Dunia ratu cantik antarabangsa sebelum ini dikejutkan dengan pengumuman dibuat oleh organisasi Miss Grand International yang melucutkan Rachel Gupta daripada gelaran yang dimenangi.
Namun begitu, gadis berusia 21 tahun itu telah terlebih dahulu membuat kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut menerusi satu hantaran di halaman rasmi Instagramnya.
Rachel meluahkan rasa dukanya dan mengakui bahawa menjadi Miss Grand International adalah salah satu impian terindah dalam hidupnya.
“Dimahkotakan adalah salah satu impian yang paling dihargai dalam hidup saya, dan saya dipenuhi dengan harapan dan kebanggaan untuk mewakili negara saya serta mencipta sejarah,” kongsinya.
Rachel bersama presiden MGI, Nawat Itsaragil, dalam satu majlis sebelum ini.
Namun,menurut beliau perjalanan selepas dimahkotakan sebagai Miss Grand international tidak seperti yang diharapkan.
Ratu Cantik India itu mendedahkan beliau menghadapi pelbagai cabaran termasuk janji yang tidak ditepati, layanan yang tidak adil dan persekitaran toksik yang menyukarkannya terus bertahan dalam diam.
Rachel turut menjelaskan keputusan ini bukan dibuat secara ringan dan akan berkongsi sebuah video yang mengupas secara mendalam pengalaman sukar yang dilaluinya dalam masa terdekat.
Ads
“Saya memohon simpati, hati yang terbuka dan sokongan berterusan daripada anda semua ketika saya melangkah ke fasa seterusnya ini,” ujarnya lagi.
Keputusan ini pastinya menimbulkan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan peminat serta pemerhati dunia ratu cantik. Video yang bakal dikongsi Rachel dipercayai akan memberi penjelasan lebih terperinci mengenai isu yang dihadapi sepanjang memegang gelaran tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada prosiding inkues kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, mendedahkan satu fakta mengejutkan – blok asrama tempat arwah ditemui tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) mahupun jeriji besi di koridor bangunan.
Menurut laporan mStar Online, perkara itu disahkan oleh saksi keenam, Linah Mansoding @ Jaliha, 65 tahun, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di kolej berkenaan. Menurut Linah, beliau berada dalam syif malam bermula jam 8 malam hingga 8 pagi pada tarikh 15 Julai 2025, iaitu hari kejadian.
Ketika memberi keterangan, Linah memberitahu sekitar jam 2 pagi beliau sempat membuat rondaan di blok asrama perempuan dan tidak menemui sebarang perkara mencurigakan. Namun, sejam kemudian, ketika melakukan pemeriksaan di blok berhampiran, seorang pelajar datang memaklumkan bahawa ada rakan mereka ditemui pengsan di longkang.
“Saya bergegas ke lokasi dan mendapati Zara terbaring tidak sedarkan diri dalam longkang,” katanya. Linah turut menambah bahawa beliau segera menghubungi Ketua Warden, Ustaz Azhari, untuk tindakan lanjut.
Sebelum ambulans tiba sekitar jam 4 pagi, Linah sempat merakam gambar keadaan arwah sebagai bukti. Zara kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan.
Linah yang sudah berkhidmat sejak 2012 turut berkongsi bahawa sepanjang lebih sedekad bertugas di sekolah itu, tiada sebarang kejadian luar biasa pernah berlaku sebelum tragedi berkenaan.
Pendedahan tentang ketiadaan CCTV serta jeriji keselamatan ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dan ibu bapa. Ramai menyuarakan kebimbangan tentang tahap keselamatan asrama, kerana kemudahan asas seperti pengawasan CCTV seharusnya menjadi keutamaan untuk melindungi pelajar.
Kes Zara Qairina bukan sekadar membuka mata tentang isu keselamatan pelajar, tetapi juga mengingatkan bahawa langkah pencegahan perlu diberi perhatian serius agar kejadian sebegini tidak berulang pada masa depan.
Pempengaruh yang popular dengan perkongsian kandungan suasana kampung, Muhammad Nazirul Hakim Arman meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman pada malam Khamis.
Nazirul Hakim, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Azmeer Iskandar yang juga pencipta kandungan di laman Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat sahabat kita @iamnazirul yang telah kembali ke rahmatullah. I’m speechless,” tulisnya di Instastory.
Punca kematian pempengaruh terkenal itu dipercayai akibat jangkitan kuman yang dihidapinya. Perkara ini dokongsi sendiri oleh seorang lagi pempengaruh, Akhi Fairuz, menerusi hantaran di Instagram.
“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman,” kongsinya.
Nazrul Hakim atau nama penuhnya Muhammad Nazirul Hakim Arman terkenal di media sosial sebagai pempengaruh yang banyak berkongsi tentang kandungan berasaskan pelancongan.
Kandungan tentang suasana kehidupan kampung dan keindahan seni bina tradisional melayu, pekan-pekan kecil yang dihasilkan mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara. Menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun, Nazirul pernah dinobatkan sebagai Key Opinion Leader (KOL) of The Year oleh Kerajaan Negeri Perak tahun ini.
Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, mendedahkan sisi peribadi remaja itu yang gemar menulis diari ketika berada dalam keadaan tertekan.
Perkara itu dikongsikan oleh saksi ke-18 yang juga rakan asrama Zara dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Peguam Joan Goh berkata, berdasarkan keterangan saksi, dia mengetahui tentang kewujudan diari tersebut selepas pernah melihat Zara menulis di dalamnya ketika di asrama.
“Saksi pernah membaca diari milik Zara sekali sahaja dengan izinnya. Seingat saksi, Zara menulis mengenai kerinduannya terhadap kawan-kawan lamanya di sekolah rendah, namun nama mereka tidak diingati.
“Setahu saksi, Zara akan menulis diarinya semasa dia ‘stress’ atau dalam tekanan kerana cara penulisannya menjadi laju.
“Saksi tidak tahu sebab Zara tertekan dan tidak tahu di mana Zara menyimpan diarinya,” jelas Joan kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Rabu.
Joan turut memaklumkan bahawa menurut saksi, Zara tidak pernah mengadu kepadanya tentang sebarang gangguan di asrama seperti buli, tekanan belajar atau keletihan.
Malam Kejadian
Saksi turut menceritakan insiden pada malam 15 Julai lalu. Menurutnya, dia melihat Zara berjalan menuju ke bilik lain selepas dimaklumkan ada pelajar kehilangan barang.
“Saksi bersama rakan-rakan dorm memeriksa barang-barang milik Zara dan menemui satu pin Jalur Gemilang di tempat Zara yang bertulis nama salah seorang pelajar.
“Selepas berjumpa senior di bilik sebelah, ketika Zara kembali ke dorm sekitar jam 11 malam, saksi melihat Zara seakan marah. Zara berjalan masuk ke dalam dorm, menutup loker, kemudian terus baring di lantai sambil menangis di depan almarinya.
“Zara menjerit sambil berkata, ‘Aku nda curi bah, sial’. Sebelum saksi tertidur, Zara masih berada di atas lantai. Itu adalah kali pertama saksi melihat Zara dalam keadaan begitu,” katanya.
Selepas lampu asrama ditutup, saksi sempat melihat Zara duduk di hadapan almarinya sebelum datang ke hujung bilik untuk meminjam gunting.
“Saksi tidak meminjamkan gunting kepada Zara kerana dia tiada gunting. Selepas itu, Zara keluar dari dorm dan saksi tidak tahu apa berlaku selepas itu kerana dia terus tidur,” jelasnya lagi.
Perubahan Tingkah Laku Zara
Pada hari yang sama sekitar jam 4 petang, saksi berkata dia ternampak Zara berada di asrama dalam keadaan muram dan menyendiri.
“Zara kelihatan diam, muram, tidak bercakap dan turun bersendirian. Memandangkan saksi dan Zara berada di kelas berbeza, saksi tidak tahu bagaimana keadaan Zara sewaktu ‘prep malam’. Saksi tidak menegur Zara kerana melihat dia dalam ‘bad mood’ dan takut dimarahi,” katanya.
Isu Kehilangan Wang
Saksi turut memberi keterangan bahawa dia pernah kehilangan wang di dorm dan bagaimana wang tersebut ditemui semula di dalam loker Zara.
“Saksi memberi keterangan bahawa dia pernah kehilangan wang di dorm dan pada masa itu memaklumkan kepada senior. Senior kemudian meminta izin untuk memeriksa setiap loker dan menemui sejumlah wang di dalam loker Zara.
“Saksi ditanya bagaimana dia tahu wang itu miliknya, dan saksi menjawab bahawa senior bertanya ciri-ciri wang yang hilang. Wang tersebut ialah tiga keping RM10,” kata Joan.
Joan dan rakan sepasukannya, Datuk Ram Singh, mewakili salah seorang daripada lima remaja yang didakwa dalam kes Zara Qairina dan hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!