Pemilihan lagu hit yang menjadi siulan orang ramai demi menarik sokongan penonton mungkin adalah strategi yang cuba dimainkan oleh beberapa peserta program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Namun lain pula cerita jika peserta yang cuba untuk membawakan lagu-lagu hit tersebut tidak mempunyai kudrat untuk membawakannya sebaik penyanyi asal; apatah lagi apabila ia mencabar stamina serta kekuatan vokal peserta GV11 itu sendiri.
Begitulah kegusaran yang dirasai oleh juri tetap GV11, Datuk Ramli M.S. setelah menyaksikan beberapa orang peserta semalam memilih lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi berstatus diva baik dari Malaysia sendiri mahupun di peringkat antarabangsa.
Juri tetap GV11, Datuk Ramli M.S.
Menjawab persoalan sekiranya percaturan tersebut menjadi buat sesetengah peserta berkenaan, Ramli yang mesra dengan panggilan Tok Ram merasakan itu adalah satu strategi yang memakan peserta itu sendiri. Kata orang, ukurlah baju pada badan sendiri. Sekiranya tepat pemilihan lagu dengan keupayaan peserta, tidak timbul lah isu sama ada delivery mereka semalam ‘sampai’ ataupun tidak.
“Sesetengah daripada mereka, nafsu besar kudrat tidak ada. Saya hanya bercakap jujur. Kadangkala ada yang merasakan apabila memilih lagu hit, markah pasti tinggi.
“Umpamanya, piramid itu dia terbalikkan. Jadi beban akan berada di atas.
Ads
“Kadang-kadang saya terperanjat juga, ‘Huh, kau nyanyi lagu ini? Cari mati ke?’. Mereka ingat bila memilih lagu-lagu hit, majoriti akan menyanyi bersamanya tetapi mereka tersalah. Mereka yang akan rasa terbeban,” ulasnya.
Liza Aziz Belum Ada Pencabar?
Apabila diajukan soal expectation yang diletakkan ke atas bahu peserta, Liza Aziz yang berjaya menjuarai konsert mingguan GV11 sebanyak tiga kali berturut-turut, Tok Ram merasakan Liza masih banyak perlu membuktikan dirinya pada minggu-minggu berikutnya.
Ini kerana GV11 hadir dengan pelbagai cabaran serta tema yang pastinya akan menjadi garis penentu kepada versatiliti para pesertanya.
“Dia datang tahun ini dan menyerlah kerana (peserta lain) belum tunjukkan sepenuhnya. Contohnya seperti Dyrga Dadali. Itulah lawan Liza Aziz.”
Ads
“Dyrga intelektual, kamu boleh dengarkannya sendiri. Dyrga itu lawan yang kuat kerana dia ialah seorang penerbit lagu. Jika di Malaysia, dia seperti Ajai dan M.Nasir (di mana) dia buat lagu sendiri dan nyanyikannya sendiri. ‘Kuku’ dia sahaja yang belum keluar,” ramal Tok Ram.
Konsert minggu ketiga GV11 semalam menyaksikan penyingkiran pertama musim ini setelah Nai Dinamik sekadar memperolehi 40.60 markah.
Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, Polis Evo 3 bakal temui penonton seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini.
Karya hit mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafia Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.
Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ Afdlin Shauki, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial, Zukieeeee.
Untuk Polis Evo 3 kali ini, pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof mengambil tugas untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik. Mereka ini adalah pengarah muda berbakat besar.
Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TV Pictures.
Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures dan TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han menzahirkan rasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan syarikat penerbit perfileman gergasi Malaysia, Astro Shaw dan SKOP Productions menerusi francais filem blockbuster Polis Evo.
“Melihat kepada sambutan francais Polis Evo sebelum ini. TGV yakin Polis Evo 3 mampu mengulangi dan mencipta kejayaan tersendiri.
“Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kami dalam menyokong industri perfileman tempatan,” ujar Tan Lay.
Polis EVO 3 merupakan filem aksi Malaysia dengan arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. la merupakan kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO, filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar Malaysia telahpun membanggakan negara setelah dia menempah kejayaan dalam sebuah pertandingan pidato Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.
Bertempat di Hangzhou China pada Ahad lalu, Nicol Yong Jia Jia telah dinamakan pemenang kategori Belt & Road Youth English Speaking Competition dan 21st Century Cup International English Speaking Competition setelah dia menewaskan 30 orang peserta lain daripada 30 negara dan daerah China.
Pesaing terdekat Nicol iaitu Che Qiyu dari China pula berpuas hati di tempat kedua.
Menurut pelajar tahun terakhir di St. Joseph’s Institution International School ini, dia merasakan pertandingan tersebut membantu membuka matanya kepada pengalaman baru. “Saya dapat berkawan dengan ramai remaja sebaya lain dari Mauritius, Hungary dan sebagainya. Ini kali pertama saya bertukar-tukar pendapat mengenai perbezaan budaya kami sepanjang beberapa hari lepas,” katanya.
Nicol juga pada tahun lepas pernah menyertai pertandingan English Speaking Union (ESU) Malaysia Public Speaking Competition 2018 dan memperolehi tempat kedua.
***
Pertandingan 21st Century Cup International English Speaking Competition merupakan usaha sama akhbar China Daily, kerajaan perbandaran Hangzhou dan Persatuan Bahasa Inggeris (ESU) untuk membentuk remaja berlainan latar belakang agar lebih yakin berbahasa Inggeris, memahami negara asing serta budaya lain.
Aww, lain betul konsep pidato sebegini.
Contohnya, tema yang diberikan kepada peserta juga tidak seperti kebiasaannya. Antaranya adalah ‘Let Us Be True To One Another’ atau ‘The Great Truth Is Simple’. Dan..
“You may speak now..”
Menurut penganjur, tema seperti ini sengaja diberikan agar remaja boleh berkongsi harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Apapun, tahniah kepada Nicol dan REMAJA harapkan lebih ramai remaja di luar sana yang yakin untuk sertai pertandingan seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkongsi rasa syukur, Naib Juara Raise The Star Malaysia (RTSMY) 2025, Zuana Zulmat mengakui masih seperti bermimpi apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.
“Macam mimpi, Alhamdulillah malam ini (semalam) terjawab sudah persoalan saya iaitu siapa yang bergelar juara RTSMY 2025.
“Saya rasa seperti baru kelmarin ajak mama datang ke Kuala Lumpur untuk sertai uji bakat rancangan ini.
“Ya, masih lagi rasa macam mimpi bila saya diumumkan sebagai naib juara RTSMY musim pertama,” katanya kepada Remaja.
Menariknya, ini merupakan kali pertama gadis Sabah itu menjejakkan kaki ke ibu kota.
“Sejujurnya, ini pertama kali saya datang ke Kuala Lumpur dan sebelum ini tidak pernah jejak lagi di sini.
“Ya, ketika hadir ke uji bakat lah pertama kali saya menjejakkan kaki di ibu kota ini,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, Zuana juga teruja apabila diberi peluang membawakan lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Ajai berjudul Hantaran Cinta.
“Saya masih tak percaya yang Ajai memilih saya untuk menyanyikan lagu ciptaan olehnya.
“Saya sangat berterima kasih kepada beliau sebab mempercayakan saya untuk mendendangkan lagu yang berjudul Hantaran Cinta dan saya suka sangat lagu ini,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Zuana tidak lupa menzahirkan penghargaan buat para peminat yang sentiasa berada di belakangnya.
“Terima kasih tak terhingga buat semua peminat saya yang tak henti mengundi selain memberi sokongan yang padu untuk saya,” ucapnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!