Dapat Job Design Bunga RM2.5 juta, Pakar Bunga Negara Kongsi Rezeki

Share

Bunga  memang sinonim dengan semua. Banyak digunakan untuk  majlis-majlis khususnya konvokesyen, perasmian kedai, Valentine Day dan banyak lagi. Tak terhad untuk hari bahagia, bunga boleh buat orang sedih jadi senyum bila menerimanya.

Bukan saja cantik tapi bunga boleh buat orang jadi kaya raya. Apa rahsianya?

Ini satu rekaan bunga yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan

Disebabkan banyak sangat permintaan tentang bunga, tahu tak, import bunga dari negara China dan Europe mencecah RM24,540,775 untuk setahun. (Wow, hampir cecah RM26 juta untuk tempoh setahun saja. Tengok bagaimana rakyat Malaysia menggunakan banyak bunga?

Malaysia mengimport bunga sebanyak RM26 juta setahun. WOW!

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2009-2013 menunjukkan peningkatan ketara dari RM17,195, 913 tahun 2009 naik kepada RM20,216401 pada tahun 2011  dan terus meningkat tahun demi tahun.

Di luar negara,  Preston Bailey telah diiktiraf sebagai “The Best Wedding Designer

” oleh Majalah Vogue.  Lelaki asal dari Jamaica dan kini berpengkalan di New York  ini menjadi pilihan ramai selebriti Hollywood bagi meraikan hari bahagia mereka.

Bukan saja artis, golongan Di Raja, Ketua Pegawai Eksekutif, atlet dan ramai lagi memang menunggu sentuhan dari Preston Bailey ini. Sekali jobnya cecah nilai puluh juta. Sebab sukakan rekaannya, ramai tak kisah berhabisan.

Ramai pereka lain suka meniru idea dari buku tulisannya, Malaysia pun banyak juga tapi Preston Bailey tak kisah pun. Katanya dia mahu lebih ramai yang berjaya sepertinya.

Kalau dunia mengenali lelaki simple ini, Malaysia pula mengiktiraf Mohd Azmy Osman sebagai Pakar Bunga Negara. Lelaki ya! Bukan wanita.

Preston Bailey memang simple orangya. Tak lokek ilmu pun walau dia diiktiraf terbaik dunia.

Lelaki ini nak kongsikan bagaimana dia boleh berjaya sebagai pereka bunga.

Sejarah Azmy  hanya bermula sebagai pemain bola profesional. Dia mewakili negeri Selangor. Tapi lama-lama dia bosan lalu ubah karier dan memilih menjadi pereka bunga.

Hebat tak hebat, belajar dan terus belajar, dia akhirnya dilantik sebagai pembantu florist di Istana Buckingham, London untuk keluarga Di Raja Britain sebelum negara memberi pengiktirafan kepadanya.

Kiranya, kalau kita bosan dengan kerjaya sekarang, kenali minat sendiri, tahu potensi diri, gali dan serlahkan. Tapi jangan sesekali mengeluh kerana orang mengeluh tak dapat apa pun. Dapat penat semata.

Baru-baru ini Mohd Azmy telah ke New York dan beliau berpeluang bertemu Preston Bailey. Katanya lelaki terkenal dunia ini sangat simple orangnya. Malah dia turut teruja dan memuji idea Mohd Azmy yang lain dari kebiasaan.

Agak-agak apa idea Mohd Azmy  ya? Sampaikan Preston Bailey kata, kalau program ini jadi, ia adalah pertama seumpamanya di dunia.

Disebabkan ramai tak tahu, pakar bunga negara ini berkongsi idea dan rezekinya. Katanya  khusus untuk golongan muda, wanita atau sesiapa saja yang nak jadi kaya, mahu buat duit dengan hanya rekaan bunga.

Rekaan bergantung pada kreativiti, baru hasil superb

Azmy pernah dapat job 2+1 (tahun) untuk  menata rias kediaman mewah orang kenamaan negara dengan nilai kontrak RM2.5 juta.

Katanya, rekaan dan hiasan  bunga boleh jadi punca pendapatan  tinggi kerana pulangannya 90 peratus. Kalau beli bunga RM10, boleh jual RM100 pada pelanggan kalau rekaan  meletup.

 

Memandangkan bunga satu industri agak besar dan boleh menjana duit paling senang, satu Kursus Reka Bentuk Flora (Flora Designing) telah diadakan di dua buah kolej di bawah Kementerian Pelajaran (Vokasional) Malaysia.

 

Satu di KV Teluk Intan dan satu lagi KV Chenor, Pahang. Azmy turut diiktiraf dan dilantik sebagai penasihat kepada kursus berkenaan.

 

Kursus ini bakal berkembang di Kolej Poly Tech Mara untuk pengambilan Mei tahun 2018 peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan kerana kerajaan baru melihat gubahan bunga ini satu industri yang boleh menjana ekonomi rakyat Malaysia.

 

Kursus ini merupakan kursus pertama di dunia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diperakui di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, kolej untuk rekaan bunga sudah wujud sejak  250 tahun lalu. Semua pelajarnya mampu buat duit dengan mudah lepas keluar dari kolej.

Malaysia baru nak mula tahun depan. Kursus di KV ini untuk lepasan PMR tahun ini dan pengajian Diploma Lanjutan bagi yang sedang belajaar di Kolej Vokasional sekarang ini.

Azmy turut mengajar rekaan bunga hingga ke luar negara

So adik-adik, think positive kerana kemahiran begitu penting untuk masa depan. Banyak juga abang, akak yang keluar universiti belum ada kerja yang sesuai dengan mereka. Jangan pandang lelaki tak boleh buat sebab abang Azmy dah berjaya buktikan hingga diiktiraf sebagai pakar bunga negara.

Kalau kita ada kemahiran, memang awesomelah. Janji cari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga.Ada gaji sikit, beri pada keluarga sikit. Ada rezeki banyak, beri banyak. Baru berkat hidupkan!

 

 

IKLAN