Baru semalam kami membawakan cerita anak muda ini yang berjaya mengutip wang derma lebih RM600 ribu bagi membantu warga Palestin. Kini, dia dan isterinya diuji dengan berita keguguran kandungan sulung mereka selepas hanya lebih kurang 11 hari membuat pengumuman bahawa sedang Aurel mengandung di laman sosial mereka.
Walaupun ramai yang mendoakan kesihatan dan kebahagiaan kepada mereka, terdapat juga suara-suara sumbang yang membetikan komen negatif.
Saat membuat pengumuman di laman Instagram. terpancar kebahagiaan pasangan muda ini.
Terkesan dengan tohmahan ramai orang sebelum ini mengenai kandungan tersebut. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Atta meluahkan perasaan, “Mohon maaf kawan-kawan semua tolong dijaga prasangka buruk apatah lagi yang ditulis dia media sosial. Dahulu sebelum diumumkan hamil, banyak fitnah bertebaran tentang kehamilan di luar nikah.
Ads
“Sebab itu kami umumkan supaya tidak ada fitnah yang semakin memburuk. Namun tetap juga ada pandangan yang berbeza. Sekarang anakku sudah ke syurga. Mohon jangan ada berita tentang isteriku mengenai kandungannya begitu dan begini. Semua kami luruskan dan jelaskan hari ini.
“Jangan dengar kata orang yang bergosip atau fitnah. Hanya dengar cerita dari mulut kami agar tiada prasangka buruk untuk isteriku.”
Ads
Atta dan Aurel yang bernikah pada tanggal 3 April lalu dan pernikahan mereka menjadi kontroversi apabila ia disiarkan di stesen televisyen tempatan Indonesia sehingga menjadi teguran pemerintah Indonesia.
Ads
Semoga pasangan sama cantik dan sama padan ini kuat dalam menempuh dugaan dan semoga Aurel segera sembuh dan dikurniakan cahaya mata kelak.
Sebelum wujudnya Army, EXOL, VIP dan segala jenis fandom kpop yang menguasai dunia hari ini, kdrama menjadi fenomena di Malaysia. (Hari ini pun masih onz!). Cuba tanya kakak abang malah ibu anda yang gemar menonton drama Korea, pasti mereka masih ingat sekitar tahun 2000, dimana setiap jam 6 petang, semua dah ready duduk depan tv dan tonton drama siri Korea.
Ingat lagi tak dengan drama Winter Sonata yang menyebabkan semua orang adore dengan pelakon utamanya Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo? Dengar cerita, drama ini bakal kembali ke kaca tv anda! Biar betik?!
Drama yang mempunyai 20 episod ini dibawa masuk ke dalam Malaysia sekitar tahun 2002-2003 dan kdrama terus mendapat perhatian remaja di Malaysia ketika itu. Sehinggakan, ramai membeli siri tersebut yang telah dijadikan VCD dan dijual sebelum drama itu habis di kaca tv. Hebat penangan Winter Sonata ni!
Malah, jika anda bercuti di Korea Selatan, Pulau Nami telah meletakkan simbol drama ini yang menjadi salah satu lokasi pengambaran untuk sektor perlancongan. Menurut Korean Times, sambungan kepada drama ini akan menemui penonton tidak lama lagi!
Kim Yong Soo merupakan pengarah yang akan bekerjasama dengan penulis asal drama Winter Sonata Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan kesinambungan kisah Kang Joon-sang dan Jeong Yoo-jin.
Namun, pengarah asal Yoon Suk Ho menolak untuk mengarah drama ini ekoran dari kes kematian salah seorang pelakon utama Park Yong Ha yang mati bunuh diri pada tahun 2010. Walaubagaimanapun barisan pelakon, masih belum diketahui.
Korang ada pelakon kdrama yang best-best tak untuk pegang watak utama? Atau, korang masih nak pelakon original berlakon?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diharapkan sejak Isnin lalu, penganjur Good Vibes Festival 2019 telah mengumumkan senarai penyanyi dan band yang bakal turun ke Kuala Lumpur untuk edisi tahun ini.
Bakal menemui korang semua pada 20 dan 21 Julai kelak di The Ranch@Gohtong Jaya, senarai awal ini nampaknya menepati expectation peminat muzik Malaysia apabila rata-rata respon yang diberikan mereka dalam ruangan comment adalah positif.
Ada juga yang berseloroh mengatakan pengunjung perlu membawa kotak tisu memandangkan ramai penyanyi bergenre ‘slow’ dan ‘sedih’ tersenarai.
Berikut adalah antara 10 persembahan yang membuatkan REMAJA excited untuk menonton secara langsung.
Cigarettes After S**
Sabrina Claudio
Daniel Caesar
Jai Wolf
Dean
Nothing But Thieves
Russ
Mura Masa
Midnight Fusic
6lack
Tiket akan mula dijual di laman web Good Vibes Festival bermula tarik seperti di bawah:
Isnin (25 Mac 2019) jam 12 tengah hari untuk pelanggan U Mobile saja. Korang perlukan kod promo daripada aplikasi MyUMobile untuk membeli tiket early bird dan VIP ini.
Selasa (26 Mac 2019) jam 11 pagi pula adalah untuk semua pembeli.
Saban tahun, tidak sah sekiranya stesen radio Hot FM tidak melancakan lagu khas bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bukan?
Buat tahun 2022, tradisi sama masih akan diteruskan tetapi pada skala yang lebih besar apabila Hot Fm dan Molek FM buat kali pertamanya telah bergabung tenaga untuk melancarkan sebuah lagu raya berjudul Hangat Beraya.
Karya komposer dan penulis lirik Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini bukan setakat menggabungkan penyampai radio kedua-dua stesen berkenaan. Malah, mereka juga menjemput barisan penyai serta band terkenal tanah air bagi sama-sama memeriahkan lagi lagu berkenaan.
REMAJA berpeluang untuk bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil baru-baru ini bagi bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai pengalaman kali pertamanya memasuki studio rakaman bagi single Hangat Beraya ini.
Penyampai radio Hot FM, pelakon dan pempengaruh, Imran Aqil.
“Untuk single Hangat Beraya pada tahun ini, ada beberapa artis yang terlibat termasuklah kesemua penyampai Hot FM seperti Haziq Husni, Riena Diana, IU, Farah Fauzana, AG, Fad Bocey dan saya. Kami juga menjemput beberapa penyanyi popular seperti Marsha Milan, Daniesh Suffian dan Naqiu Boboy.
“Pada waktu itu, jujurnya saya struggle memandangkan saya bukanlah seorang penyanyi dan belum berpengalaman berada dalam studio rakaman. Bila dapat tahu mengenai projek ini, itulah perkara pertama yang saya fikirkan; saya tiada bakat nyanyian! (ketawa) Tidak seperti rakan penyampai yang lain seperti Haziq yang sekurang-kurangnya mempunyai suara yang sedap didengar walaupun tidak bergelar penyanyi.
“Saya ada bertanyakan nasihat daripada Haziq sebelum rakaman dan katanya, “Kau ‘bagi’ je. Penerbit akan tahu ‘membaca’ suara kau dan dia akan fit in suara kau ikut kesesuaian.” Sedikit sebanyak, nasihatnya itu membantu,” ulasnya yang juga merupakan finalis pencarian Hero Remaja 2020.
“Saya pasti lagu ini akan hit kerana ia lain daripada yang lain. Vibe-nya sangat riang dan muda, saya pun tidak sabar menantikannya.”
Perasaan cemas kongsi Imran lagi nyata tidak boleh dielakkan memandangkan dia enggan melakukan kesilapan. Apatah lagi apabila rakaman membabitkan penyanyi profesional.
“Sewaktu saya di dalam studio rakaman, saya tahu Marsha, Haziq dan Daniesh sedang mendengar suara saya. Saya berulang kali meminta maaf jika apa yang disampaikan tidak mencapai expectation mereka.
“Saya kalau boleh tidak mahulah ‘merosakkan lagu orang’ dan mengecewakan pihak yang terlibat dalam rakaman ini seperti rakan penyampai lain serta artis jemputan,.
“Nasib baiklah saudara Firdaus merupakan seorang yang penyabar. Dia berikan tunjuk ajar semasa saya sampaikan beberapa rangkap dalam lagu tersebut dengan meminta saya memilih teknik suara bass yang katanya lebih bersesuaian dengan suara saya,” katanya lagi.
Single Hangat Beraya ini bakal diluncurkan tidak lama lagi. Kongsi Imran, mereka baru sahaja menjalani penggambaran untuk video muzik Hangat Beraya dan besar harapannya agar ia akan diterima baik oleh semua pendengar serta penonton nanti.
Imran sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa bersama rakan bilik ‘Trio 1912’ daripada pencarian Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar & Hazeeq Dean, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai pengalaman tahun pertama Ramadan sebagai seorang penyampai radio, Imran menyifatkannya sebagai berbeza memandangkan dia perlu berada di konti berseorangan setiap Isnin hingga Jumaat bagi segmen Hot Flix bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
“Awal Ramadan lalu, saya rajin juga berbuka puasa di luar dengan rakan lain. Tetapi disebabkan waktu berbuka yang terlalu hampir dengan segmen saya, saya jadi letih bila perlu bergegas selepas makan. Akhirnya, saya berbuka sahaja di konti sampailah sekarang.
“Pengalaman berbuka seorang diri adalah sesuatu yang baru untuk saya. Ia secara tidak langsung membuatkan saya lebih menghargai waktu berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan semasa hujung minggu.
“Untuk beraya nanti, insyaAllah saya masih berkesempatan untuk menyambutnya bersama keluarga tetapi pada hari yang mana satu; ia masih tertakluk kepada jadual di antara para penyampai,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!