Setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Selepas lima tahun bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Ketua Utama Negara, hari ini tamatlah tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Sepertimana lazimnya, keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong selepas tamat penggal pemerintahan disempurnakan dengan upacara penuh simbolik, dan upacara yang bermula seawal 8 pagi di Istana Negara hari ini jelas mengundang sebak dalam kalangan rakyat.
Baik yang menonton siaran langsung di saluran RTM dan warganet yang mengikuti istiadat itu di media sosial mahupun yang berada di beberapa lokasi bagi mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, rata-rata tampak sayu, mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
Istiadat keberangkatan balik Seri Paduka berdua bermula apabila Al-Sultan Abdullah, 64, yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019, dan Tunku Azizah berangkat meninggalkan Istana Negara dalam acara ringkas namun penuh istiadat diraja pada 8.30 pagi.
Ads
Keberangkatan balik Seri Paduka berdua diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku menteri pengiring, dan isteri Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.
Mengenakan ‘Muskat’ iaitu pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang tampil berbaju kurung rona biru berangkat meninggalkan pekarangan Istana Negara dengan menaiki kenderaan khas.
Sebaik sahaja kenderaan membawa Seri Paduka berdua keluar dari Bangunan Parlimen, pasangan diraja itu disambut pula oleh rakyat jelata yang telah menunggu seawal 6 pagi di sepanjang Jalan Parlimen hingga ke Bulatan Dato’ Onn.
Terkenal sebagai pasangan diraja yang mesra rakyat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tidak lekang memberikan senyuman di samping isyarat tangan yang menunjukkan tanda “I Love You” sambil memberikan ‘lambaian kasih’ dari dalam kenderaan.
Ads
Sifat ‘sporting‘ dan kemesraan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah itulah antara yang akan dirindui rakyat selepas lima tahun bernaung di bawah pemerintahan Seri Paduka. Keterbukaan yang ditunjukkan pasangan diraja itu telah menarik perhatian dan mendekatkan rakyat dengan institusi diraja.
Di pekarangan Kompleks Bunga Raya, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut dengan perarakan penuh warna-warni, simbolik zaman kegemilangan raja-raja Melayu silam.
Ketibaan pasangan diraja itu di Kompleks Bunga Raya disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut sama menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri serta kedua-dua timbalan perdana menteri.
Ads
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah meluangkan masa hampir sejam di Kompleks Bunga Raya untuk beramah mesra dengan tetamu sebelum berlepas pulang ke Pahang dengan pesawat khas yang diiringi dua pesawat Pejuang TUDM iaitu F/A 18D Hornet daripada No 18 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth tepat pada 11.16 pagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain beregu badminton negara, Thinaah Muralitharan baru-baru ini berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada Open University Malaysia (OUM).
OUM menerusi satu perkongsian di aplikasi Facebook memaklumkan, Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, malah atlet negara itu juga turut menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 26 Oktober, Sabtu lalu.
Anugerah ikon sukan khas universiti itu mengiktiraf pelajar yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang sukan di samping cemerlang dalam akademik.
Dalam pada itu, pada 28 Februari lepas, OUM telah memberikan Thinaah biasiswa yang merangkumi semester dari Januari 2023 hingga Mei 2024.
Sekadar info, Thinaah memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020, berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.
Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah nama perempuan, tak akan pernah cukup hijab yang dah ada dekat rumah tu. Asal keluar shopping je mesti bawa balik sehelai dua yang baru.
Sudahnya, habis bersepah-sepah dalam bilik kalau tak disusun dengan baik. Ramai juga yang mengeluh dan masih mencari jalan macam mana nak menyimpan koleksi hijab yang bertimbun tu dengan rapi.
Nah, jangan pening-pening lagi sebab kami nak kongsi kan dengan korang beberapa idea untuk mencipta rak penyangkut hijab. Lepas ni dah tak sakit mata nak tengok hijab bersepah dalam bilik lagi.
1. Paling mudah dan ringkas, gunakan rel tuala atau rod besi secara bertingkat. Lebih banyak hijab digantung dengan kemas.
2. Paip PVC dekat rumah tu jangan dibuang. Cipta satu ruang kreatif seperti dalam gambar untuk menyimpan hijab dengan susunan rapi. Tak guna kos yang tinggi pun uolls.
3. Kalau korang kreatif, lakukan DIY penyepit baju yang digam pada permukaan papan kayu untuk dijadikan sebagai penyangkut hijab. Pastikan guna gam yang kuat untuk digantung pada bahagian belakang pintu bilik.
4. Rak kasut pun boleh dijadikan sebagai tempat untuk menggantung hijab. Jangan pernah had kan daya kreativiti korang ok?
5. Kalau dapat rak yang macam ni pun ok juga kan? Kemas dan tersusun.
6. Untuk lebih stail dan bergaya, tangga kayu juga menjadi salah satu kaedah penyimpanan hijab yang menarik.
7. Kalau nak rak macam ni, cari saja di kedai-kedai perabot yang berdekatan. Pasti ada yang sesuai!
8. Nak simpan hijab dalam almari dengan kuantiti yang banyak? Boleh saja. Gunakan penyangkut langsir dan hanger seperti dalam gambar.
9. 2 in 1. Plastik penstoran kasut juga boleh korang jadikan sebagai tempat menyimpan hijab.
10. Mesti ramai yang kenal dengan penyangkut hijab ni kan. Ini merupakan kaedah paling mudah untuk korang dapatkannya.
Rasanya dah cukup banyak juga tip yang diberikan ini. Semoga bermanfaat dan bolehlah korang shopping banyak lagi nanti sebab dah tak ada masalah macam mana nak kemaskan tudung tu lagi kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang tahu tak lebih dari 50% rakyat Malaysia sebenarnya menghidap intoleransi laktosa atau hipolaktasia iaitu ketidakupayaan untuk mencerna laktosa (sejenis gula yang terdapat dalam susu)?
Hal ini menyebabkan mereka mengalami kesan sampingan seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan sebagainya sebaik sahaja mencerna susu atau produk tenusu lain.
Namun usah khawatir kerana anda berpeluang untuk merasai sendiri kenikmatan susu berlemak dari jenama susu berasaskan tumbuhan no.1 Australia, So Good Oktober ini!
Oktober ini, rakyat Malaysia dijemput untuk merasai secara percuma susu berasaskan tumbuhan dengan melawat Pusat beli-belah Plaza Arkadia dari 13 Oktober hingga 15 Oktober 2023.
Pengunjung Bar Susu SO GOOD akan berpeluang menikmati pelbagai hidangan lazat dan
pilihan susu tanpa tenusu yang berkhasiat, termasuk beberapa jenis oat dan badam terlaris SO GOOD, dan Coklat Susu Oat So Good yang sedap dan berlemak!
Usah risau bagi mereka yang ‘lactose intolerance’ kerana semua susu yang disajikan adalah bebas laktosa, rendah lemak tepu dan 100% mesra vegan.
Bar Susu SO GOOD akan dibuka di lokasi dan tarikh berikut:
Bar Susu So Good di Plaza Arkadia, Desa Park City
Tarikh: 13 – 15 Oktober 2023, dari 11.00 pagi hingga 7.00 malam
Lokasi: Plaza Arkadia, Plaza Utama (di hadapan blok Hutton)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: So Good
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!