Siapa je yang tak kenal dengan Che Nom, YouTuber popular tanah air yang sinonim dengan pelbagai video masakan menarik dan menyelerakan. Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar bijak menggunakan teknologi digital masa kini dalam menerbitkan video kreatif yang memenuhi ‘selera’ warga maya.
Meniti usia 41 tahun, anak kelahiran Kedah ini mencipta pengaruh tersendiri apabila kebanyakan video masakan yang dikongsikan meraih sehingga jutaan tontonan.
Sehingga ke hari ini, Che Nom mempunyai hampir 2 juta subscribers di YouTube dan menerima Gold Play Button pada tahun 2021. Fuh bukan biasa-biasa ni!
Berhenti Kerjaya Jurutera
Khabarnya Che Nom mula menceburi YouTube pada tahun 2012 selepas berhenti kerjaya jurutera di sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi selepas 13 tahun bertugas di sana. Keputusan itu diambil kerana dia mahu menjadi YouTuber sepenuh masa.
Berkongsi aneka resipi hidangan dengan langkah yang mudah dan berkesan, Che Nom dikatakan meminati bidang masakan sejak zaman universiti dan serius berkecimpung dalam dunia tersebut selepas kelahiran anak kedua.
Di sebalik kegemilangan sebagai YouTube, Che Nom baru-baru ini mendedahkan realiti hidup seorang YouTuber yang mengalami burn out. Berkongsi simptom dan gejala burn out di media sosial miliknya baru-baru ini, dedah Che Nom. “Yang paling obvious sekarang ni, usaha tak setimpal hasil, susah ya amat nak dapat views kat Youtube sekarang ni, dah la views rendah, income pun rendah.
Bila ringgit jatuh advertiser dari Malaysia terpaksa bayar mahal sebab iklan di’bid’ dalam US dollar, bila tak ramai bid, income akan drop. Kalau tengok top-top channel kat Malaysia ni nak dapat views lebih dari 100k pon susah ya amat.
Tak terkecuali di Youtube, Che Nom tengok sahabat-sahabat memasak kat Instragram dan TikTok pon susah nak dapat views, padahal followers beratus-ratus ribu, juta-juta pon ada.”
Tambahnya lagi, “Jadi nak compensate low views ni Youtubers akan main game volume, lagi tertekan sebab kena buat video yang kerap dengan melipat gandakan usaha dan kos, tidur dan rehat ke laut, poket pun kering.
Ads
Dan juga nak buat video kena kreatif dan banyak berfikir, kalau buat content yang sama nanti takda orang tengok, jadi memang takda fikir lainlah, fikir content ja 24×7.
Lagi nak kena selalu connected to audiance, semua social media nak kena jaga, nak bayar orang tak mampu, nak layan Youtube comment lagi, nak layan DM lagi. Untuk yang dah bekeluarga, terabai anak-anak dan kesihatan sendiri.
Nasihat Che Nom
Nasihat Che Nom untuk Youtubers, sentiasa beringat dengan kewangan anda, kalau income tinggi tu simpan sikit kat tepi, kalau time-time income low tu adalah backup, jadi taklah tertekan nak buat content.
Jaga kesihatan mental dan fizikal, selalu workout, makan makanan yang berkhasiat, tidur dengan cukup dan rehat sementara dari Youtube jika perlu.
Ads
Dan yang paling penting, kalau rasa buat YouTube ni dah tak ada masa depan, tutup aja channel, lagi cepat kita move on lagi bagus kalau semua usaha dah dibuat namun masih gagal. Kalau tiba-tiba Che Nom menghilang dari Youtube jangan tanya yer.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, pejam celik dah tahun kedua kita menyambut bulan Ramadan umat Islam menjalani ibadah puasa dalam suasana pandemik Covid-19. Lebih menyedihkan, ramai yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga disebabkan kekangan merentas negeri dan juga sempadan negara.
Itu realiti dihadapi ratusan rakyat Malaysia bekerja di Singapura ketika ini, angkara COVID-19 yang menyaksikan pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan, sekali gus menghalang mereka berulang alik dari Johor seperti kebiasaan.
Memandangkan sempadan Malaysia-Singapura pun telah ditutup hampir lebih setahun, McDonalds Singapura telah menerbitkan sebuah iklan pendek Ramadan tentang rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura menjalani ibadah puasa di negara jiran itu, tanpa keluarga mereka.
Video yang berdurasi 2 minit 48 saat itu menceritakan kisah Samsuri dan beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sejak awal pandemik lagi.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan mengalirkan air mata melihat iklan tersebut yang memang related dengan waktu sekarang.
Hmm…dah lama rasanya kita tak melihat iklan menyentuh hati macam ni kan. Dulu iklan Petronas hasil arahan arwah Yasmin Ahmad yang banyak buat kita tersentuh macam ni…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam situasi yang melanda dunia sekarang, negara kita tidak terkecuali daripada turut merasai ‘kesengsaraan’ akibat wabak COVID-19. Disebabkan penularan yang semakin meningkat, maka Perdana Menteri Malaysia sudah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ramai yang gusar kerana ada individu yang terpaksa berhenti kerja dan dipotong gaji akibat situasi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun mewujudkan beberapa inisiatif yang dilihat boleh membantu rakyat Malaysia.
1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta.
2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan
Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam membabitkan jumlah kutipan RM375 juta.
3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA
MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan
Diskaun khas sewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis MARA
4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini
Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal.
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan untuk maksimum selama 6 bulan.
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak.
7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL
Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL
8. Elaun khas kepada petugas perubatan
RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan
9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
Penanggujan bagi membayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.
10. Penangguhan pembayaran pinjaman
CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan.
11. Kemudahan pengeluaran I-Lestari Pencarum KWSP
Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 sebanyak RM500 sebulan bermula 1 April nanti untuk tempoh 12 bulan.
Tambahan lagi, Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif akan diumumkan pada 30 Mac 2020 untuk jangka masa sederhana. Diharap inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat.
Gunakan setiap imbuhan yang diberi dengan cermat dan elakkan berlakunya pembaziran. Sama-samalah kita berdoa agar situasi di Malaysia kembali pulih seperti dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekali lagi, ada diantara kita yang dibuang kerja, dan hilang punca pendapatan, ada juga diantara kita yang terpaksa mengambil kerja sambilan part-time untuk menampung perbelanjaan harian keluarga mahupun kendiri.
Buat remaja yang berusia 20 tahun ini, Nur Adilah Mayamin Jama’amal, beliau mengakui yang ianya bukan mudah untuk mendapat pekerjaan terutama dalam pandemik Covid-19 ini.. dia mula bertugas di syarikat Domino’s Pizza sejak awal Januari tahun ini, tanpa merisaukan hujan panas, beliau terus komited dengan kerjanya kerana permintaan pesanan makanan melalui atas talian meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
Sumber: Astro Awani
Adilah juga berkata yang sejak PKP dilaksanakan semula, ternyata ramai yang takut keluar dari rumah untuk membeli makanan terutamanya pada kawasan yang berstatus Zon Merah dan ianya sekaligus membawa peningkatan permintaan pesanan makanan melalui aplikasi dalam talian ‘Food Panda’ yang melonjak sehinggakan beliau terpaksa mengejar giliran.
Beliau juga berkata yang dia terpaksa membuang rasa malu kerana mahu meringankan beban ibunya yang bekerja di kilang sahaja, dengan gaji yang tidak seberapa, dan ibunya juga perlu menyara dia dan kakaknya setelah ibunya berpisah dengan bapanya pada tiga tahun yang lalu.
Menurut beliau lagi, dalam tempoh lapan jam waktu bekerja, beliau akan menghantar lebih 12 penghantaran membolehkannya untuk meraih kira-kira RM70 sehari dan upah itu tidak masuk kerja sambilan di dapur dimana beliau dibayar RM600 dan RM700 sebulan.
Walaupun jumlah nya tidak seberapa, namun jika rajin, dan pesanan bertambah, dia boleh menerima upah dua kali ganda sehari dengan hanya membonceng motosikal dan menghantar pesanan makanan pelanggan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!