“Dan Gelaran Hero Remaja 2017 Jatuh Kepada…”

Share

Tahniah diucapkan kepada Alif Muhaimin, 23, atas kejayaan merangkul gelaran Hero Remaja 2017! Setelah berakhirnya episod finale sebentar tadi, Alif berjaya untuk menidakkan peluang enam orang finalis lain yang bertanding di pentas akhir tadi dalam suasana yang cukup sengit.

Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada peserta dari Negeri Sembilan, Farhan Asri manakala Harris Annuar, 24 berjaya menempatkan diri di tangga ketiga.

Episod terakhir tadi terbahagi kepada 3 segmen utama. Segmen pertama membabitkan sesi photoshoot mereka di Bukit Gambang Resort City, Pahang yang membabitkan tujuh jenis haiwan berbeza.

Detik mendebarkan Top 5 Pencarian Hero Remaja 2017 menantikan keputusan daripada Scha Alyahya dan juri lain.

Setiap seorang perlu bergambar dengan tema safari chic bersama haiwan yang tidak mereka sangkakan seperti ular sawa, unta, kuda malah burung helang! Rata-rata kesemua finalis menerima respon positif terhadap foto masing-masing daripada panel juri.

Segmen kedua pula berlangsung pada malam finale di mana mereka bertujuh ditemani oleh 13 orang lagi finalis Hero Remaja 2017 yang telah tersingkir untuk mempersembahkan sebuah pertunjukan runway di hadapan penonton yang hadir.

Dengan membawakan pakaian daripada jenama terkenal, Rizman Ruzaini, penonton turut disajikan dengan persembahan live oleh Kaka yang membawakan lagu ‘Bukan Hal Aku’ dan ‘Uptown Funk’.

Alif Muhaimin tenang memberikan respon kepada soalan yang ditanya oleh pihak juri. Pada finale ini, aura Alif cukup terserlah.

Siapa Yang Berjaya Menyakinkan Juri Dengan Jawapan Akhir?

Segmen terakhir pula hadir mendebarkan apabila masing-masing perlu mengharungi sesi Q&A bersama soalan yang dikeutarakan oleh pengacara, Scha Alyahya. Di sinilah detik di mana seorang Hero Remaja dipisahkan dengan pesaing lain apabila Scha mengumumkan 2 orang finalis bakal disingkirkan di atas pentas tersebut.

Ikmal Amry dan Safwan Nazri terpaksa menerima penyingkiran secara live selepas juri bersepakat bahawa performance lima orang lagi finalis lain lebih menonjol lalu melayakkan mereka untuk berada di dalam Top 5.

Setelah Nabil Aqil diumumkan sebagai Hero Favourite hasil undian peminatnya secara online (sebanyak 16,410 undian) di www.remaja.my/hero, kini tiba masanya untuk menobatkan siapakah Hero Remaja 2017. Nasib ternyata menyebelahi Alif Muhaimin dengan performance konsisten serta pakej yang ada pada dirinya untuk melangkah ke hadapan sebagai Hero Remaja.

Juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin!
Naib Juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri!
Tempat Ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar!

Tahniah juga REMAJA ucapkan kepada Adam Yusuf, 24 yang memperoleh anugerah khas Hero Inspirasi setelah dia membuktikan berjaya melakukan melakukan transformasi jauh dari peringkat awal sehinggalah peringkat finale.

Untuk melihat foto Behind The Scene dan apa yang berlaku di majlis tayangan gala Hero Remaja 2017 sebentar tadi yang bertempat di TGV One Utama, klik  profil Instagram  @pencarianheroremaja.

IKLAN