Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan individu paling ramai pengikut di media sosial. Kehebatannya dalam dunia sukan bola sepak sudah tidak lagi boleh disangkal, malah ketika berusia 37 tahun beliau masih mampu berada di kesebelasan utama pasukan.
Cristiano Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi di Manchester United, kelab terkininya selepas berpindah dari Juventus dengan nilai perpindahan 21 juta pound (RM121 juta).
Bergelar seorang ayah kepada empat orang anak, bintang bola sepak ini juga mempunyai kekasih yang cantik jelita bernama Georgina Rodriguez. Tidak dinafikan kekasihnya itu juga terkena ‘tempias’ populariti apabila dia kini mempunyai siri realiti sendiri di platform penstriman digital Netflix.
I Am Georgina mempunyai enam episod dan apa yang menariknya, siri realiti televisyen ini membongkar rahsia perkenalan mereka yang bermula dari tempat kerja Georgina.
Rupa-rupanya wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini adalah seorang pekerja Gucci dan Ronaldo terpikat dengannya ketika berbelanja di butik mewah itu. Siapa sangka daripada gadis biasa yang tidak punya apa-apa, kini kehidupan Georgina berubah sepenuhnya.
Ads
“Dulu saya menjual barangan mewah, kini saya menggayakannya di karpet mewah”
Ada banyak lagi perkara menarik yang dibongkarkan dan korang juga pastinya teruja melihat kehidupan mewah pasangan popular ini. Bagi peminat setia Cristiano Ronaldo, korang boleh tonton siri realiti I Am Georgina yang kini sedang ditayangkan di Netflix.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehidupan sebagai remaja jauh menyeronokkan. Tak banyak pun kena fikir kecuali menjaga hubungan dengan Allah. Baik dengan mak ayah. Buat simpanan untuk masa depan selain lakukan hal-hal positif.
Lain dengan orang berkahwin. Ada hati isteri atau suami yang perlu dijaga. Kena tahu bagaimana nak ambil hati keluarga mentua. Perlu fikirkan bagaimana nak tambah pendapatan sebab nak bayar duit ansuran rumah dan kereta. Itu belum lagi perlu menjaga anak-anak selain banyak masalah lain.
Jadi memang senangkan jadi orang bujang. Tak banyak masalah kalau kita tak cari masalah itu datang. Paling utama semangat kena kuat, usaha perlu lebih dan tahu apa perlu dibuat.
Wow, memang mencabar betul berbasikal ke puncak gunung Annapurna ini. Macam-macam halangan dilalui
Baca perkongsian pelajar Ijazah Sarjana Microbiologi dari Universiti Putra Malaysia, Leftenan Muda Akmal Hayat Abdul Karim (PSSTLDM) yang mengikuti cabaran menakluk Puncak Annapurna, Nepal antara gunung yang paling berbahaya di dunia dengan hanya berbasikal.
Inspirasi 10 wakil Malaysia dengan tiga darinya wanita membukti bahawa Malaysia Boleh dalam Ekspedisi Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit pada 4-21 Mei tahun lalu di mana kesemuanya berjaya mengelilingi puncak Annapurna.
Happy bila misi tercapai. Malaysia Boleh!
Di sebalik kejayaan dicapai, biar sudah lima bulan kejayaan manis dirasai, Akmal Hayat yang lebih senang dipanggil Hayat, menceritakan kembali bagaimana dia sebenarnya seperti menempah mautnya sendiri kerana pada ketinggian 3500 meter, dia diserang sindrom Altitude Mountain Sickness (AMS) di mana tubuhnya mulai kekurangan oksigen.
“Pada ketinggian 3500 meter, saya mulai mengalami tanda-tanda diserang AMS. Tak lalu nak makan. Terasa loya dan pening. Kami memang practice tidak membawa tong oksigen ke puncak bagi mengurangkan beban kayuhan. Masa yang sama, kami memakai baju tebal kerana cuaca sentiasa berubah-ubah. Anginnya terlalu sejuk. Bukan saja saya, tapi dua peserta juga sudah mulai alami AMS.
“Tapi saya tetap teruskan kayuhan sejauh 30 km sehari bagi menghabiskan ekspedisi ini. Mencapai tahap ketinggian 4200, muka saya mulai kebiruan. Apa yang saya makan semuanya dimuntahkan kembali. Tubuh memang sudah lembik.
Disaat tenaga makin kurang, mental perlu kuat hadapi cabaran
“Tapi bila memandang ke puncak Annapurna, saya rasakan puncak itu sangat dekat di hati. Sepatutnya dalam peraturan pendakian, jika terkena serangan AMS, kita perlu turun ke bawah bagi mengelak rosiko kematian.
“Tapi saya memohon kepada Allah SWT, berilah saya peluang untuk mengelilingi dan menawan puncak Annapurna ini. Saya nekad untuk meneruskan kayuhan. Tapi baru sekali dua kayuh, pandangan saya semakin berat.
“Memandangkan circuit ke puncak amat sempit, kami perlu bergilir-gilir meneruskan kayuhan dengan amat perlahan. Ada ketika kami perlu memikul basikal di bahu kerana laluannya sangat sempit dan licin.
“Tapi inilah cabaran yang saya lakukan kepada diri sendiri. Dalam orang lain melihat saya seperti tidak boleh, saya tetap berbasikal juga. Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya ke puncak pada ketinggian 5416 meter iaitu di Thorung La Pass.
“Kami memulakan kayuhan di Besisahar pada ketinggian 760 meter dan selepas sampai di puncak tertingginya, Thorung La Pass (5416 meter), kami kemudian menuruni puncak dari laluan berbeza dan tamat di Pokhara pada ketinggian 827 meter.
Ketika menamatkan kayuhan, hanya rasa syukur mampu saya ucapkan. Ya Allah, memang rasa bangga pada diri sendiri kerana saya akhirnya berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil,” katanya berkongsi pengalaman.
Semakin tinggi menuju ke puncak, salji menunggu. Cuaca kadang gelap, kemudian cerah secara tiba-tiba
Miliki berat 90 kg tapi itu bukan halangan
Pelajar Sains ini memang sudah lama terlibat aktif dalam sukan berbasikal. Dia mencabar keupayaan diri kerana berat badannya mencecah 90 kg.
Di saat orang lain berasa mustahil kerana berat badan, Hayat akui dia tidak terfikir begitu. Dia mahu buktikan berat badan bukan halangan untuk berbuat sesuatu yang disukainya, kata anak bongsu dari lima beradik ini.
Kalau tak kuat semangat, memang tak sampai ke puncak jadinya
Baginya berat badan bukan soal tetapi semangat paling utama. Sebelum terpilih bersama 9 orang peserta ekspedisi ini, dia terpaksa bersaing dengan 116 peserta sebelum saringan demi saringan dilakukan.
“Setiap hari, kami disyaratkan perlu berbasikal sejauh 100. Selepas solat Subuh, saya mulai mengayuh dari kampus, UPM menuju ke Putrajaya. Pusing-pusing Putrajaya sebelum kembali semula untuk ke kuliah. Alhamdulillah, saya mampu mengurus masa dengan baik selama tiga bulan sebelum ekspedisi ini bermula.
Kongsi Hayat lagi, dari 116 yang datang, kemudian tinggal 20 peserta sebelum 10 terpilih mengikuti Ekspedisi Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit di mana dia adalah peserta termuda sekali.
Bakal menamatkan pengajian Januari tahun depan, kata Hayat dia sudahpun ditawarkan oleh pensyarahnya untuk mengikuti Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Sains yang amat diminatinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu Terus Hidup yang dicipta sendiri oleh penyanyi, Aina Abdul membawa tuah kepadanya apabila ia diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini.
Aina sekaligus membawa pulang trofi dan keseluruhan hadiah wang tunai RM100,000 selaku juara AJL37 kerana ia merupakan hasil ciptaan dan nyanyian solonya sendiri.
Terlebih dahulu, Aina telah dinobatkan sebagai penerima katgeori Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut-turut lalu membawa pulang trofi serta wang tunai RM12,000.
Lagu yang disebut-sebut sebagai salah satu pilihan utama untuk menjuarai AJL37, Suatu Malam Di Temasek nyanyian dan ciptaan Joe Flizzow dan SonaOne pula terpaksa berpuas hati di kedudukan naib juara. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Sementara itu, satu lagi buah lagu yang juga diramalkan berada dalam kedudukan Top 3 iaitu Anugerah Terindah nyanyain Alif Satar & The Locos pula menduduki tempat ketiga sekaligus melayakkan mereka menggondol trofi dan wang tunai RM30,000.
Berbeza dengan kategori Persembahan Terbaik yang sukar diramal pemenangnya memandangkan terlalu banyak persembahan di AJL37 pada malam ini yang menyangkal ‘expectation’ penonton baik di stadium mahupun di rumah.
Rata-rata tidak dapat melupakan betapa ‘angelic’ persembahan Terus Hidup atau betapa di luar kotak idea Naim Daniel yang menyanyikan lagu Mainan secara tergantung serta terbalik.
Namun, rezeki nyata tersurat buat Shiha Zikir yang menyampaikan lagu Irama dengan gaya penuh futuristik dan energetik. Ia melayakkan beliau membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Persembahan 12 finalis di AJL37 diadili 10 juri profesional termasuklah Datuk Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Khir Rahman, Azlan Abu Hassan, Damian Mikhail, LY manakala Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua juri.
Buat julung kalinya, dua orang pengacara wanita digandingkan di pentS AJL tanpa kelibat mana-mana pengacara lelaki. Ternyata, Sherry Alhadad dan Jihan Muse berjaya menghiburkan penonton biarpun program siaran langsung itu terpaksa dilanjutkan sehingga hampir empat jam lamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti tahun-tahun sudah, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia pasti akan dibanjiri warga kota yag tak pulang ke kampung setiap kali tiba 1 Syawal.
Cuma apa yang berbeza pada tahun ini adalah kita mempunyai Perdana Menteri yag ketujuh, kita mempunyai barisan menteri berbeza daripada kerajaan Pakatan Harapan dan paling penting, sentimen sayangkan Perdana Menteri terasa berbeza sedikit.
Panas terik dari sekitar jam 10 pagi tak menghalang tetamu untuk setia berbaris untuk bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah dan pemimpin yang lain.
Daripada pemerhatian Tun M, ramai netizen yang datang bersalaman dan mengucapkan sama ada ‘Terima Kasih’ ataupun ‘I Love You’ kepadanya atas usaha beliau dan kerajaan selepas memerintah sejak Pilihan Raya ke-14 lalu.
” Ramai datang mengucap terima kasih kerana menyelamatkan negara kita. Inilah demokrasi.
“Rakyat bebas memilih kerajaan mereka. Kita tak perlu permusuhan antara rakyat dan pemerintah. Apabila pemerintah sedar rakyat sudah tak nak mereka lagi, adalah baik jika mereka mengambil berat mengenai pandangan rakyat,” kata beliau ketika berucap tadi.
Hebat juga, bukan setakat mengucapkan Selamat Hari Raya tetapi korang pun sempat ucapkan I Love You kepada Tun M!
“Terima kasih kepada yang berikan sokongan dan yang datang hari ini untuk mengucapkan itu. Tak perlu bagi sepaduk ‘I Love PM’.”
Sementara itu, open house yang berlangsung sehingga jam 4.30 petang itu menerima puluhan ribu pengunjung hari ini sejak selesai solat sunat Aidilfitri tadi.
YB Syed Saddiq pun sempat bergambar dengan mentornya, Tun M.
Kami sempat untuk menikmati juadah tempatan seperti makanan Melayu, Cina, India dan juga makanan Vegan. Kuih kegemaran Tun M iaitu kuih Makmur pun ada!
“Kuih makmur kurang gula, dulu banyak gula sekarang tak lagi.”
Okay, walaupun penulis lebih sukakan kuih semperit, tapi kami juga sayangkan Tun M!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!