Dari Hero Remaja Ke Pentas Lakonan, Hafidz Roshdi Ceburi Dunia Seni Sejak Usia 18 Tahun

Share

Wajah Hafidz Roshdi bukanlah asing lagi wajahnya di kaca televisyen. Dek bakat yang dimiliki dia menjadi pilihan pengarah dan stesen tv untuk menjadi wajah hadapan sesebuah drama dan telefilem.

Imbas kembali, jejaka berusia 29 tahun ini memulakan langkahnya dalam dunia seni sejak berusia 18 tahun lagi apabila beliau terpilih menjadi salah seorang peserta program pencarian Hero Remaja anjuran majalah REMAJA.

Hafidz dalam video pengenalan finalis Hero Remaja 2011/12.

Memiliki rupa paras yang kacak dan tubuh yang kekar, jom kita intai 9 fakta menarik mengenai pelakon ini.

  • Pemilik nama penuh Muhammad Hafidz bin Roshdi ini dilahirkan pada 13 November 1994 dan berasal dari Shah Alam, Selangor.

 

  • Merupakan salah seorang daripada 25 finalis pertandingan Hero Remaja 2011/12. Antara rakan seangkatannya ialah Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Syafiq Kyle, Fendy Bakry, Hafreez Adam, Ben Ali, Nazrief Nazri dan Ben Amir.

  • Nama panggilan bagi dirinya ketika berada dalam pertandingan Hero Remaja 2011/12 ialah Fidz.
  • Walaupun merupakan peserta termuda, Hafidz berjaya menjadi di antara 10 peserta terbaik pada malam finale.
  • Lakonan pertamanya sebagai anak seni adalah pada tahun 2014 menerusi drama Baby Ana Milik Siapa.
  • Hafidz mendirikan rumah tangga ketika berusia 22 tahun bersama gadis pilihan hatinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Mereka saling mengenali ketika dibangku persekolahan lagi.

BACA JUGA: Wajah ‘Maskulin’ & Impak Watak Kahar, Amir Ahnaf Kini Semakin Digilai Ramai

  • Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Hafidz dikurniakan dua cahaya mata. Anak pertamanya, Humairah dilahirkan pada tahun 2017 manakala anak keduanya, Umar dilahirkan pada tahun 2020.
  • Apa yang menarik, kedua-dua anaknya berkongsi tarikh lahir yang sama, 9 September!
  • Walaupun banyak membintangi drama bersiri dan telefilem, Hafidz jarang menghiasi layar lebar pawagam. Filem pertama lakonannya ialah Pusaka bergandingan bersama Syafiq Kyle dan Mimi Lana pada tahun 2019.

Semoga karier Hafidz terus meluncur maju dalam dunia seni.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN