Nama Danial Chuer bukan asing lagi buat peminat muzik tempatan, namun kali ini penyanyi muda berbakat besar itu sekali lagi mencuri perhatian, bukan sahaja di pentas nyanyian, tetapi dalam dunia akademik.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Danial berkongsi berita gembira apabila beliau telah dipilih sebagai Graduan Terbaik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan bakal menerima Anugerah Cemerlang Alumni UiTM pada konvokesyen ke-103 universiti itu nanti.
Danial meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pengiktirafan tersebut selepas menerima surat rasmi dari pihak universiti.
“Alhamdulillah, syukur, Ya Allah. Terkedu sekejap apabila dapat e-mel dari UiTM menyatakan saya terpilih untuk menerima Anugerah Cemerlang Alumni UiTM.
“Salah satu anugerah tertinggi di peringkat UiTM untuk konvokesyen ijazah sarjana muda saya yang akan datang,” coretnya.
Tambah Danial, kejayaan ini adalah untuk insan-insan tersayang yang sentiasa ada bersamanya sepanjang perjalanan penuh cabaran.
Ads
“Ini adalah untuk ibu dan semua yang bersama saya sepanjang pahit manis perjalanan ini. Saya tahu arwah ayah pasti akan berasa gembira jika dia ada untuk menyaksikan pencapaian ini,” tambah Danial lagi.
Sekadar imbasan, Danial sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Naib Juara Big Stage musim keempat, pertandingan nyanyian popular anjuran Astro yang memperkenalkan ramai bakat baharu dalam industri muzik tanah air.
Ads
Kini setelah menamatkan pengajian, Danial meneruskan kerjaya sebagai pendidik vokal dan piano di The Music Academy Center, membuktikan bahawa kejayaan boleh dikecap dalam pelbagai bidang, asalkan ada usaha dan minat yang mendalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut telur, ramai terbayangkan pelbagai menu masakan berasaskan telur boleh dibuat. Paling senang tentulah telur dadar atau telur mata kerbau. Tapi jangan malas sangat…heheh
Sebenarnya ada 7 jenis masakan berasaskan telur yang korang boleh cuba khususnya untuk orang bujang time bulan Ramadan ini. Penulis saja bagi 7 menu resepi so cukup untuk seminggu..Hanya perlukan sedikit usaha sahaja untuk mencubanya. Lagi pun bahan-bahannya taklah sesusah mana. Boleh dibuat kurang dari 10 minit kalau power.hehe
Confirm terliur dan terus rasa nak buat esok!
1. RESEPI SAMBAL TELUR PECAH 3 RASA
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
Sedikit daun bawang jika ada.
Kredit : Liza Idris
2.TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahannya :-
Telur 4 biji
Sebiji bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak :-
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Siap
3. Telur Dadar Berkeju II
Bahan-bahannya :-
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar – potong dadu
3 batang daun sup – hiris halus
7 biji cili padi – hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggi cukup rasa
mentega
Cara-cara memasak :-
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.
Kredit: Amie’s Little Kitchen
4. KARI TELUR AYAM
Bahan-bahannya :
Telur (direbus dan dikupas kulit)
bunga cengkeh
kayu manis
bunga lawang
rempah kari daging
kerisik
santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
Garam
Air- ikut citarasa nak kuah pekat &bny mana
Bahan dikisar/ ditumbuk
bawang merah
bawang putih
halia
Cara-cara memasak :-
Bahan yang ditumbuk tadi digaul dengan rempah dalam satu mangkuk dan dibancuh dengan sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dengan bahan yg ditumbuk.
Biar sampai garing dan naik minyak. Lepas tu, masukkan santan tadi. Masukkan air untuk ikut tahap kepekatan yang dikehendaki.
Masukkan kerisik. Gaul bagi sebati. Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
5. TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahan :
Telur 4 biji
Sebiji bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji Tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain.
Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi. Siap
6. Sup Telur
Bahan-bahan :
Telur
bawang merah
bawang putih cili besar
1 cube perisa ayam
garam
suhun
daun bawang
Cara memasaknya :
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar potong
Masukkan air
Masukkan 1 cube ayam knorr
Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
Masukkan garam dan adjust rasa
Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)
Masukkan daun bawang
Tutup api. Siap
7. MURTABAK TELUR
Kulit popia
Telur
Bawang besar
Bawang putih
Cili api
Garam/perasa
Cara memasak :
Tumis bawang putih, bawang besar, cili api sampai garing. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa dan telur.Kacau sampai berketul, pastikan tidak guna minyak yang banyak supaya kulit popia tak terkoyak.
Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia ikut citarasa. Selepas balut, boleh terus goreng guna minyak masak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
Siap!
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri, baru-baru ini berkongsi berita gembira tentang anak perempuannya yang baru sahaja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Bina Dalaman di sebuah universiti swasta.
Berita tersebut dikongsikan melalui Instagram miliknya, dengan Dato’ Sri Nancy turut hadir bersama suami untuk meraikan majlis konvokesyen anaknya di Taylor’s Convocation 2025 pada 23 Februari lalu.
“You’ve made me immensely proud and I’ll be here every step of the way, always. Congratulations Sayang!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan sahaja kejayaan anaknya meraih ijazah yang mendapat perhatian, tetapi wajah cantik serta penampilan anak gadis Dato’ Sri Nancy yang tinggi lampai seperti peragawati turut mencuri perhatian warganet.
Menerusi foto yang dimuat naik, Dato’ Sri Nancy dilihat elegan dalam busana rona coklat cair, sementara suaminya kelihatan segak mengenakan sut hitam dan bertali leher.
Anak mereka yang tersenyum ceria menyarung jubah konvokesyen sambil memegang sejambak bunga dan skrol ijazah.
Difahamkan, Bibi Freka anak perempuan tunggal pasangan Dato’ Sri Nancy Shukri dan suaminya, Datuk Kamil Misuari. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 September 1985 dan dikurniakan tiga orang anak, iaitu Bibi, Faeroz Kamil, dan Farouk Kamil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG DATO’ SRI NANCY SHUKRI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan saja masyarakat kita, Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia tentu saja terkenal di seluruh mata dunia dan juga menjadi tempat tumpuan para pelancong. Selain popular dengan makanan yang sedap, Kuala Lumpur juga punya port bergambar terbaik untuk korang merakam foto OOTD.
Terbaru, Malaysia sekali lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa dan di mata dunia.
Baru-baru ini, satu portal travel antarabangsa iaitu Big Seven Travel meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke-38 dalam senarai ‘Lokasi Instagrammable’ untuk tahun ini. Senarai tersebut mempunyai 50 lokasi kesuluruhannya.
Menaiki 272 tangga ke Gua Kuil, anda akan melihat patung monumental Dewa Hindu iaitu Lord Murugan.Satu kuil Buddha yang tertua yang mempunyai 6 tingkat yang dikenali sebagai Kuil Dewa Syurga. Korang boleh melawat ke kuil dari KL Sentral dengan berjalan kaki (30 minit) atau menaiki teksi (10 minit).Untuk merasai suasana romatis, waktu yang sesuai dikunjungi adalah semasa matahari hampir terbenam kerana jubin-jubin mewah tersebut dipantulkan dengan cahaya. Alamat: Presint 1, 62000 PutrajayaPort OOTD yang popular di kalangan pelancong di Bukit Bintang.
Negara jiran kita, Singapura berada di tangga teratas senarai walaupun mempunyai negara yang kecil. Menurut laporan portal tersebut Singapura penuh dengan lokasi untuk bergambar seperti Supertree Grove at Gardens by the Bay, dan juga Haji Lane yang cukup meriah dengan seni dan budaya.
Mereka juga melabelkan Singapura sebagai salah satu hub seni di Asia, yang mampu mengadakan pameran-pameran unik yang menjadi daya tarikan pengguna media sosial.
Hmm…yeke Singapura lagi menarik dari Malaysia. Penulis rasa mesti dia tak habis pusing Malaysia lagi ni…hehe
Jangan lupa untuk terus menyokong kami. Ikuti perkembangan REMAJA di laman Instagram, Facebook, Twitter dan juga TikTok.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.