Berita baik buat individu yang masih giat mencari pekerjaan sepanjang pandemik ini, lebih 20,000 kekosongan jawatan membabitkan 126 majikan akan ditawarkan menerusi Expo Kerjaya sempena penganjuran ‘International Public Employment Forum 2021’ (IPEF 2021) secara maya.
Penganjuran IPEF 2021 ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan orang ramai terutama golongan majikan, pekerja dan pencari kerja dengan maklumat serta berkongsikan amalan terbaik bagi membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19.
Gambar hiasan
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ekspo kerjaya ini akan disertao majikan daripada syarikat-syarikat besar seperti ExxonMobil, Honda, CIMB Bank, Top Glove, Schlumberger, Petron, UMW, KPJ dan banyak lagi.
Ads
Selain itu, turut berlangsung SOCSO’s Regional Return to Work (RTW) DIGIMOS Symposium 2021 dalam usaha Perkeso terus membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dalam mengharungi cabaran Covid-19.
Persidangan julung kali ini dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh pelosok Asia Tenggara dengan mengetengahkan barisan panel jemputan terdiri daripada pakar dalam bidang pengurusan hilang upaya dan rehabilitasi di tempat kerja.
Ads
Gambar hiasan
Jika korang ingin menyertai IPEF 2021 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September ini, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang menerusi pautan www.perkeso.gov.my/ipef. Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut, korang juga boleh menghubungi Careline Perkeso di 1300- 22-8000 atau emel ke ipef@perkeso.gov.my.
Ads
Ini adalah peluang terbaik untuk individu yang kehilangan kerja pada waktu pandemik. Ambil peluang yang diberikan ini, manalah tahu ada rezeki korang nanti.
Kasih seorang ayah sememangnya tiada batas. Begitu juga bagi usahawan dan figura media terkenal, Engku Emran Engku Zainal Abidin, yang meluahkan rasa bangganya melihat anak tunggalnya, Engku Aleesya, kini melangkah ke fasa remaja dengan penuh cemerlang dan berjiwa besar.
Engku Aleesya, Remaja Cemerlang dan Rendah Diri
Anak kepada Engku Emran dan pelakon terkenal Erra Fazira ini kini memulakan kehidupan baharu sebagai pelajar kolej. Walaupun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2014, kasih sayang serta komitmen terhadap anak kesayangan ini tidak pernah pudar.
Sejak kecil lagi, Engku Emran sentiasa berada di sisi Aleesya — menyokong, membimbing dan meraikan setiap kejayaan akademik mahupun peribadi anak gadisnya itu. Dalam perkongsian terbaru di Instagram, beliau meluahkan rasa syukur melihat Aleesya membesar menjadi seorang remaja yang bukan sahaja bijak dan berdisiplin, tetapi juga mempunyai nilai murni yang tinggi.
“As a single parent I worry for her a lot. But Alhamdulillah, I’m learning to let go of some of them slowly,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial. “Always ingat pesan ayah, stay humble, stay grounded.”
Pelajar Kolej dan Penulis Muda Berjiwa Besar
Menariknya, Engku Aleesya bukan sekadar menjejak kaki ke alam kolej, malah aktif sebagai penulis muda dan pernah menyertai sukan triathlon seawal usia 16 tahun. Lebih mengagumkan, Aleesya bercita-cita menjadi pakar kriminologi serta berhasrat untuk terus menulis buku kanak-kanak bagi memberi inspirasi kepada generasi muda.
Dalam bidang akademik, Aleesya turut mencatat keputusan membanggakan apabila meraih A+ dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik, serta A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Perkongsian Engku Emran mengenai pencapaian Aleesya menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang tersentuh melihat keakraban hubungan ayah dan anak ini, malah memuji cara Engku Emran membesarkan anak perempuannya dengan penuh kasih dan disiplin.
Sifat rendah diri, sopan santun dan kematangan Aleesya menjadi bukti bahawa didikan berteraskan kasih sayang serta nilai moral mampu membentuk peribadi unggul — walaupun dalam situasi keluarga yang berbeza.
Inspirasi Buat Remaja Masa Kini
Kisah Engku Emran dan Engku Aleesya ini membuktikan bahawa kasih sayang seorang ayah tidak pernah bertepi. Ia menjadi inspirasi buat ramai remaja bahawa kejayaan bukan sahaja diukur melalui keputusan akademik, tetapi juga melalui nilai rendah diri, keperibadian mulia dan semangat untuk terus berusaha.
💖 Majalah Remaja mendoakan semoga Engku Aleesya terus berjaya dalam pelajaran serta kekal menjadi inspirasi buat generasi muda untuk mengejar impian dengan hati yang ikhlas dan semangat yang besar.
Indonesia merupakan negara jiran yang sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Selain daripada bentuk buminya yang indah untuk diterokai, kos perjalanan ke negara itu juga boleh dikatakan agak rendah dan mampu dijejaki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Namun sudah lebih kurang dua tahun kita tidak lagi berpeluang ke sana sejak pandemik COVID-19 melanda. Tentunya ramai yang merindui untuk melancong ke Indonesia.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana agaknya proses perjalanan ke Indonesia semasa pandemik ini, salah seorang warga Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Zaddam Zahir telah pun berkongsi pengalamannya berkunjung ke Jakarta atas urusan yang perlu disempurnakannya.
Lelaki ini turut berkongsi proses yang dilaluinya sewaktu selamat mendarat ke negara jiran itu. Jom ikuti kisahnya ini :
Saya selamat mendarat di Jakarta semalam dan sampai di hotel kuarantin pukul 8.00 malam waktu Indonesia setelah proses yang panjang. Berikut saya bagi tip pada sesiapa yang nak masuk Indonesia.
01 Perlu ada visa (boleh dibuat di kedutaan Indonesia), masuk atas visa kerja kerana tiada visa melancong atau wisata diberikan pada masa ini. Surat visa akan ditanya sewaktu check-in di airport. Syarikat penerbangan akan approve check-in jika ada visa.
2. Perlu lalui ujian PCR tiga hari sebelum berlepas. Jangan lupa bawa surat keputusan ujian PCR itu.
3. Surat medical check up (kerana ada tertulis pintu masuk screening di ketibaan lapangan terbang Jakarta bagi ketibaan antarabangsa) pada yang ada. Jika tidak ada, cukup sekadar sediakan surat ujian PCR.
4. Hotel kuarantin terdapatdi Jakarta. Sebelum beli tiket pesawat, pastikan korang sudah tempah hotel kuarantin. Susah nak dapat hotel kuarantin jika bertolak kurang daripada lima hari. Lebih baik tempah hotel dalam 10 hari sebelum mendarat di sana.
5. Setelah sampai, korang akan disaring oleh pasukan kesihatan bandar udara Sukarno Hatta. Ujian PCR juga akan dibuat sekali lagi.
Tunggu dua jam untuk menantikan keputusan PCR. Jika hasilnya negatif, korang akan dijemput oleh pengurus hotel kuarantin untuk ke hotel. Tempoh masa kuarantin adalah 10 hari 9 malam dan rata-rata pakej hotel kuarantin 10 hari 9 malam berharga lebih kurang RM3,000.
6. Semua penerbangan antarabangsa akan terlebih dahulu memasuki Jakarta. Tiada memasuki Indonesia menggunakan lapangan terbang antarabangsa lain. Setelah korang menjalani kuarantin 10 hari, korang boleh ke mana-mana destinasi pelancongan Indonesia.
7. Sewaktu pemeriksaan imigresen Indonesia, pihak Imigresen akan ingin melihat tiket pulang ke Malaysia. Sekiranya tiada tiket pulang, mereka akan menunggu pengunjung untuk membeli tiket pulang dan tunjukkan kepada mereka sebagai bukti korang di Indonesia untuk satu tempoh waktu saja.
Ini kerana mereka tidak mahu pengunjung untuk berada di Indonesia bagi satu tempoh yang lama ketika waktu pandemik WALAUPUN visa melawat selama 60 hari telah korang terima.
*
Boleh tahan rumit juga ya. Khabarnya, ini hanyalah khusus untuk mereka yang mempunyai urusan penting seperti pekerjaan dan perniagaan di Indonesia. Bagi tujuan pelancongan, Malaysia masih belum tergolong dalam senarai negara yang dibenarkan untuk melancong ke Indonesia.
Tidak mengapalah, kita cuti-cuti Malaysia dulu okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ini macam-macam perkara yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mengaut keuntungan atas angin dengan menipu duit orang.
Pelbagai taktik digunakan untuk mengaburi mata masyarakat dan tidak terkecuali sindiket penipuan yang dilakukan dengan menawarkan pekerjaan kepada orang ramai. Ejen sindiket ini akan menawarkan keuntungan dan pulangan lumayan yang diberikan telah menarik minat untuk mangsa menyertainya.
Biasanya, sindiket seperti ini akan menghantar mesej melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, Facebook Messenger, Telegram, SMS dengan tawaran gaji yang tinggi. Kebiasaan ayat mereka, tawarkan gaji RM100 hingga RM500 sehari. Sudahlah bekerja di rumah, tidak perlu ada pengalaman atau sijil kelulusan pula tu.
Masuk akal ke?
Sindiket ini biasanya akan menyamar sebagai wakil bahagian pemasaran, HR dan pengurus projek yang terkenal, contohnya Amazon Malaysia. Kalau korang dapat mesej seperti itu terus sahaja padam dan jangan klik apa-apa link yang diberi. Lebih baik block dan report spam sahaja!
Untuk mengesan sama ada mesej yang diterima itu scam atau tidak, berikut 5 cara untuk korang kesan sindiket penipuan
Kerja senang, gaji banyak
Dapat tawaran tanpa temuduga
Minta bayaran/deposit sebelum bekerja
Tidak menggunakan email rasmi syarikat
Tiada info atau butiran tentang syarikat tersebut dimana-mana
Sekarang ini memang banyak mesej tawaran pekerjaan yang diterima. So guys, hati-hati dan jangan mudah terpedaya ok?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Selangor tawar kelas bahasa percuma Selangor bermula 2026 melibatkan Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa secara dalam talian untuk semua rakyat.