Siapa sangka angan-angan yang pernah terlintas di fikiran akhirnya menjadi kenyataan. Itulah yang dirasai oleh penyanyi dan rapper berbakat besar, Mimifly, apabila wajahnya terpilih untuk dipaparkan pada iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat hasil pilihan platform penstriman muzik antarabangsa, Spotify.

Pencapaian membanggakan itu bukan sahaja menjadi detik penting dalam perjalanan seninya, malah turut mengundang rasa bangga dalam kalangan ahli keluarga dan insan terdekat yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaannya.

Dari Angan-Angan Ke Realiti, Wajah Mimifly Terpampang Di Times Square New York

Menurut Mimifly, sokongan luar biasa daripada orang sekeliling menjadikan momen bersejarah itu lebih bermakna dan menyentuh hati.

Ads

“Apabila saya kongsi hal ini kepada keluarga, ya Tuhan, mereka melonjak kegembiraan. Saya percaya diri ini memiliki sistem sokongan yang cukup baik. Mereka nak tengok saya menang.

“Hal-hal beginilah saya ingin capai untuk mereka dan semua yang menyokong saya terutama menerusi Spotify,” katanya cukup terharu dengan sokongan luar biasa sejak membuat ‘comeback’.

Dari Angan-Angan Ke Realiti, Wajah Mimifly Terpampang Di Times Square New York

Mengimbas kembali pencapaian terbaharunya itu, penyanyi lagu Angkat tersebut tidak menafikan pernah menyimpan impian untuk melihat wajah sendiri terpampang di papan iklan ikonik dunia berkenaan.

Ads

“Secara peribadi, saya rasa sangat ‘wow’ apabila pernah tengok (wajah) Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, dan Ernie Zakri terpampang di sana. Saya terbayang alangkah ‘best’ kalau saya pun dapat.

Dari Angan-Angan Ke Realiti, Wajah Mimifly Terpampang Di Times Square New York

Ads

“Apabila menjadi kenyataan, memang tak tergambar rasa seronoknya. Saya diberitahu ia keluar pada 22 Januari lalu dan sehari sebelum, saya mencari-cari sesiapa yang ada di New York untuk minta tolong ambilkan gambar.

“Alhamdulillah, saya ada seorang kawan DJ di sana. Selepas habis kerja, dia pergi tangkap gambar itu pada waktu malam. Kawan-kawan adik perempuan saya pun ada tolong tangkap waktu siang,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun ini turut menzahirkan rasa syukur apabila kemunculannya semula dalam industri muzik terus konsisten sepanjang tahun lalu. Mimifly juga berjanji akan terus memberikan yang terbaik dengan menghasilkan karya-karya berkualiti buat peminat muzik tanah air.

Dari Angan-Angan Ke Realiti, Wajah Mimifly Terpampang Di Times Square New York

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads