Da’i Syed Bakal Timang Cahaya Mata Kedua, Hana Ismail Kini Hamil Lagi. Tahniah!

Share

Baru sahaja menyambut ulang tahun pertama anak sulung mereka, pendakwah dan penyanyi Da’i Syed kini berkongsi satu lagi berita menggembirakan apabila isterinya, Hana Ismail disahkan sedang hamil cahaya mata kedua.

Menerusi satu perkongsian di Instagram pada Ahad, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan bentuk ‘baby bump

’ Hana sebagai tanda pengumuman berita istimewa itu kepada para pengikutnya.

“Doakan keluarga kecil kami,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Sejurus hantaran itu dimuat naik, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dan doa yang baik-baik daripada para peminat serta kenalan rapat buat pasangan ini.

Bagaimanapun, pendakwah berusia 30 tahun itu tidak mendedahkan usia kandungan isterinya.

Sebagai info, Da’i Syed dan Hana, yang juga merupakan seorang pengacara televisyen, telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath