
Mesti ramai pelajar yang frust dan kecewa dengan berita ni.
Esok merupakan hari pertama persekolahan selepas beberapa bulan sekolah ditutup akibat pandemik Covid19 di Malaysia yang akan melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.

Namun, sebentar tadi Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.

.

PINDAAN TAKWIM PERNGGAL PERSEKOLAHAN 2020
Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dari segi penjadualan dan pembelajaran pelajar sekolah.
Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan dari sembilan kepada lima hari bagi sekolah yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Dengan itu, jumlah keseluruhan sesi persekolah tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari.
JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
Berikut merupakan Pindaan Penggal Persekolahan sesi 2020 bagi negeri yang berada dalam kumpulan A( Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu)

Kumpulan B adalah untuk sekolah-sekolah berada di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Ini pula merupakan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi tahun 2020.

Rata-rata netizen dan guru memberikan komen kurang senang dan tidak bersetuju dengan keputusan ini di laman rasmi Kementerian Pendidikan sebentar tadi.

.
Sumber : Bernama Tv dan Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teruja Menantikan Siapa Bakal Juarai Hero Dewi Remaja 2023, Ini Ramalan 4 Finalis Yang Tersingkir

Berbulan bertanding bersama, melakar momen indah dan pahit sepanjang bergelar finalis Hero Dewi Remaja 2023 ternyata bakal berakhir tidak lama lagi apabila kemuncak finale pertandingan pencarian bakat ini akan berlangsung secara langsung besok di CIDB Convention Centre, Cheras.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sentiasa Hormati Orang Sekeliling & Rendah Diri” -Pesanan Mimi Lana Buat Finalis Hero Dewi Remaja 2023

Semestinya acara yang dinanti-nantikan adalah pengumuman siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Hero Dewi Remaja 2023.
Adakah bakal ada kejutan daripada jangkaan peminat atau peserta yang kekal konsisten pada setiap kali cabaran mingguan bakal bergelar juara?

Turut sama teruja menantikan pengumuman ini adalah Azqa, Jaysong, Razin dan Qistina. Sebagai finalis yang sudah tersingkir, mereka ternyata cukup berbahagia dan tumpang bangga melihat percapaian rakan seperjuangan selama ini.
“Bagi Razin, semua orang ada bakat tersendiri dan semua layak dinobatkan sebagai juara. Namun apa yang akan membezakan setiap finalis adalah cara mereka menjawab soalan ketika sesi Q&A berlangsung,” jelas Razin Qidran yang kini sedang menjalankan penggambaran drama bersiri yang bakal disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi.
Manakala bagi si cantik manis dari Sabah pula, Azqa melihat kesemua 16 peserta sebagai pelapis anak seni yang mempunyai potensi untuk melakar jauh dan mencipta sejarah masing-masing.

“Bagi Azqa, kesemua peserta berhak untuk menang kerana karakter dan kebolehan yang tersendiri. Tapi tidak dinafikan setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
“Ada yang rasa finalis yang sorang ini lebih mempunyai karakter yang sangat sesuai untuk gelaran tersebut dan ada yang rasa sebaliknya kerana lebih tertarik dengan peserta yang lain.
“Bagi Azqa, untuk gelaran juara Dewi Remaja mungkin akan dimenangi oleh Cora. Saya sendiri lihat dia punya kesungguhan selama ini. Kami sangat rapat kerana bergelar roommate sebelum ini dan untuk dia stay in that earnest character truly shows that she is Dewi Cora,” jelasnya lagi.
Jaysong yang merupakan satu-satunya finalis berbangsa Cina pula mempunyai pendapat tersendiri berkenaan siapakah yang mempunyai potensi bergelar juara.

“Sejujurnya saya merasakan Adrina bakal dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2023 dek kerana personalitinya yang tidak malu bertanyakan soalan dan sering mengetuai kami semua. Lakonannya juga sangat bagus dan diakui sendiri oleh netizen di luar sana.

“Manakala bagi gelaran juara Hero Remaja pula mungkin bakal diberikan kepada Ameer. Dia sangat optimis bagi saya! Sentiasa encourage & cheer people up sepanjang pertandingan berlangsung,” komennya ketika dihubungi pihak REMAJA.
Akhir sekali, finalis Dewi iaitu Qistina Rania yang kini sedang menjalankan penggambaran drama bersiri turut sebulat hati merasakan Ameer sebagai Hero yang selayaknya bergelar juara.

“Pada pendapat Qist, juara untuk Hero remaja kali ini ialah Aiman Ameer dan kenapa Qist pilih dia sebab since episode 1 setiap kali saya sekumpulan dengannya, saya dapat rasakan dia mempunyai idea di luar kotak dan mungkin sebab itu juga dia bergelar pemenang untuk cabaran episod 1,2,3 dan 7.
“Manakala bagi dewi pula Qist mengangkat Nurel sebagai juara Dewi Remaja kerana dia adalah seorang yang very hardworking and she knows what she wants.
Nurel, antara Dewi yang nama sering disebut sebagai finalis kesukaan ramai.
“Dia pun ada pengalaman menjadi seorang pelajar teater jadi Qist rasa dia adalah ‘ready product’ untuk bergelar juara Dewi Remaja. Dengan effort dia yang tak pernah putus, I think she will ace the final,” jelasnya lagi.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Terus Semangat Student”, Cikgu Siap Berbaju Tradisional Mengajar Kelas ‘Online’

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia. Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video.

Jika ramai netizen memberikan komen negetif termasuk mengatakan ramai cikgu makan gaji buta tetapi tidak ye guys!
Ini buktinya apabila seorang guru Nancy Maria berkongsi idea kreatifnya mengajar ‘online’ di laman Facebook, dia telah memakai pakaian tradisional masyarakat Iban ketika menyertai google meet bersama para pelajar.
Menurut guru dari Sarawak itu, topik pembelajaran pada hari tersebut berkenaan dengan pemakaian masyarakat Iban atau ‘Ngepan Iban’.
Jadi atas permintaan para pelajar, dia dengan hati terbuka menggayakan busana tradisional tersebut ketika mengadakan kelas online.
Guru tingkatan enam ini juga dilihat bersemangat mengajar anak didiknya walaupun berada di rumah dengan menyediakan penerangan dengan begitu teliti di hadapan komputer riba.

Para pelajarnya turut fokus dan sama-sama gembira menghadiri google meet subjek Bahasa Melayu itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi.
Jadi inspirasi guru lain

Bestnya dapat cikgu sporting dan cantik macam ni kan, apapun rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, berganding bahu menentang musuh senyap, Covid-19.
Sumber: Nancy Maria
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buang Barang Tak Perlu, Hidup Lebih Teratur. Trik Azam Tahun Baharu Marie Kondo

Siapa tak kenal Marie Kondo ni. Tip mengemas rumahnya memang banyak diguna pakai di seluruh dunia malah tidak terkecuali rakyat Malaysia.
Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dari membuang barangan rumah begitu saja dengan alasan sayang, bukan?
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Buang Pakaian Yang Tak Nak, Recycle Di Butik H&M Dan Dapat Voucher 15%
Hasilnya, rumah makin bersepah dengan barangan yang tidak lagi diperlukan.
Jadi, bersempena Tahun Baharu 2023, kami nak kongsikan salah satu kaedah mudah, tetapi berkesan jika anda ingin melihat rumah sentiasa bersih dan sedap mata memandang.

Cara yang disyorkan pasti buatkan anda tidak menyesal meskipun anda terpaksa buang barangan yang mungkin sudah terlampau lama ‘diperam’.
Teknik tersebut dikongsikan oleh Nurul Adni Adnan menerusi Laman Facebooknya. Menurut beliau, Marie Kondo adalah satu rancangan popular di Jepun yang berkonsepkan mengemas kediaman orang lain.
“Mulakan Tahun 2023 dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang memberikan kegembiraan. Satu ketika, saya sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo tentang mengemas rumah.
Malah, bintang Netflix dengan siri Tidying Up With Marie yang terkenal dengan teknik mengemas dan mengatur KonMari ini mencipta fenomena dengan mengajak orang ramai merapikan dan mengorganisasikan ruang di dalam rumah melalui cara tersendiri.
Berikut dikongsikan lima tip untuk anda jadikan rujukan:
1.Setiap barang yang dimiliki mempunyai ruang tersendiri
- Asingkan mengikut kategori, susun barangan tersebut supaya kelihatan kemas.
- Labelkan setiap kotak bagi memudahkan anda meletakkan barang mengikut kategori.
2.Buang kertas atau bil yang tak diperlukan.
- Sementelah kini, kebanyakan kertas kerja boleh disimpan secara dalam talian.
3. Susun barang secara menegak
- Cara ini membantu menjimatkan ruang dan membolehkan anda mencari barang-barang anda dengan lebih mudah.
- Simpan pakaian mengikut saiz, kemeja-T misalnya, senang diambil dan tidak bersepah. Malah susunannya juga lebih teratur.
4. Hanya simpan pakaian yang membawa kegembiraan
- Tanya kepada diri sendiri jika cara mengemas tersebut mendatangkan kegembiraan atau tidak.
- Anda akan mengetahui jawapannya dengan segera.
5. Simpan wang kecil dalam dompet
- Marie Kondo tidak mengerti mengapa ada yang menyimpan duit syiling dalam tabung atau laci tanpa menggunakannya.
- Justeru, beliau menyarankan supaya menggunakan wang tersebut dengan cara menyimpannya dalam dompet. Itu lebih baik daripada membiarkannya tersimpan lama dalam laci.
Sumber: Facebook Nurul Adni Adnan, mariekondo & https://www.chatelaine.com/home-decor/the-marie-kondo-decluttering-tips-we-swear-by/
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

