Terbaru, seorang warganegara China yang disyaki menjadi dalang utama sindiket penggodaman besar-besaran melibatkan kerugian sebanyak US$29 juta (anggaran RM135 juta) telah berjaya ditahan di Thailand sebelum diekstradisi ke Korea Selatan. Antara mangsa serangan itu termasuklah bintang K-Pop terkenal, BTS Jungkook, serta beberapa tokoh korporat terkenal dari negara tersebut.
Menurut Kementerian Kehakiman Korea Selatan, suspek yang hanya dikenali sebagai ‘A’ berusia 34 tahun itu dibawa pulang dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 22 Ogos jam 5.05 pagi. Siasatan mendapati A mengetuai rangkaian penggodam antarabangsa yang menceroboh pelbagai laman web, termasuk syarikat telekomunikasi utama, antara Ogos 2023 hingga Januari 2024.
Dalam pada itu, sindiket tersebut juga dipercayai mencuri maklumat peribadi mangsa, membuka akaun telefon bimbit menggunakan identiti curi, serta memindahkan wang daripada akaun kewangan dan aset mata wang kripto. Selain itu, beberapa mangsa serangan melibatkan pengerusi syarikat, CEO syarikat terkemuka, dan selebriti berprofil tinggi termasuk Jungkook.
Kredit foto: Chosunbiz
Ads
Jungkook atau nama sebenar Jeon Jungkook (28) yang memulakan latihan ketenteraannya pada Disember 2023 telah menjadi salah seorang mangsa apabila penggodam berjaya mencuri sebanyak 33,500 unit saham HYBE bernilai kira-kira 8.4 bilion Korea Won (sekitar RM30 juta) daripada akaun sekuritinya.
Difahamkan, sindiket tersebut sempat menjual 500 unit saham dengan nilai sekitar 126 juta Korea Won (dianggarkan lebih RM450,000) kepada pihak ketiga. Namun begitu, pihak label Big Hit Music bertindak pantas dengan membekukan akaun berkenaan bagi mengelakkan pelantun lagu ‘Hate You’ itu mengalami kerugian lebih besar.
Ads
Sementara itu, peguam yang mewakili Jungkook turut mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut semula saham tersebut. Mahkamah Daerah Barat Seoul kemudian memutuskan pemindahan itu tidak sah, sekaligus mengarahkan pembeli berkenaan memulangkan saham terbabit.
Kredit foto: Chosunbiz
Ads
Pada masa yang sama, hasil siasatan bersama Polis Metropolitan Seoul dan Interpol mendapati suspek memasuki Thailand pada April lalu. Pihak berkuasa Korea Selatan segera mengemukakan permohonan penahanan sementara untuk ekstradisi yang membolehkan penahanan dilakukan sebelum permohonan rasmi difailkan. Suspek ditahan pihak berkuasa Thailand dalam masa dua minggu sebelum diserahkan ke Seoul.
Sehubungan itu, pihak polis Seoul kini dalam proses menyoal siasat suspek, meneliti bahan bukti yang dirampas serta memohon waran tahanan rasmi. Di samping itu, jurucakap Kementerian Kehakiman Korea Selatan juga menegaskan kerajaan akan terus komited memburu serta menghukum keras sindiket penggodaman, voice phishing dan penipuan dalam talian yang beroperasi dari luar negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang pop, Ariana Grande dan Justin Bieber tidak membazirkan masa semasa musim kuarantin di rumah masing-masing apabila mereka bergabung tenaga.
Ketika ramai di kalangan kita yang merindui sahabat masing-masing yang sudah tidak ditemui berbulan lamanya, Ariana dan Justin memahami perasaan itu dan mencipta lagu mengenainya.
Lagu berjudul ‘Stuck With U‘ itu menemui semua pada petang tadi dan ia merupakan single pertama daripada senarai lagu yang sedang dirancang oleh pengurus mereka, Scooter Braun (yes, that guy) untuk tujuan mengutip dana.
Stuck With U menceritakan bagaimana kita sedang merindui seseorang. Namun pada masa yang sama, kita menggemari momen ‘terperangkap’ di rumah masing-masing dengan keluarga yang tercinta.
Justin dan Ariana yang telah lama berkawan baik.
Ia turut didatangkan dengan video muzik yang menggabungkan video peminat Ariana dan Justin, serta video yang direkod sendiri oleh mereka berdua. Talk about DIY!
Kita juga dapat melihat cameo oleh Hailey Bieber, ibu Justin dan seorang lelaki misteri bersama Ariana. Hhm..
Ariana juga mengembalikan semula skil whistle-nya di akhir lagu ini. *squels*
Negara Arab Saudi dan negara lain di Timur Tengah telahpun menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini setelah pengumuman Imam Besar Masjid Al-Haram semalam.
Sebenarnya, keputusan tersebut bukanlah keputusan yang pelik memandangkan Arab Saudi juga melakukan pemerhatian anak bulan seperti yang dilakukan di Malaysia.
Cuma barangkali kerana Ramadan di sana hanya berkesudahan 29 hari pada tahun ini berbanding 30 hari seperti di Malaysia, Indonesia, Jepun dan Australia yang masing-masing mengumumkan Aidilfitri jatuh pada 5 Mei, ia kedengaran seperti pelik sedikit.
Apapun, pada jam 4.11 pagi tadi, seramai 1.5 juta ke 2.5 juta umat Islam di Mekah telahpun menunaikan solat Subuh, diikuti dengan solat sunat Aidilfitri pada jam 6.00 pagi di bahagian dalam hingga melimpah ke luar masjid Al-Haram.
Menariknya, sambutan Aidilfitri di Mekah menurut rakan yang berada di sana disambut secara ringkas tanpa kunjungan dari rumah ke rumah, perhiasan, bunga api atau mercun.
Jika di Malaysia lagu-lagu raya sudah berkumandang sejak pertengahan bulan Ramadan lagi. Di Mekah orang ramai meneruskan ibadat selepas selesai menjamu sarapan Aidilfitri.
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di sana atau sedang menunaikan ibadah umrah, mereka dijemput untuk ke rumah terbuka Malaysia anjuran restoran Felda D Saji di Jeddah kira-kira 80 kilometer ke barat Mekah.
Sekitar majlis berbuka puasa dan bertarawikh di Kedutaan Besar Malaysia di Jeddah, Arab Saudi pada Mei lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula awal tahun ini, begitu ramai remaja yang berkongsi foto dan video mereka di taman tema Euro Fun Park yang terletak di Sri Gombak.
Amboi, suka eh main fun ride!
Namun dalam rasa suka bersama kawan dan keluarga, kawasan seperti inilah yang paling disukai oleh golongan pencuri, pick pockets, ragut dan yang sama waktu dengannya.
Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang gadis di akaun Twitter-nya @itsnrain setelah bag miliknya lesap begitu saja semasa berkunjung ke taman tema tersebut beberapa hari yang lalu.
“Saya tak pernah terfikir selama ini yang tragedi ini akan berlaku kepada saya. Hati-hati dengan persekitaran korang ketika berada di Gombak Euro Fun Park!” tulisnya selepas melakukan laporan polis.
“Bila melihat sekeliling bilik saya, saya sedar kesemua barang berharga berada di dalam beg tangan dan beg sandang yang lesap. It makes me sad just thinking about it.
“Terutamanya kerana saya kehilangan beg duit yang saya terima semasa hari jadi dan gambar-gambar polaraid bersama yang tersayang.
“Itulah perkara kecil yang paling saya harapkan dapat disimpan.”
Tambahnya Ain lagi, dia masih berharap agar barangan tersebut dapat dikembalikan walaupun peluang agak tipis.
Hhm, bagi kami tak kiralah kalau korang berkunjung ke Euro Fun Park ke, ke shopping mall ke – barang peribadi WAJIB dijaga sepanjang masa kerana banyak mata yang sedang memerhatikan.
Jadikannya sebagai pengajaran okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!