keluarga mangsa dan berjanji akan menanggung kos perubatan gadis muda tersebut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: The Reporter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita buruk melanda industri perfileman antarabangsa buat masa ini..
Setelah tayangan filem James Bond: No Time To Die disahkan ditunda hingga ke bulan November tahun ini disebabkan oleh wabak Covid-19 yang sedang merebak kencang, 2 lagi buah filem besar menerima nasib yang sama.
Menurut kenyataan rasmi oleh pihak United International Pictures, produksi filem Fast & Furious 9 telahpun mengesahkan akan menunda tayangan filem itu ke tahun hadapan.
Walaupun mereka faham peminat francais filem tersebut amat menantikan sambungannya, langkah ini diambil kerana khuatir akan keselamatan kesihatan semua pihak.
Iyalah, produksi pastinya ingin melakukan jelajah tayangan perdana di seluruh dunia dan ia melibatkan jumlah peminat yang ramai.
Satu lagi filem yang sepatutnya ditayangkan pada minggu hadapan tetapi terpaksa dibatalkan ialah filem A Quiet Place Part II yang dibintangi oleh Emily Blunt, Cillian Murphy dan John Krasinski.
Paramount Pictures akan menunda tayangan sedunia filem tersebut ke tarikh terdekat setelah keadaan bertambah stabil dalam tahun ini juga.
Penulis pasti ramai yang kecewa dengan perkembangan ini. Namun, apa yang boleh kita lakukan? Situasi wabak Covid-19 telahpun memasuki peringkat pandemik dan ia sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak.
Itulah jawapan salah seorang pelajar perempuan ketika ditanya seorang guru mengapa dia tidak memiliki kasut sekolah yang baharu sekaligus mengundang rasa sebak orang ramai.
Guru… selain bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik buat para pelajar, guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa kita di sekolah. Ia kerana, mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu malah menjaga kebajikan para murid terutama yang memerlukan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok @TcerNana baru-baru ini, seorang guru dilihat menghadiahkan kasut sekolah baharu kepada anak-anak muridnya di sekolah.
Guru yang dikenali sebagai Teacher Nana itu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.
Sejurus itu, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sepasang kasut baharu jenama All America kepada dua orang anak muridnya. Dalam video itu, kedua-dua murid tersebut menunjukkan reaksi yang sangat teruja selepas menerima hadiah kasut baharu pemberian guru mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar luahan oleh murid-murid tersebut selain tindakan hati murni guru berkenaan turut menerima pujian ramai dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
“Sedih sangat-sangat. Bila anak-anak itu cakap tiada duit… kemudian Alhamdulillah, moga teacher Nana maju jaya dan dimurahkan rezeki,” komen seorang pengguna.
“Semoga murah rezeki teacher serta Allah makbulkan segala doa teacher,” komen juga pengguna lain.
“Alhamdulillah, tahniah teacher. Zaman sekarang ini susah dah nak jumpa teacher yang seperti ini,” tulis seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penukaran program siaran di ntv7 yang mana kandungannya akan ditransformasi menjadi saluran pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV. Pelbagai reaksi diterima, ada yang memuji usaha tersebut dan tidak kurang juga ada segelintir individu yang tampil mempersendakan penampilan dan gaya percakapan guru yang mengajar.
Kelmarin, kecoh di laman Twitter apabila beberapa pengguna membuat ciapan menegur seorang penyampai radio Hitz Sarawak yang dilihat mempersendakan penggunaan bahasa Inggeris seorang guru wanita yang mengajar di kaca televisyen.
Dalam video tersebut penyampai radio berkenaan berkenaan dilihat gelak keterlaluan dan menonjolkan memek muka yang menjengkelkan sambil berlatarbelakangkan video guru tersebut yang sedang mengajar.
Nahtijah daripada video tersebut, akhirnya dia telah digantung tugas. Dalam satu hantaran di Instagram Hitz Sarawak, Hafiz Nizamuddin yang merupakan Pengurus Besar, Astro Radio Malaysia Timur berkata, “HITZ sangat komited dalam menghibur dan menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia. Kami meminta maaf seikhlasnya atas pertimbangan buruk seorang penyampai kami dalam sebuh video yang telah menjadi tular. Kami mengambil serius hal ini dan akan menjalankan penyiasatan dalaman. Buat masa ini, penyampai radio tersebut akan digantung tugas untuk ke udara di radio.”
Sebagai seorang penyampai yang bertindak menyampaikan maklumat dan juga menghiburkan seharusnya menonjolkan sikap positif sesuai dengan status yang dibawa. Seeloknya menegur dengan baik dan bukannya menghina, apatah lagi sebagai penyampai radio berbahasa Inggeris popular.
TERKINI, penyampai radio terbabit telah pun membuat permohonan maaf terbuka di laman Instagramnya. Semoga insiden ini menjadi pengajaran.
Sumber: Instagram Hitz Sarawak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.