Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada malam ini sememangnya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.
Benarlah apabila ada yang menggelar bola sepak sebagai sukan yang menyatukan Malaysia yang berbilang bangsa.
Lihat je di restoran mamak, warung tepi kedai, di Twitter ataupun di rumah, penonton tidak putus-putus memberikan sokongan sehingga ke saat terakhir perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan UAE.
Sumber: FA Malaysia
Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Malaysia terpaksa akur kepada kekalahan 1-2 kepada UAE. Namun tunduk kita tetap bermaruah jika dilihat kembali kepada sejarah perlawanan bersama negara Asia Tengah itu.
4 tahun lalu, skuad Harimau Malaya terpaksa menelan peristiwa pahit apabila ‘dibelasah’ 0-10 oleh UAE. Semua itu kini hanyalah sejarah apabila kesebelasan negara memberikan tentangan sengit walaupun diakui mulai longlai pada akhir separuh masa kedua.
Ads
Sumber: FA MalaysiaSumber: FA Malaysia
Ia juga diakui oleh netizen yang merasakan usaha Harimau Malaya yang kini menduduki tangga ke-169 dunia wajar dipuji apatah lagi bila menentang UAE yang berada di tangga ke-65.
Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau menyifatkan mereka harus berbangga dengan usaha sendiri dan tidak mudah mengaku kalah.
Ads
Begitu juga dengan peminat bola sepak yang kekal memberikan kata-kata semangat.
Kematian bintang Kpop terkenal Jonghyun dari kumpulan SHINee dua hari lalu membuatkan peminatnya terus menangis. Terlalu banyak spekulasi timbul termasuk mencari punca kenapa vokalis kacak dan terkenal ini mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan cara sadis iaitu bunuh diri.
Menulis nota terakhir berbunyi “Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,” – mesej terakhir Jonghyun.
Bunuh diri mungkin cara terakhir manusia mengakhiri hidupnya. Tetapi perbuatan ini dilarang sama sekali dalam ajaran Islam. Sesiapa yang bunuh diri akan dihina di akhirat kelak.
Kematiannya diratapi peminat setianya
Ada tujuh jenis kemurungan yang boleh membawa seseorang melakukan tindakan nekad dan akhir iaitu bunuh diri. Tetapi ada juga kemurungan yang boleh dirawat dengan bantuan pakar perubatan.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, Dr Yusni Yusuff dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berkata, terdapat tujuh jenis kemurungan.
Dr Yusni Yusuff
Unipolar – Ia dikenali sebagai unipolar kemurungan. Biasanya pesakit akan mengalami tanda-tanda yang boleh mempengaruhi keupayaannya seperti bekerja, tidur, makan dan sebagainya. Masalah ini boleh dirawat dengan bantuan pakar perubatan.
Bipolar – Bipolar kemurungan merupakan gangguan mood secara berpanjangan kepada pengidapnya. Ia dapat dicirikan dengan rasa gembira keterlaluan, mudah marah, hyperaktif dan lain lagi. Ia menunjukkan bahawa dua episod yang berlainan iaitu berkitar dari semasa ke semasa.
Dysthymia ( Kemurungan Berpanjangan) – Dysthymia merupakan masalah yang kurang serius pengidapnya mengalami secara berpanjangan. Ada kalanya mencecah lebih setahun. Bukan itu sahaja, individu yang mengalami dysthymia juga berkemungkinan mengalami kemurungan unipolar pada masa yang sama.
Kemurungan Selepas Bersalin (Post Partum Blue) – Jenis kemurungan ini biasanya terjadi selepas bersalin. Ibu akan mengalami post partum blue, biasanya selepas kelahiran anak pertama kerana belum bersedia. Gejala ini kurang serius dan berlaku dalam jangka pendek. Namun, jenis kemurungan akan menjadi serius jika tidak ditangani dengan baik.
Kemurungan psikotik (mendengar suara halus) – Kemurungan psikotik biasanya terjadi kepada individu yang menghadapi dysthymia. Pengidapnya sering percaya perkara yang tak benar, khayal, mendengar suara yang tidak wujud dan sebagainya. hakikatnya ia bercanggah dengan realiti kehidupan.
Gangguan Afektif (Bermusim) – Jenis kemurungan ini biasanya dikaitakan dengan musim. Sangat jarang berlaku di Malaysia kerana iklimnya hanya Khatulistiwa. Biasanya banyak terjadi di negara yang mempunyai banyak iklim.
Kemurungan remaja – Hakikatnya, kemurungan tidak mengenal siapa, remaja juga boleh mengalaminya. Walaubagaimanapun, tanda-tanda kemurungan dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza dengan dewasa. Kemurungan remaja adalah sering dikaitkan dengan perubahan fizikal, tekanan daripada rakan sebaya dan pencapaian akademik.
Dalam kes kematian Jonghyun SHINee, vokalis utama ini khabarnya tidak dapat menerima hakikat di saat dia sudah berusaha sehabis mungkin, tetapi masih ramai netizen yang menyalahkan dirinya dengan pelbagai cercaan.
Junghyun memilih membunuh diri sekalis mengecewakan peminatnya
Merujuk kepada keadaan sebegini, Dr Yusni berkata, satu hakikat yang harus difahami, kemurungan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan bunuh diri. Kecuali jika benar seorang individu itu sudah ada niat untuk melakukannya.
“Dalam kes bunuh diri, ada tiga sebab. Niat bunuh diri ini berbeza dengan kemurungan (yang boleh dirawat) tetapi ada ketikanya jika pesakit gagal mengawalnya, masalah bunuh diri boleh terjadi.
Kedua, “tyring to help”. Biasanya individu yang cuba membunuh diri tidak mengetahui punca mengapa mereka memilih untuk bunuh diri. Mereka cuba meminta pertolongan tetapi buntu dan ia boleh menjadi punca kepada kejadian bunuh diri.
Ketiganya, impulsive. Biasanya individu ini tiada niat tetapi tanpa tak sengaja telah terbunuh. Dalam erti kata lain, sebagai contohnya, dia cuba mengerat nadi ditangannya dengan niat untuk menarik perhatian tetapi secara tidak sengaja telah terbunuh dengan perbuatannya.
Tetapi hanya bila kita mengetahui niat atau niat itu telah diceritakan kepada rakan rapatnya, barulah kita tahu mengapa seorang individu itu membunuh diri.
Kata Dr Yusni lagi, masalah kemurungan boleh dirawat. Jangan pernah putus asa selain sokongan orang sekeliling boleh menyelamatkan nyawa sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah kami ucapkan kepada 15 universiti tempatan kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education (THE) 2021bagi universiti terunggul Asia.
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merekodkan lonjakan besar pada edisi tahun ini dengan menduduki tangga 200 teratas dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, 15 buah universiti tempatan tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Lima daripada enam universiti berprestasi di Malaysia juga memperbaiki serta mengekalkan kedudukan.
Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) naik 13 tangga kepada kedudukan 111, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengekalkan kedudukan di tangga ke-119.
Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki sembilan anak tangga ke-136 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 10 tangga untuk berada di kedudukan ke-150.
Walaupun Universiti Malaya (UM) turun enam tangga, namun ia tetap berada dalam kumpulan 50 teratas.
Jelas Ketua Pegawai Ilmu Times Higher Education, Phil Baty, kedudukan ini penting untuk mengukur kekuatan institusi pendidikan tinggi serantau. Beliau juga menyatakan perkara ini sangat menakjubkan melihat kedudukan universiti di Malaysia semakin meningkat dan ada juga mengekalkan kedudukan walaupun persaingan semakin hebat.
Menurut Phil mencapai kedudukan 50 teratas iaitu Universiti Malaya adalah satu kejayaan besar terutama untuk empat tahun berturut-turut membuktikan kekuatannya di peringkat tempatan, serantau mahupun global.
Tahun ini, sebanyak 551 universiti dinilai berbanding 489 pada tahun 2020. Tsinghua University dan Peking University di China menduduki tangga pertama dan kedua kedudukan tahun ini. Manakala National University, Singapura berada di tempat ketiga.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi produk minuman popular dari Taiwan menjadi isu apabila Bahagian Hal Halal JAKIM mengesahkan minuman bubble tea ball yang dijual dalam bentu paket tidak halal dan mengandungi galetin babi.
Bahagian Hal Halal JAKIM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak mereka mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada para pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.
Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.
Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.
Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-