Penyanyi Syada Amzah akhirnya tampil menyuarakan isi hati, susulan video tular nyanyiannya di media sosial tempoh hari.
Menurut tuan empunya badan, dirinya akur ramai tidak berpuas hati dengan isu keluarganya sebelum ini sehingga melepaskan kemarahan pada video yang tidak mempunyai apa-apa kaitan.
“Video saya dikecam mungkin sebab isu lama saya, saya faham mereka masih lagi terasa hati. Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu.
“Saya tidak salahkan netizen, kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya.
“Jauh sekali untuk mencari publisiti, kalau saya mahu berbuat demikian, saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya tagih perhatian, paling penting niat kita,” tuturnya menerusi sebuah program hiburan.
Adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah itu bagaimanapun menghargai setiap komen warganet, selain bangga dengan perjalanan kariernya sebagai penyanyi.
“Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa, kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya. Lagu Tamil dan Arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hati tapi bagi saya itu merupakan satu pujian.
Ads
“Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi mungkin mereka tidak mengenali saya, kalau kenal rapat, saya orangnya jenis mudah buat kawan,” ujarnya lagi.
Selain isu keluarga, Syada turut menerima kecaman hebat warganet apabila nyanyiannya menjadi bahan pertikaian ramai selepas menyanyikan lagu Arab berjudul Kalam Eineh.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Antara negara paling berkuasa untuk revolusi industri 4.0 ini. Bidang teknologi negara China semakin bergerak maju dan patut dicontohi.
Bertujuan mencegah jenayah di China,kini negara yang sangat besar dengan populasi manusia telah ‘revolusi tandas’ yang mana ia dilengkapi dengan sistem yang canggih.
Digelar tandas pintar, pengguna tidak dibenarkan menggunakan atau berada dalam tandas lebih daripada 15 minit.
Tandas pintar ini telah pun disediakan di sekitar bandar Shanghai sebanyak 150 buah. Ia merupakan salah satu pengenalan dalam usaha China menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk diimplementasi dalam rutin harian setiap individu di sana.
Memetik laporan SCMP, setiap tandas mempunyai pengesan infra merah yang boleh mengesan keberadaan penggguna sekali gus merekod tempoh masa pengguna di dalam tandas.
Selain sistem berkenaan, tedapat sensor yang akan mengumpul maklumat seperti kualiti udara dan fungsi penjimatan air berdasarkan tempoh seseorang berada di dalam tandas.
Sekiranya pengguna ‘meluangkan masa’ lebih dari 15 minit, satu mesej penggera akan dihantar kepada pekerja yang mengendali bahagian itu untuk tindakan susulan. Kami tidak dapat pastikan apakah tindakan susulan yang dibuat kepada pengguna yang melebihi masa.
Sebelum ini, China sudah mengimplementasi tandas awan di sana dengan sistem pengecaman muka untuk tisu tandas. Setiap pengguna akan diberikan sebanyak 40-80 sentimeter tisu tandas selepas wajah diimbas.
Bagus kerajaan China buat revolusi tandas, bila la teknologi ini boleh la diaplikasikan di Malaysia juga baru la tak segan nak masuk tandas awam…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Putera Harry dan Meghan Markle masih mencuri tumpuan walaupun telah berkahwin.
Antara perkara yang paling mencuri perhatian adalah kod pemakaian Meghan ketika ke acara rasmi atau sekadar keluar dari istana. Meghan nampaknya gemar sekali melanggar kod pemakaian yang ditetapkan oleh pihak istana, and we are LOVING every minute of it !
Iajelas menunjukkan Meghan masih mempunyai hak untuk berdikari dalam hal seperti pemakaian. Lagipun, bukannya dia tampil tidak bersopan di khalayak ramai. Bekas pelakon drama bersiri Suits ini cuma ingin bebas berfesyen.
Antara kod pemakaian yang pernah ‘dilanggar’ oleh Meghan termasuklah (1) Memakai dress mendedahkan bahu, (2) Memakai seluar ripped jeans dan (3) Memakai pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh semasa mengumumkan pertunangan bersama Putera Harry.
Haih, suka sangat langgar peraturan Meghan ni.
Selama ini, Putera Harry tidak pernah memberikan apa-apa komen mengenai kod pemakaian isteri beliau tersebut. Bagaimanapun, khabar angin kencang mengatakan bahawa Putera Harry baru-baru ini telah melarang Meghan daripada memakai – hhm – tuksedo.
Ya, Meghan pernah memakai tuksedo beberapa kali pada tahun ini.
Cumanya kali ini, dia tak dibenarkan untuk memakai tuksedo semasa kunjungan rasmi ke Australia pada musim luruh nanti. No tuxedo, no blazer and no pants. Nampaknya, Putera Harry menyarankan agar tidak memakai jenis-jenis pakaian tersebut supaya imej Meghan kelihatan seperti seorang ahli kerabat rasmi dan bukannya seorang pelakon Hollywood.
Seperti yang diketahui ramai, ahli kerabat wanita Britain selalunya akan memakai dress paras lutut. Contohnya seperti Duchess of Cambridge, Kate Middleton ketika berkunjung ke Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.
Walaupun Meghan tak dibenarkan bertuksedo nanti, ironi juga apabila kita imbas kembali bagaimana mendiang Puteri Diana sering memakai tuksedo ketika kunjungan rasmi seperti ini sepanjang hayatnya.
Apa pendapat korang, patutkah kod pemakaian Meghan Markle dikongkong sebegini rupa?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam Kancil Awards 2025 memang penuh aura “this is the moment!” untuk industri kreatif Malaysia.
Dalam lautan jenama, agensi dan kreator berbakat, satu nama yang betul-betul mencuri perhatian ramai ialah Astro.
Bukan saja kerana platform dan pengaruh besar mereka, tetapi sebab energy yang mereka bawa malam itu memang lain macam, fresh, stylish dan penuh inspirasi, seakan sedang memberitahu generasi muda “Guys, masa depan kreatif Malaysia dah bermula!”
Bukti Cerita Malaysia, Ada Rasa, Ada Jiwa
Sebagai rakan media rasmi, Astro bukan sekadar hadir untuk memeriahkan acara. Astro menghidupkan suasana festival dengan perbincangan yang membuka mata dan persembahan yang menghangatkan pentas.
Bermula dengan sesi bual bicara bersama Raja Jastina Raja Arshad, Head of Astro Shaw & Vice President Malay Nusantara Business, dan Alex Goh, Head of Strategy & Product di Astro Media Solutions, topik Beyond Ads: Brands as Part of Culture menjadi fokus utama.
Malam diteruskan dengan persembahan bertenaga oleh Hael Husaini dan kumpulan ALPHA, menjadikan Kancil Awards 2025 bukan sekadar acara anugerah, tetapi sebuah perayaan kreativiti yang penuh inspirasi.
Namun apa yang benar-benar menguatkan momentum Astro malam itu ialah deretan kemenangan mereka yang diraikan.
Dalam kategori Entertainment Kancils, karya Lain Macamnya Raya – Astro Raya 2025 membawa pulang kemenangan Silver, sekali gus menegaskan statusnya sebagai antara penceritaan Raya paling impactful tahun ini.
Pada masa yang sama, karya Merdeka Tempat Letak Harmoni – Astro Merdeka turut menerima kemenangan Bronze, menunjukkan bahawa kempen patriotik juga boleh dibuat dengan penuh gaya dan tetap menyentuh jiwa.
Momentum itu tidak berhenti di situ apabila Astro terus mara dalam kategori Film & Branded Content. Astro One – Semua Show Best Best Ada memenangi Bronze untuk versi siaran & pawagam, sebelum meraih satu lagi Bronze untuk versi dalam talian.
Untuk Lain Macamnya Raya pula membuktikan keampuhan luar biasanya apabila turut membawa pulang Bronze dalam kedua-dua kategori tersebut, menandakan keupayaan Astro untuk mencipta naratif yang kuat merentasi semua platform.
Kategori Craft: Halus Seninya, Penceritaan Lebih Hidup!
Dalam kategori craft pula, Lain Macamnya Raya – Astro Raya 2025 sekali lagi menjadi tumpuan apabila menang Bronze untuk arahan filem, muzik dalam kandungan dan untuk penulisan skrip Bahasa Melayu, tiga elemen seni yang membentuk identiti kreatif kempen itu.
Kemenangan ini menunjukkan betapa pentingnya ketelitian dan kualiti dalam setiap lapisan storytelling yang Astro hasilkan.
Outdoor & Muzik Pun Lit- Keberanian Astro Mencuba Sesuatu Yang Baru!
Siapa boleh lupa kejutan stunt pemasaran Astro yang mendebarkan di Bukit Bintang bersama Syafiq Kyle?
Hasilnya, Astro Originals One Cent Thief 2 meraih Bronze untuk kategori Best Use of Live Advertising Events, menandakan keberanian Astro mencuba format aktivasi yang lebih imersif dan dekat dengan peminat.
Langkah ini terus mengukuhkan kedudukan Astro Home of Originals sebagai jenama premium yang mampu memikat hati penonton dan peminat platform penstriman yang sukakan kejutan.
Tidak ketinggalan, karya sooka Giler turut diangkat apabila memenangi Bronze dalam kategori komposisi muzik asal, menambahkan bukti bahawa muzik kini menjadi elemen penting dalam membentuk identiti sesebuah karya kreatif.
Menyerikan lagi senarai kemenangan, Klinik Pontianak turut menerima pengiktirafan melalui kemenangan Bronze untuk penggunaan elemen budaya dalam aktivasi, membuktikan bahawa cerita seram pun boleh jadi konten yang penuh nilai budaya apabila diolah dengan bijak.
Setiap karya yang menang malam itu mempunyai satu persamaan besar di mana semuanya dibina dengan cerita yang dekat di hati rakyat Malaysia, bukan sekadar visual cantik atau tagline yang catchy, ia adalah penceritaan yang real, jujur, dan penuh identiti. Sesuatu yang generasi muda hari ini sangat hargai kerana ‘authenticity’ adalah segalanya.
Lebih menarik, vibe malam itu juga memberi hint bahawa Astro kini sedang membuka pintu kepada era kreatif baharu, lebih berani dan lebih fokus.
Kita boleh jangka akan ada lebih banyak kolaborasi besar antara creator, pembikin filem dan jenama agar lebih banyak content yang cinematic, immersive & mantap. Tahniah Astro atas kemenangan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
S. Sivasangari Juara Terbuka Australia 2026 selepas menewaskan Marina Stefanoni di final. Kejayaan ini menamatkan kemarau gelaran dan membanggakan Malaysia di pentas skuasy antarabangsa.