
Berkongsi rasa syukur, Naib Juara Raise The Star Malaysia (RTSMY) 2025, Zuana Zulmat mengakui masih seperti bermimpi apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.
“Ya, masih lagi rasa macam mimpi bila saya diumumkan sebagai naib juara RTSMY musim pertama,” katanya kepada Remaja.
Menariknya, ini merupakan kali pertama gadis Sabah itu menjejakkan kaki ke ibu kota.
“Sejujurnya, ini pertama kali saya datang ke Kuala Lumpur dan sebelum ini tidak pernah jejak lagi di sini.
“Ya, ketika hadir ke uji bakat lah pertama kali saya menjejakkan kaki di ibu kota ini,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, Zuana juga teruja apabila diberi peluang membawakan lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Ajai berjudul
Hantaran Cinta.“Saya masih tak percaya yang Ajai memilih saya untuk menyanyikan lagu ciptaan olehnya.
“Saya sangat berterima kasih kepada beliau sebab mempercayakan saya untuk mendendangkan lagu yang berjudul Hantaran Cinta dan saya suka sangat lagu ini,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Zuana tidak lupa menzahirkan penghargaan buat para peminat yang sentiasa berada di belakangnya.
“Terima kasih tak terhingga buat semua peminat saya yang tak henti mengundi selain memberi sokongan yang padu untuk saya,” ucapnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.