
Aktor kacak, Syafiq Kyle mendedahkan isterinya yang juga aktres jelita, Mimi Lana sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar, malah impian itu disuarakan sejak sebelum mereka bergelar suami isteri lagi.
Menurut pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu, keluarganya sendiri juga mempunyai sejarah melahirkan kembar, namun bukan daripada ahli terdekat.
“Saya sendiri ada sejarah keluarga yang ada anak kembar, cuma belah sepupu.
“Mungkin Mimi pun ada juga di sebelah sepupu dia,” jelasnya.
Syafiq turut berkongsi bahawa Mimi membuat hantaran mengenai impiannya itu selepas melihat banyak perkara berunsur negatif di media sosial kebelakangan ini.
Terdahulu, Mimi mencuri perhatian apabila meminta orang ramai mendoakannya dikurniakan anak kembar.
Sekadar info, pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.