Dalam sidang media terbaru hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti dan mukim di Selangor serta di beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
PKPD ini akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai. Jom lihat sekiranya ada di antara kawasan-kawasan tempat tinggal korang yang terlibat dalam perlaksanaan ini:
Ads
Ads
Jelas beliau lagi, keputusan PKPD ini dilakukan selepas mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).
Susulan itu, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM manakala semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing secara sesuka hati.
Ads
Hanya SATU orang sahaja dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari kediaman. Penduduk juga tidak dibenarkan untuk keluar selepas jam 8 malam dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti beriadah seperti jogging atau apa-apa sukan serta senaman.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan turut akan melakukan ujian saringan secara bersasar serta mempergiatkan pemberian vaksin di kawasan-kawasan terlibat.
Kehadiran jenama telekomunikasi popular, redONE Mobile untuk pencarian Dewi Remaja 2025 sebagai rakan telco rasminya telah menghangatkan lagi momentum pertandingan pada musim ini.
Sejak diperkenalkan di sidang media rasmi pengenalan Top 12 Dewi Remaja 2025, redONE Mobile sentiasa ada dalam pelbagai jenis cabaran dan penggambaran yang melibatkan mereka semua. Selain bertindak sebagai penaja kategori telco, ia turut meraikan kehadiran bakat-bakat baharu yang bakal menyinar khususnya dalam industri seni hiburan tanah air.
Bercakap kepada REMAJA baru-baru ini, Ameen Amaendran selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redONE Malaysia berkata, bakat muda pada zaman ini bukan sekadar dinilai dari segi pakej luaran dan paras fizikal semata seperti yang berlaku di awal kemunculan pencarian Dewi Remaja.
Sebaliknya, seiring dengan dunia digital yang membolehkan selebriti meluaskan pengaruh mereka secara dalam talian, bakat-bakat keluaran Dewi Remaja perlu berada selangkah di hadapan dari segi kreativiti, kebijaksanaan dan cara pembawaan diri di mana sahaja mereka berada.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redONE Malaysia, Ameen Amaendran.
“Impresi pertama saya apabila melihat kehadiran peserta Dewi Remaja 2025 kali ini adalah mereka merupakan gadis-gadis yang mempunyai kelebihan rupa paras, amat yakin bila bercakap dan cukup berbakat.
“Bukan mudah sebenarnya untuk bergiat dalam industri hiburan memandangkan ia memerlukan bakat luar biasa untuk bertahan bagi tempoh yang lama. To be an entertainer is not easy and I believe, the Dewis I met in this season have what it takes to be in this industry,” ujarnya.
Kejayaan Dewi-Dewi Pada Masa Akan Datang
Tambah Ameen yang ditemui sewaktu menyerahkan tugasan kepada lapan orang finalis untuk penggambaran episod ketujuh bertemakan lakonan komedi romantik (rom-com), setiap seorang daripada finalis musim ini mempunyai kelebihan tersendiri dan sewajarnya, mereka bahkan masyarakat tidak perlu membanding-bandingkan skil yang ada pada diri masing-masing.
Biarpun Nylea muncul sebagai pemenang episod ketujuh yang ditaja oleh redONE Mobile dan rezeki terus berpihak kepadanya untuk dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2025 pada malam finale, itu tidak bermaksud 11 orang finalis lain tidak berpeluang untuk menempa masa hadapan yang cerah dalam bidang yang ingin mereka kuasai.
Dewi Remaja 2025, Nylea.Bekas finalis Dewi Remaja 2022, Eiman Wan Zul di booth kamera 360 darjah redONE Mobile sewaktu acara Watch Party Finale Dewi Remaja 2025.
“Sebagai pendatang baharu, anda semua sudahpun mempunyai kelebihan tersendiri dan hanya perlu memperbaiki skil dari semasa ke semasa.
“Take away all the bad stuffs, keep with you only the good stuffs from this experience. Moga-moga pengalaman di Dewi Remaja 2025 membuatkan anda lebih bersedia untuk mencipta kejayaan pada masa akan datang.
“Kepada kesemua finalis Dewi Remaja 2025, lakukan sehabis baik untuk kekal sebagai seseorang yang memberikan kebaikan dan manfaat dalam bidang masing-masing. Do not discount yourself, do not put yourselves down.”
Top 12 Dewi Remaja 2025.
“Kepada mereka yang masih meneruskan pengajian (seperti juara Dewi Remaja 2025, Nylea yang masih bergelar mahasiswa jurusan ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia), teruskan pengajian sehingga tamat. Kami di redONE Mobile akan terus menyokong penglibatan bakat-bakat remaja tanah air kerana merekalah masa hadapan kita semua,” tambah Ameen.
Pencarian Dewi Remaja 2025 memahkotakan Nylea sebagai juara musim ini pada 28 November lalu. Kedudukan naib juara jatuh kepada Nelysa Kay manakala Dheper Teh berada di kedudukan pemenang ketiga. Tiga lagi finalis akhir lain terdiri daripada Marisa (pemenang tempat keempat), Suhaila Allen (pemenang tempat kelima) dan Ariana (pemenang tempat keenam).
Sharmaine Alexander menepati ramai sebagai pemenang kategori Dewi Favourite hasil undian peminat menerusi laman sesawang Remaja. Kategori Dewi Persahabatan pula menyebelahi Elisa Chew yang menjadi pilihan majoriti rakan-rakan Top 12 musim ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kami Anti-Buli” — KPM mewajibkan semua pelajar di seluruh negara melaungkan slogan ini setiap pagi dan petang sebagai usaha membendung gejala buli di sekolah.
Langkah ini diumumkan susulan kes tragis melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Allahyarham Zara Qairina, yang menggemparkan seluruh negara. Peristiwa menyayat hati itu bukan sahaja mencetuskan rasa sedih, malah menimbulkan kesedaran bahawa isu buli perlu ditangani segera dan secara menyeluruh.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, memaklumkan bahawa pelaksanaan laungan “Kami Anti-Buli” akan dilakukan dua kali sehari—sebelum sesi pembelajaran bermula dan selepas tamat waktu sekolah. Menurut beliau, inisiatif ini bukan sekadar ritual harian, tetapi simbol komitmen seluruh warga sekolah untuk saling melindungi dan memastikan persekitaran pembelajaran selamat.
KPM yakin bahawa pengulangan slogan ini setiap hari dapat membentuk kesedaran kolektif pelajar tentang kesan buruk buli. Ia juga menjadi peringatan bahawa sebarang bentuk buli—fizikal, emosi, verbal atau siber—tidak akan diterima dalam budaya sekolah di Malaysia.
Dr. Mohd. Azam Ahmad bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Penting untuk difahami, buli bukan hanya berlaku melalui keganasan fizikal. Tindakan mengejek, mengusik secara melampau, atau memalukan rakan di media sosial juga adalah bentuk buli yang boleh meninggalkan kesan psikologi mendalam. Mangsa mungkin membawa trauma tersebut bertahun-tahun lamanya.
Bagi memastikan mesej ini lebih berkesan, KPM turut menggalakkan pihak sekolah menganjurkan program sokongan seperti ceramah motivasi, bengkel empati, kempen kesedaran dan aktiviti berpasukan. Semua ini bertujuan membina sikap saling menghormati, mengawal emosi dan menyelesaikan konflik dengan cara yang sihat.
Sebagai pelajar, peranan kita bukan hanya mengelak daripada membuli, tetapi juga menjadi penyokong kepada rakan yang menjadi mangsa. Jangan sekadar memerhati apabila melihat kejadian buli berlaku. Berdirilah sebagai pembela, kerana perubahan besar bermula dengan keberanian individu untuk mengatakan “Tidak” kepada buli.
Dengan inisiatif “Kami Anti-Buli” ini, KPM berharap mesej penolakan buli akan sebati dalam hati pelajar dan menjadi budaya yang terus hidup di sekolah seluruh negara.
Pemain bola sepak sensasi kelab Johor (JDT) dan pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah selamat disatukan dengan kekasih pilihan hati yang juga merupakan seorang pempengaruh, Nur Shifa Athirah Amirol Melvin kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya, Safawi, 25 dan Syifa, 28 telah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan oleh bapa Syifa, Amirol Melvin Abdullah dan abang ipar Syifa, Shaheizy Sam.
Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa mankala wang hantaran pula tidak didedahkan.
Majlis berlangsung indah dalam dekorasi berkonsep taman dengan semua tetamunya menyarungkan persalinan serba putih dan menutup aurat (mengikut kod pakaian yang tertera pada kad jemputan). Sementara itu, Safawi dan Syifa molek mengenakan persalinan sedondon berona nude.
Majlis yang ditayangkan secara langsung di saluran YouTube The Melvins milik adik-beradik Syifa terlebih dahulu dapat dihidu oleh penggiat media biarpun ia tidak dihebahkan.
Ini setelah para penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baharu’ buat Safawi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru baru-baru ini sebagai ucapan mereka buat penyerang kegemaran mereka itu.
Tidak lama kemudian pada malam kelmarin, foto kad undangan majlis resepsi mereka bertarikh 3 Disember 2022 tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Jangkaan pihak media ternyata tepat apabila pasangan tersebut akhirnya menunjukkan jari masing-masing yang siap berhias inai malam kelmarin di majlis berinai yang dilangsungkan.
Difahamkan, majlis ijab kabul semalam dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan rapat termasuklah barisan selebriti tempatan seperti Uyaina Arshad dan suami, Raja Shahiran; Nabila Razali, Riena Diana dan tentunya kakak Syifa sendiri, Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam. Tetamu turut dihiburkan oleh Syamel dan Ernie Zakri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kaki aku jadi lemah saat melihat Kaabah.” Kisah menyentuh tentang perjalanan hidayah seorang wanita yang pernah hidup sebagai pengkid sebelum berubah selepas menunaikan umrah di Mekah.