Kisah hebat dari zero to hero! Ikuti perjalanan anak peniaga jalanan yang berubah menjadi usahawan muda kaya dan berjaya, mengembangkan bisnes sampai ke luar negara.
Siapa sangka dalam usia 27 tahun anak jati Kota Bharu, Kelantan ini sudah pun bergelar jutawan. Kematian bapa serta dilahirkan dalam keluarga susah menjadi titik tolak kepada kebangkitan usahawan cantik ini.
Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan yang mesra disapa Sha Hasan ini merupakan ibu kepada seorang anak. Dia kni gigih membina legasi bisnesnya, Shalicious bersama suami tercinta, Al Hafiz Zakaria.
“Saya berasal dari keluarga susah, arwah ayah dulu peniaga jalanan hanya buka gerai tepi jalan. Kami memang hidup susah. Ayah meninggal ketika saya berumur 10 tahun.
“Bermula saat itu, ibu terpaksa bekerja demi menyara kami sekeluarga. Tak sanggup tengok kepayahan ibu, saya nekad nak ubah nasib keluarga.
“Sejak dari sekolah lagi saya suka berniaga. Apa saja rasa nak jual saya jual. Bukan saja di sekolah rendah malah sekolah menengah juga.
Ads
“Bila habis SPM saya dapat sambung belajar peringkat matrik di Negeri Sembilan dan juga universiti tapi saya pilih untuk belajar di kampung saja.
“Ikutkan keluarga tak galakkan saya berniaga sebab nak saya ada kerja tetap. Tapi saya terus berniaga sambil belajar. Sebab itulah saya pilih sambung belajar di kampung sebab dekat dengan rumah dan mudah nak berbisnes.
“Pelajaran tetap keutamaan saya sebab tak nak kecewakan harapan keluarga terutama ibu.”
“Bisnes makin lama makin berkembang sampai tak menang tangan. Mulalah saya ponteng kelas, tak sempat nak masuk kelas sebab kerap nak kena COD dan sebagainya.
“Ketika itu saya betul-betul struggle bina jenama Shalicious. Saya berusaha sungguh-sungguh sehinggalah setahun selepas itu saya dapat membina Wisma Shalicious di Kelantan.”
Kini Sha Hasan memiliki beberapa cabang bisnes lain yang membantu orang ramai khususnya warga kampung dalam menambah pendapatan mereka. Selain Malaysia, Shalicious juga telah masuk ke pasaran Indonesia secara sah.
Ads
DETIK DIUJI “Pada 2018 saya ada berpuluh-puluh orang staf, bisnes pun tengah bagus. Tiba-tiba Allah uji, saya kehilangan staf sekaligus dalam satu masa.
“Bila masuk pejabat, semua staf dah tak ada sebab berhenti secara serentak kerana telah ‘disailang’ oleh kawan sendiri yang kononnya nak membantu kita.
“Akibat terlalu tertekan, saya terpaksa berjumpa pakar psikologi. Memang betul-betul depression dan ambil masa yang lama untuk pulih. Saya juga terpaksa bergantung dengan ubat.”
ASET PERTAMA DIMILIKI “Saya memang ‘gila’ beli tanah. Kalau ada sesiapa yang nak jual tanah murah-murah di Kelantan saya akan beli. Tapi saya akan tengok dulu ikut kesesuaian dan harganya. Itulah aset paling bernilai sebab kita boleh buat macam-macam. Selain buat bisnes, boleh jana pendapatan.
“Selalunya bila berjaya capai target, saya akan membantu beberapa tahfiz serta kampung-kampung yang saya pegang untuk berikan sumbangan. Itulah reward sebenar bagi saya.”
SUAMI TULANG BELAKANG UTAMA “Terlalu banyak pengorbanan suami kerana beliau banyak membantu. Kami sama-sama usahakan bisnes ini dan pada masa sama suami pun ada bisnesnya sendiri. Dia tahu minat dan impian saya dalam bidang kecantikan terlalu besar.
Ads
“Sewaktu saya diserang depression, suamilah yang uruskan anak dan rumah. Suami tak pernah mengalah dan menyalahkan. Suami seorang yang sangat sabar dan support apa saja yang saya buat selagi ia tidak salah.
“Semasa depression, saya terpaksa makan ubat setiap kali nak tidur. Suami pastikan saya tak terlalu berfikir yang bukan-bukan. Dia jugalah yang jaga anak, siapkan makanan dan uruskan hal-hal pejabat.
“Paling sedihnya bila suami dah tak tahu nak buat apa, dia pernah bawa saya ke sebuah kampung di Kelantan sebab dia tahu saya suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Di situ ada lebih 150 buah rumah dan keluarga asnaf yang memerlukan.
“Kami pergi rumah ke rumah untuk berikan bantuan. Semuanya diuruskan oleh suami. Katanya ramai lagi orang yang memerlukan saya. Sejak itu saya mula terfikir jika kita diuji dengan hebat, ramai lagi orang yang diuji lebih dari kita. Suami selalu cakap Allah SWT tak akan beri kejayaan atau kekayaan kalau bukan demi sebuah perjuangan.
“Nasihat saya bagi yang nak berjaya dalam bisnes, jangan ada banyak alasan. Kalau tak pecahkan ketakutan dan rasa malu, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat tengok potensi diri.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit Foto: Instagram Sha Hasan
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun reda kisah seorang pemandu hampir maut kerana keretanya dihempap kepingan konkrit, kini kes yang lebih kurang sama apabila seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap besi Menara kren.
Kejadian berlaku di Jalan SS2/24, Petaling Jaya pada jam 5.45 petang itu membabitkan seorang mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Ketika mangsa melalui kawasan tersebut, tiba-tiba muatan besi Menara kren dari sebuah treler jatuh menimpa kenderaannya. Akibat kenderaan itu, bumbung cermin hadapan dan beberapa bahagian lain kereta rosak, namun dilaporkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler yang membawa bahan muatan menara kren berkenaan tersangkut pada kabel telefon menyebabkan dua tiang telefon tumbang dan kabel telefon merentangi Jalan SS2/24.
Mangsa telah pun membuat laporan polis manakala pemandu treler belum tampil membuat laporan setakat ini. Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 19 Kaedah Lalulintas 166/59 kerana muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan.
Malang tidak berbau. Diharap tiada lagi kes seperti ini berlaku. Semoga mangsa mendapat pembelaan yang setimpal.
Tapi nasib lelaki berambut botak di India ini mungkin sedikit malang apabila dia ditolak gara-gara hal ini. Lagi menyedihkan, pengantin perempuan bertindak melarikan diri setelah melihat bakal suaminya tidak mempunyai rambut di majlis perkahwinannya sendiri.
Foto Via Pexels
Mengikut laporan, pada awalnya, majlis perkahwinan yang diaturkan keluarga itu dikatakan berlangsung dengan lancar sebelum pengantin perempuan menyedari ‘kelainan’ pada kepala bakal suaminya itu.
Lelaki berkenaan dilihat memakai memakai hiasan tradisional di kepalanya dengan terlalu banyak ketika perarakan pertukaran kalungan bunga dilakukan antara kedua-dua pengantin.
Foto Via Pexels
Sangsi dengan keadaan tersebut, wanita berkenaan dilaporkan bersemuka dengan pengantin lelaki dan bertanya mengenai rambut pada kepalanya.
Yang tak tahan tu, pengantin perempuan turut pengsan di tempat kejadian sejurus lelaki berkenaan mengesahkan dirinya botak. Apabila pengantin perempuan sedar, dia terus enggan meneruskan perkahwinan.
Walaupun dipujuk oleh keluarga namun ia tetap gagal, sekaligus menimbulkan rasa berang keluarga pengantin lelaki kerana merasa dimalukan di dalam majlis berkenaan.
Pihak pengantin lelaki kemudiannya dituduh menipu pihak pengantin perempuan dengan tidak mendedahkan keadaan rambutnya yang sebenar. Menurut polis, kedua-dua pihak bertindak memfailkan aduan terhadap satu sama lain dengan mendakwa bahawa mereka telah ditipu. Namun akhirnya, aduan itu ditarik semula.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, ia tentunya memberi cabaran tersendiri bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan pendakian.
Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara.
Namun malang tidak berbau apabila seorang lelaki berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia akibat mabuk gunung selepas mengalami gejala sesak nafas semasa mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa lepas.
Menurut New Straits Times, Alexzander Kueh Check Boo dan isterinya sedang mendaki gunung itu dan telah sampai ke perhentian Panalaban ketika kejadian itu berlaku.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata isteri Kueh yang berusia 35 tahun mula mengadu sakit kepala dan masalah pernafasan kira-kira jam 9 malam.
Sejam kemudian, pasukan penyelamat memutuskan untuk membawanya turun dari gunung dengan pengusung untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital berdekatan bersama-sama suaminya.
Bagaimanapun, Kueh juga mula mengalami kesukaran bernafas semasa turun ke Timpohon Gate, pintu masuk denai pendakian.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.
“Kira-kira jam 2 pagi ketika hanya tinggal 2 km dari Timpohon Gate, suami beliau mengalami kesukaran bernafas dan kekejangan otot. Dia kemudiannya dibawa melalui pengusung ke Timpohon,” kata Liew.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut. Kueh bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi di hospital tersebut.
Beliau turut menasihatkan bakal pendaki agar bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum cuba mendaki Gunung Kinabalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sabah Parks, Mount Kinabalu Web
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!