Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.
Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video. Pelbagai aplikasi yang digunakan seperti Microsoft Teams, Zoom, dan juga whatsapp.
Namun, bagaimana pula dengan para pelajar yang sukar mendapat capaian Internet demi menyiapkan tugasan yang diberikan guru?
Seperti di Indonesia, 21 pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta terpaksa mendaki gunung Temulawak untuk mencari talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian kerana tiada akses Internet di kawasan kediaman.
Ads
Menurut Tribun News, daerah itu tiada akses talian telefon apatah lagi untuk akses internet. Mereka perlu mendaki gunung yang tinggi hanya untuk membuat tugasan sekolah, universiti yang berikan oleh tenaga pengajar.
Salah satunya Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir.
“Ya betul, saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa,” katanya.
Ads
Ketua kampung juga bapa kepada Alodia, Warisna berkata, sejak penularan wabak koronavirus (COVID-19), pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah.
“Mereka perlu belajar secara online. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan.
“Anak-anak menaiki Gunung Temulawak yang cukup tinggi. Terletak di sebelah selatan Dusun,” katanya.
Katanya, pelajar-pelajar di kampung itu juga terpaksa menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu demi mendapat talian Internet.
Dalam perkembangan lain, seorang pensyarah Universitas Negeri Padang, Desri Nora berkongsi beberapa keping gambar pengorbanan para pelajarnya demi tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu.
Bila tengok kes macam ni, rasa bersyukurnya kita yang duduk di Malaysia ni kan.
Kecoh minggu ini di media sosial dengan isu amalan ‘spotcheck’ pelajar secara fizikal ini dikatakan sudah berlaku sejak 20 tahun lalu, menurut pengalaman pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah sekolah.
Rata-rata meluahkan rasa maruah pelajar perempuan ‘tercalar’ dek kerana guru-guru mereka ‘mencabul’ kemaluan mereka untuk memastikan mereka benar datang haid atau tidak…
Hal ini turut mendapat perhatian Datuk Seri Rina Mohd Harun melalui laporan AStro Awani, beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang. Malah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan “pemeriksaan datang bulan” terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.
Menurut laporan Malaysiakini pula, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Noor telah memberikan pandangannya terhadap isu berkenaan iaitu sesiapa pun tidak wajar untuk memalukan pelajar dengan memeriksa bahagian sulit mereka.
Wan Salim juga berkata bahawa setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib kita hormati oleh individu yang lain. Ia termasuklah hak mereka untuk menutup bahagian-bahagian sulit tubuh mereka daripada dilihat oleh individu yang lain.
Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.
Selain itu, tinjauan kami mendapati pembaca Remaja sendiri meluahkan pelbagai reaksi dan ada juga yang mengalami peristiwa sebegini. Penulis tertarik dengan pengakuan seorang bekas pelajar sekolah agama yang menasihatkan agar mendidik akhlak pelajar dari asas.
“Yang penting didik akhlak pelajar dari asas, pesan kepada mereka supaya jujur dalam semua urusan…”
Seharusnya, orang dewasa perlu mendidik para pelajar ini untuk bercakap benar dan ada rasa tanggungjawab serta mengajar mereka untuk bersolat. Apa-apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
Jika sebelum ini media massa dan cetak melaporkan perubahan cuaca pelik di Texas, Amerika Syarikat sehingga mengalami ribut salji dan mengorbankan sekurang-kurangnya nyawa selain jutaan terputus bekalan elektrik.
Perkongsian di media sosial pula menunjukkan cuaca luar biasa yang melanda di sebahagian besar AS itu juga turut menyebabkan kesejukan melampau selain mencetuskan puting beliung di tenggara negara terbabit dan barangan dan persekitaran di sekeliling pun menjadi beku.
Namun, baru-baru ini beberapa pengguna media sosial menyebarkan dakwaan bahawa salji itu merupakan salji palsu yang telah dicipta oleh kerajaan.
Menurut laporan Insider, video-video mengenai dakwaan itu bukan sahaja berlaku di Texas malahan dari United Kingdom.
Salah satunya adalah video di aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang wanita cuba membakar bola salji namun ia tidak cair. Hal ini menyebabkan mereka mendakwa bahawa salji itu tidak normal.
Tapi sebenarnya tidak benar, semua salji akan bertindak balas dengan cara itu, melalui proses yang disebut pemejalwapan iaitu salji yang padat akan berubah menjadi gas.
Para saintis mengatakan pemanasan global khususnya pemanasan di Kutub Utara berkemungkinan punca perubahan iklim dan cuaca pelik yang melampau di Texas.
Maklumat yang tidak tepat dilaporkan terus berleluasa sejak ribut melanda Texas minggu lalu. Ingat dekat Malaysia je orang suka buat berita palsu rupanya dekat mana-mana pun sama je kan. Bagaimanapun, maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan banyak pihak.
Hah, dengar tu, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya.
Perlawanan dua pasukan bola sepak gergasi di Euro 2020 baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila sekeping foto kanak-kanak menangis kerana kekalahan Jerman menentang England.
Foto tersebut menjadi tular di media sosial sehingga berlakunya buli siber terhadap ‘fangirl’ itu.
Terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen ‘ejekan’ sehingga menyentuh isu perkauman.
Oleh yang demikian, seorang lelaki dari Wales telah berjaya mengumpulkan £27,000 (RM155,384) untuk kanak-kanak itu kerana telah menjadi mangsa buli siber.
Joel Hughes memulakan kempen pengumpulan dana dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa tidak semua penduduk United Kingdom mempunyai sikap yang tidak baik, selepas gambar tular kanak-kanak itu menjadi subjek sindiran dan menerima kata-kata kesat daripada sebilangan penyokong bola sepak England.
Jumlah yang dikumpul itu jauh lebih banyak daripada sasaran awal iaitu £500 (RM2,877), namun sehingga kini dia masih belum dapat menghubungi keluarga kanak-kanak itu.
Walau bagaimanapun, Joel memaklumkan bahawa dia mempunyai maklumat dan berhubung dengan wartawan Jerman mengenai perkara tersebut.
Sekiranya tidak berjaya menemui keluarga kanak-kanak itu atau jika mereka tidak mahu menerima sumbangan tersebut, Joel akan mendermakan wang berkenaan kepada mana-mana organisasi berkaitan dengan anti buli siber.
Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni? Kanak-kanak sekecil itu pun nak dibulinya. Harapnya adik itu tidak tahu ceritanya telah tular satu dunia.
Nak bermain media sosial itu tidak salah, tetapi janganlah kita sesuka hati meninggalkan komen atau kenyataan yang boleh mengguris hati pihak lain.
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...