Gelombang panas yang turut dikenali sebagai heatwave kini melanda negara Malaysia. Sampaikan kalau sidai baju di halaman, pasti tak sampai sejam dah kering. Ada juga desakan dari rakyat agar kerajaan mengeluarkan amaran darurat di seluruh negara dek kerana situasi yang semakin teruk sehinggakan mengorbankan beberapa nyawa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi hari ini berkata kerajaan belum lagi melihat keperluan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara meskipun Malaysia sedang dilanda gelombang panas yang turut menyaksikan beberapa kematian terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Namun beliau berkata kerajaan sudah bersedia sekiranya pengisytiharan itu diperlukan.
“Belum, tetapi kami sudah bersedia. Kita akan pantau,” katanya kepada pihak media selepas mempengerusikan mesyuarat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pagi tadi.
Ads
Tambahnya, kerajaan mungkin mempertimbangkan semula jika suhu mencecah 40 darjah Celsius.
Pada masa ini, bagi kawasan terjejas, beliau berkata pembenihan awan sedang dijalankan segera dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Alam Sekitar.
“Pembenihan awan dilakukan serta-merta, bersama TUDM dan Jabatan Alam Sekitar di beberapa kawasan empangan dan kita akan menumpukan tujuh kawasan di mana paras air dijangka berkurangan dan menjejaskan bekalan air.
Ads
“Tujuh kawasan itu ialah Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau di Sarawak,” katanya.
Pada masa yang sama, 101 telaga tiub telah dipasang di kawasan tanah gambut untuk kawasan yang sukar dicapai.
Ads
“Yang penting ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengambil langkah proaktif, dan bukan sahaja bertindak selepas kebakaran berlaku,” kata Zahid sambil menambah tidak banyak kawasan yang mengalami pembakaran terbuka.
Bagi nasihat awam mengenai gelombang haba, Zahid berkata kementerian masing-masing seperti Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan nasihat untuk sekolah di kawasan yang dijangka berlaku pembakaran terbuka dan terlalu panas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Malay Mail, New Strait Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak ketika menghantar putera sulungnya, Adam Aisy Arrian, ke sebuah institut pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Detik penuh emosi itu dirakam dan dimuat naik oleh pusat pengajian tahfiz tersebut di laman TikTok. Video tersebut menunjukkan Adam, anak sulung Fatin Afeefa, yang sedang membaca lafaz janji di hadapan mereka.
Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji untuk berusaha menghabiskan hafalan al-Quran dalam tempoh satu tahun dan berharap perjalanannya menjadi seorang hafiz dipermudahkan.
Bagaimanapun, sebaik saja Adam mengucapkan lafaz tersebut, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang yang lebih dikenali sebagai Opai, tidak dapat menahan air mata.
“Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran.
“Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka,” tulis Akademi al-Quran Akmal di ruangan kapsyen video tersebut.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata netizen yang menonton video tersebut terharu dan kagum dengan usaha pasangan suami isteri ini yang begitu bersungguh-sungguh mendidik anak mereka untuk menjadi insan yang dapat berbakti kepada agama.
Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar urusan anak soleh itu untuk menjadi seorang hafiz al-Quran dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam menempuh segala dugaan.
Sekadar info, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang pada Disember 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Subang Jaya. Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun mereka bercerai pada 30 Mei 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lebih 7,000 peminat muzik dan pengunjung festival tidak kirah dari dekat mahupun jauh telah ‘dijamu’ dengan pengalaman malam di Neon Music Festival 2023: Edisi Halloween yang diadakan di Sunway Lagoon Surf Beach semalam.
Meskipun cuaca hujan, ‘keghairahan’ peminat untuk turut memeriahkan muzik elektronik (EDM) dan tarian dilihat berada pada tahap maksima sepanjang masa.
Dengan kehadiran ‘Line up’ terkenal antarabangsa iaitu Timmy Trumpet, Ben Nicky, Wukong, di festival itu, secara tidak langsung menyerikan lagi acara berkenaan.
Festival yang bermula pada jam 4 petang dengan set bertenaga oleh DJs Playground perintis muzik tempatan, tentunya memeriahkan lagi suasana acara gilang gemilang itu.
Selepas itu, tenaga orang ramai berada di kemuncaknya apabila penyanyi, Saixse dan Sonaone naik ke pentas, menyampaikan persembahan hebat yang bergema dengan suasana festival.
Pada sebelah malam pula, festival ini mencapai tahap yang lebih tinggi dengan kehadiran Ben Nicky, menyampaikan persembahan yang menakjubkan yang membuatkan penonton kagum.
Akhirnya, kemuncak malam itu berada di tangan tidak lain daripada pemuzik, DJ, penulis lagu dan penerbit rekod Australia Timmy Trumpet yang menutup persembahan dengan bertenaga.
Sebagai bukti populariti festival itu, tiket untuk Festival Muzik Neon ‘licin’ sebelum acara itu. Untuk menampung lonjakan permintaan, penganjur, HiFive Entertainment oleh SAP Traders Sdn Bhd mengambil langkah berani dengan mengeluarkan tambahan 800 tiket kemasukan am (GA) sehari sebelum acara bermula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.
Namun, bila check kad debit bank, tengok tarikh dah luput dan tidak boleh menunaikan sebarang transaksi!
Aduh…Kalau korang malas berurusan di bank. Boleh je tukar kad debit terutama sekali Maybank secara online sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!
Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.