Miss Universe Malaysia 2020/2021, Francisca Luhong James berdepan detik cemas dan menakutkan apabila beliau diganggu oleh seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah ketika di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini.
Wanita berusia 27 tahun ini turut berkongsi pengalaman tersebut di laman instagram miliknya. Menurut Francisca, dia mula menyedari lelaki terbabit apabila diekori rapat sebelum mendapatkan bantuan daripada orang sekeliling dan pengawal keselamatan.
Hari ini , pada 17 Januari 2023 ketika di Hotel Four Season selepas temujanji spa, apabila saya keluar dari lif menuju ke lobi untuk menunggu Grab saya ternampak lelaki itu sekali lagi.
Orang yang sama, pakaian sama cuma berlainan kain disangkut di bahu. Lebih menakutkan saya nampak dia mancalitkan sesuatu pada lehernya, sepertu minyak.
Via Instagram Francisca
“Saya sangat takut dan berlalu ke Starbucks kemudiannya menelefon kawan saya yang mengenali pengawal keselamatan di premis tersebut.
Ads
Lebih menakutkan, dia turut mengekori saya di belakang dan saya segera mendapatkan bantuan daripada juruwang di Starbucks terbabit. Malah, lelaki itu turut sekali masuk ke premis berkenaan dan duduk di satu suduy bertentangan dengan saya.
Dia kemudiannya bangun dan menghampiri saya yang duduk bersebelahan kaunter dan cuba memandang tepat ke arah mata saya,”cerita Francisca.
Namun, beliau bernasib baik kerana pengawal keselamatan datang dan cuba menangkap lelaki tersebut sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri di luar premis.
Pernah Diganggu Lelaki Sama Sebelum Ini
Ads
Menariknya, menurut Francisca lagi, lelaki terbabit merupakan lelaki yang sama yang pernah mengganggunya sekitar setahun lalu sewaktu minggu Kl Fashion Week.
“Saya tak pernah berkongsikan hal ini kepada umum tetapi kini saya perlu berbuat demikian kerana ini bukan pertama kali dan semua wanita harus berjaga-jaga di kawasan ini. Lebih manakutkan kalau dia sebenarnya seorang pengendap!
Justeru itu, Francisca menasihatkan orang ramai terutamanya wanita agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan orang sekeliling.
Ads
“Saya berpesan kepada wanita diluar sana agar berhati-hati sekiranya ternampak kelibatnya. Jangan benarkan dia sentuh atau pandang tepat ke arah mata korang. Saya sangat panik dan trauma.
“Pastinya ramai yang tidak menyangka apa yang akan dilakukan apabila melihatnya berpakaian. Jadi sentiasalah berjaga-jaga kerana kita mungkin tidak tahu ada segelintir orang yang kurang waras dan akan melakukan apa sahaja demi menutup niat buruknya,” pesan Francisca.
Seram pula penulis dengar perkongsian Miss Universe Malaysia ni. Korang hati-hati okay!
Sumber : Instagram Francisca Luhong
Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti ada yang kurang percaya kalau kami katakan wujud restoran yang menghidangkan daging manusia.
Pelik tapi benar. Ini yang berlaku di Tokyo Jepun apabila “The Resoto Ototto No Shoku Ryohin” merupakan restoran pertama menghidangkan daging manusia secara sah. Nama restoran ini juga bukan calang-calang kerana ia membawa maksud ‘Edible Brother’.
Restoran ini menawarkan pelbagai menu dengan harga yang berbeza di antara 100 Euro (RM480) sehingga 1000 Euro (RM4806) bergantung kepada apa yang mereka makan.
Hidangan yang menawarkan daging manusia berharga kira-kira $1200 (RM4904).
Sumber melaporkan bahawa pelancong dari negara Argentina adalah orang pertama yang menikmati daging manusia di restoran ini.
Kalau korang nak tahu, sejak tahun 2014 Jepun telah pun meluluskan undang-undang yang membolehkan penggunaan daging manusia dengan syarat, tahap keselamatan dan kebersihan dijaga.
Hm, jijik kan? Rasanya rata-rata penduduk dunia tidak akan bersetuju dengan tindakan restoran ini. Bayangkan macam mana keadaannya bila kita makan daging sendiri. Arghh, tak sanggup.
Selain itu, daging manusia sangat tinggi kalori yang tidak baik untuk kesihatan manusia. Paha manusia saja mengandungi lebih kurang 10,000 kalori dan organ jantung sebanyak 700 kalori. Daging manusia juga banyak lapisan lemak dan sudah tentu ia bukanlah satu hidangan yang baik untuk anda.
Ha, jelas sekali daging manusia ni tak elok untuk dimakan. Sedangkan dalam Islam pun melarang umatnya memakan daging manusia sendiri.
Dalam banyak-banyak makanan, kenapa nak pilih makanan yang tak masuk akal kan?
Berikut merupakan video tentang keburukan makan daging manusia atau lebih menjurus kepada golongan kanibalisme.
Dah lama rasanya kita tak menjejakkan kaki ke panggung wayang kerana situasi pandemik COVID-19.
Baru je lebih kurang 3 bulan sektor perniagaan panggung wayang dibenarkan beroperasi setelah kira-kira tiga bulan terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.
Terkini, menurut the star pengusaha pawagam di Malaysia, Persatuan Pameran Filem Malaysia (MAFE), telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi di semua pawagam mereka di seluruh negara. Tindakan ini akan dilakukan pada bulan November, sehingga diberitahu kelak.
Sebelum ini kita mendengar perkhabaran sedih buat kaki wayang apabila MBO Cinemas, sebuah syarikat pawagam ketiga terbesar di Malaysia dilaporkan bakal menutup operasinya susulan kemerosotan kewangan.
Penutupan Pawagan Kali ke 2
Menurut kenyataan media dari MAFE yang dipetik daripada The Star, keputusan ini diambil setelah penutupan pawagam kali kedua kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dan juga kekurangan filem masuk ke pawagam.
Penurunan kemasukan filem ke pawagam di tengah pandemik ini membuatkan industri pawagam Malaysia mengalami kerugian pendapatan yang agak teruk sehingga 90% dari tahun ke tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Koh Mei Lee berkata kepada The Star bahawa industri pawagam mengalami kerugian yang sangat bersar berbanding keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu.
“Industri ini mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta sehari iaitu sebanyak RM475 juta pada tahun 2020, dibandingkan dengan keuntungan RM102 juta pada tahun 2019.” Katanya.
Setakat ini, GSC hanya menutup operasinya untuk bulan November. Namun, mereka merancang untuk memulakan semula operasi pawagam pada bulan Disember.
Walau bagaimanapun, pengendali lain pula akan memantau keadaan ketika ini untuk membuka kembali pawagam, melihat daripada keadaan semasa pada masa akan datang.
Sama-sama kita doakan agar wabak pandemik ini beransur pulih dan ekonomi negara dapat ditingkatkan kembali.
Ini yang berlaku di negara jiran kita, apabila Lembaga Narkotik Thailand akan mengeluarkan ganja daripada senarai dadah dan membenarkan orang ramai untuk menanam tumbahan itu di rumah bagi kegunaan sendiri.
Menurut laporan Reuters, sebelum ini Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang meluluskan ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.
Kini, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah tetapi ganja berkenaan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil tanpa lesen lanjut. Peraturan ini perlu diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi dan perlu menunggu selama 120 hari sebelum tumbuhan ganja di rumah menjadi sah.
Kementerian Kesihatan Thailand akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersilnya.
Namun begitu, ganja yang ditanam sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti ubat herba tradisional. Kesalahan menanam ganja tanpa makluman kepada kerajaan akan dikenakan hukuman denda sehingga 20,000 baht dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht atau tiga tahun penjara; atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menjual tanpa lesen.
Harapnya kebenaran ini tidak disalah guna dan dapat memberikan manfaat dalam dunia perubatan di Thailand. Ramai juga yang tertanya-tanya Malaysia bila lagi?
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.