
Penyanyi berbakat besar, Danial Chuer meluahkan perasaan sedih selepas bapa tercinta, Chuer Niang, pergi dijemput Ilahi, pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Erti Sempurna itu berkata dia mengambil masa untuk menerima takdir Allah dan kesedihan yang dirasai akibat pemergian bapa yang sangat disayanginya.
Danial mengimbas kembali pengaruh besar yang diberikan oleh arwah bapa dalam perjalanan muziknya. Menurutnya, bapanya adalah individu yang pertama kali memperkenalkannya kepada muzik dan selalu menyokong minatnya tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024 Platform Danial Chuer Raikan Bakat Pelajar ‘Music Composition’ UiTM

“Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Mengapa kehilangan ayah amat menyakitkan saya? Saya duduk di dalam bilik, berfikir, mengasingkan diri seketika untuk memikirkan semuanya.
“Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan. Ayah ialah orang pertama yang suruh saya bermain muzik, kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
“Ia adalah tutor muzik pertama saya, orang yang mendorong saya untuk mengambil muzik secara serius sebagai kerjaya. Dia adalah sebab saya jatuh cinta dengan muzik,” katanya.

Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga memberitahu, arwah bapa tidak pernah berkira dalam melabur untuk perkembangan bakat muziknya, termasuk memberi nasihat supaya dia dapat mempelajari alat muzik lain selain hanya menyanyi.
Dia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang demi perkembangan saya dalam muzik. Saya masih ingat dia berkata, ‘Dek, jangan nyanyi je, papan kekunci utama sambil nyanyi bah.
“Keterujaan ayah terhadap muzik tidak pernah berhenti, bahkan sehingga perbualan terakhir kami, dia selalu memberitahu saya untuk mengarang dan mengatur muzik seperti Dewa 19 dan Ahmad Dhani kerana lelaki itu ‘genius’,” ujar Danial.

“Saya akan merindui sesi ketika saya memainkan muzik dan dia akan tersenyum, menganggukkan kepalanya, dan berkata, ‘Bagus dek, ada improve sudah muzik mu.’ Hanya Tuhan yang tahu betapa bangganya saya mempunyai dia sebagai ayah saya,” ujar Danial lagi.
Menganggap arwah sebagai adiwira dalam hidupnya, Danial turut berjanji untuk meneruskan legasi dan menjaga ibunya dengan baik.
“Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta.

“Saya kehilangan orang yang boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekelip mata. I’ll get that Dr title for you. Ayah, biarlah mummy di bawah kendalian saya mulai sekarang.
“Saya kehilangan adiwira saya. Saya kehilangan ayah saya. Saya kehilangan kawan baik saya,” katanya dalam luahan yang penuh emosi itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Danial Chuer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Era 90an, Suriati Baharom Bangga Anak Terpilih Sertai Dewi Remaja 2025

Nama Suriati Baharom mungkin tidak asing bagi peminat drama-drama bersiri Spektra sekitar era 1990-an.
Kini, pelakon itu kembali mencuri perhatian apabila anak perempuannya, Camelia, berjaya meloloskan diri sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2025.
Melihat kemaraan Camelia, Suriati tidak dapat menahan rasa sebak. Baginya, perjalanan anak gadisnya itu seakan mengimbau semula kenangan zaman kegemilangannya di dunia seni dahulu.

“Saya sangat bangga dia menyambung dan mewarisi bakat saya di arena seni. Dalam keluarga, dia satu-satunya yang berminat dalam bidang lakonan.
“Bila ada seorang anak seperti ini, saya teringat zaman muda dahulu, terutama sewaktu aktif membintangi drama.
“Alhamdulillah, apa yang saya impikan Allah dengar. Terima kasih kepada Astro yang bagi peluang kepada Camelia untuk kembangkan bakat dimiliki,” kata Suriati ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 12 Finalis Dewi Remaja 2025.

Legasi Seni, Sokongan Penuh Mama
Berasal dari Selangor, Camelia sebenarnya bukan asing dalam dunia lakonan. Sebelum ini, dia sudah membintangi dua buah filem popular iaitu Mimaland dan Banglo 99.
Namun, peluang menyertai Dewi Remaja dianggap sebagai platform terbaik untuk mencungkil dan menggilap lagi bakat yang dimiliki.

“Sebenarnya saya mahu Dewi Remaja ini daripada lepas sekolah lagi tapi rasa diri tak cukup matang. Takut masuk main-main saja dalam industri, jadi buang masa.
“Sekarang saya dah 24 tahun, Dewi Remaja pula had umur sampai 25 tahun saja jadi macam rugi tak sertai. Saya pun dalam bidang lakonan agak lama sudah enam tahun.
“Rasa inilah masanya dan saya rasa dah cukup matang untuk sertai Dewi Remaja dan mama pun selalu sokong saya untuk sambung legasi sebagai pelakon,” jelas Camelia.
Cabaran Menanti
Camelia bakal berentap dengan 11 lagi finalis lain termasuklah Dheper, Nylea, Marisa, Elisa Chew, Teya, Suhaila, Ariana, Ellysa Ramlee, Sharmaine, Nelysa Kay serta Fittri.
Adakah Camelia mampu mengulangi kejayaan ibunya dalam industri hiburan dan mencipta legasi baharunya sendiri? Sama-sama kita nantikan!
Dewi Remaja 2025 akan mula bersiaran pada 10 Oktober ini, jam 10 malam di Astro Ria serta turut boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
14 Tahun Bergelar Anak Seni, Park Seo Joon Sumbang 100 Juta Won Untuk Kanak-Kanak Pesakit Kanser

Pelakon kacak popular Korea Selatan, Park Seo Joon baru-baru ini mencuri perhatian atas kemurnian hatinya apabila mendermakan 100 juta Won (lebih kurang RM305,000) kepada kanak-kanak pesakit kanser bersempena ulang tahun ke-14 debutnya dalam industri seni.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story milik Park Seo Joon atau nama sebenar Park Yong-kyu (37), beliau mendedahkan sekeping gambar sijil yang menunjukkan sumbangan berkenaan yang diberikan untuk membantu rawatan pesakit kanser pediatrik di Samsung Medical Center.
“Memberi semula kasih sayang yang saya terima sebagai tanda sambutan”, tulisnya.


Pada masa yang sama, pihak Samsung Medical Center turut menyatakan penghargaan mereka dengan berterima kasih kepada pelakon yang popular menerusi drama Itaewon Class, What’s Wrong with Secretary Kim, She Was Pretty dan filem seperti The Divine Fury, Midnight Runners dan Concrete Utopia itu.
“Kami amat berterima kasih atas sumbangan penuh makna ini. Kami akan membalas kebaikan anda dengan berusaha demi kesihatan dan kebahagiaan pesakit kami,” katanya.
Sekadar info, Park Seo Joon memulakan kerjaya pada tahun 2011 melalui muzik video Bang Yong Guk berjudul ‘I Remember’ dan sejak itu, beliau sering diangkat menjadi antara teraju utama Korea.


Mengimbau detik bermakna itu, Seo Joon menulis di Instagram berbunyi,
“Saya benar-benar menghargai semua yang mengucapkan tahniah. Dulu saya muda, kini saya masih belajar dan matang. Semoga perjalanan ini terus ‘ing’,”
Dalam perkembangan lain, Park bakal membintangi drama terbaru berjudul ‘Waiting for Kyung Do’ sebagai projek seterusnya iaitu sebuah drama komedi romantik mengisahkan Lee Kyung Do yang dilakonkan oleh beliau bersama Seo Ji Woo (Won Ji An), yang pernah bercinta dua kali – sekali pada usia 20 tahun, dan sekali lagi pada usia 28 tahun, sebelum berpisah.
Drama ini dijadualkan untuk tayangan penghujung tahun ini, sekaligus menambah lagi senarai karya hebat Park Seo Joon yang sentiasa dinanti oleh peminat setianya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cegah Sekarang! Ini 6 Makan Perlu Elak Kalau Tak Nak Dapat Penyakit Kanser

Sedapnya makanan ni, kalau hari-hari dapat makan makanan yang sedap-sedap macam ni kan best.
Sedap memang sedap tapi, sedar atau tidak bahawa kamu telah menempah tiket maut dengan lebih awal jika banyak makan makanan ini kerana ia berpotensi menyebabkan penyakit kanser.

Rasanya semua tahu bahawa Kanser merupakan satu daripada lima punca kematian utama di Malaysia dan sebanyak 12 peratus kematian dilaporkan di hospital kerajaan setiap tahun akibat kanser Di Malaysia.
So ini 6 makanan yang korang perlu elak.
1. Popcorn dari microwave

.
Kimia ini boleh menyebabkan kanser paru-paru. Makanan dari keluar dari Microwave tidak baik untuk kesihatan.Ada kajian mengaitkan microwave dengan masalah kesuburan, kanser hati, testikal dan pankreas.
2. Daging proses

Daging proses macam bacon dengan sosej mengandungi bahan pengawet kimia. Makanan sebegini sentiasa kelihatan enak dan mudah didapati .sebenarnya daging proses ada natrium nitrat dan natrium nitrit.Kedua-dua agen ini boleh mengakibatkan kanser, usus rosak dan banyak kanser lain.
3. Diet coke

Ramai yang yang sudah tahu bahawa coke memang tidak bagus untuk kesihatan namun masih banyak mengemari minuman coke ini.Kajian terbaru dari Pihak Berkuasa Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) pula membuktikan pemanis tiruan dalam air tin mengandungi aspartame, sucralose dan saccharin yang menyebabkan kanser.

4. Tepung putih halus

Kajian yang diterbitkan Journal Cancer Epidemiology, Mile Markers dan Prevention membuktikan tepung boleh jadi penyebab kanser payudara.Semua ini dikaitkan dengan karbohidrat yang ada dalam tepung putih ini. Makanan yang dihasilkan dari tepung juga boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam badan.
5. Gula halus
Makin tinggi insulin, makin cepat sel kanser tumbuh.
Pemanis yang kaya dengan fruktosa macam sirap jagung ada gula yang banyak. Contoh lain seperti cookies, kek, pai, jus dan sirap.
Semua mengandungi serat HFCS dan gula halus.
6. Buah-buahan di kedai

Buah-buahan yang dibeli di kedai telah tercemar dengan racun,kerana mereka ingin buah-buahan yang dijual itu bertahan lama dan agar kelihatan sentiasa segar .Racun perosak adalah punca menyebabkan kanser.Oleh kerana itu, belilah buah-buahan daripada pekebun buah atau di kedai yang disahkan organik – the asean parent malaysia
Apa-apa pun, amalkan gaya hidup sihat untuk elak dari menghidapai penyakit maut ini. Elakkan makanan-makanan di atas jika tidak mahu berlaku kemudaratan di masa akan datang.
Bagi mengetahui lebih info mengenai punca penyebab kanser bagi lelaki dan perempuan dan cara menanganinya, stay tune untuk sesi Power Talk ‘Fight Against Cancer’ yang dibawakan oleh Nu Ideaktiv di Facebook Mingguan Wanita, 18 November ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

