Pasti ramai yang sudah mendapat panggilan haji tahun ini sudah bersedia. Namun di sebalik wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, pasti kita akan tertanya-tanya adakah kerajaan Arab Saudi akan memberikan kebenaran ibadah ini dilakukan tahun ini kerana wabak ini masih lagi mengganas.
Bagi yang ingin tahu, walau belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat penangguhan haji musim ini tetapi hari ini Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Saleh Benten meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Katanya, Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.
“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Peluang mengerjakan haji musim ini masih samar berikutan wabak COVID-19 yang berlaku seluruh dunia dan begitu mudah merebak melalui sentuhan
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Ads
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.
Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.
Ads
Setakat ini, kerajaan Arab Saudi melaporkan lebih 1,500 kes COVID-19 dengan 10 kematian.
Secara global, lebih daripada 825,000 orang telah dijangkiti dengan lebih daripada 40,000 kematian yang direkodkan.
Epidemik sebelumnya
Wabak penyakit menjadi kebimbangan mengenai haji oleh semua umat Islam yang terutama jemaah yang datang dari seluruh dunia.
Ads
Wabak terawal yang tercatat semasa 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20,000 jemaah haji.
Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia.
Arab Saudi turut dilanda bencana koronavirus ketika wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) tular.
Kurangnya langkah awal pencegahan menyebabkan virus itu membunuh beberapa ratus orang dan merebak di rantau ini.
Kerajaan Arab Saudi sendiri meningkatkan langkah-langkah kesihatan masyarakat pada 2012 dan 2013, walaupun tidak ada wabak yang dilaporkan.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak seperti tahun-tahun lalu, Malaysia dijangka tidak akan mengalami jerebu yang teruk tahun ini kerana menurut laporan yang telah dibuat oleh METMalaysia, tidak banyak titik panas dikesan di Sumatera atau Kalimantan, Indonesia berpunca daripada aktiviti pembakaran di negara itu.
Berdasarlkan maklumat yang diterima, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon menjelaskan bahawa pihak mereka cuma mengesan sekitar tujuh titik panas di kawasan tengah dan timur Kalimantan.
Situasi dikatakan masih terkawal kerana dipengaruhi peredaran angin dan cuaca yang tidak terlalu kering. Namun, jerebu teruk mungkin berlaku sekiranya Indonesia gagal mengawal aktiviti pembakaran secara berleluasa.
Menurut beliau lagi, ada lebih kurang tujuh (titik panas dikesan) di Kalimantan dan Sumatera mencatatkan 17 titik panas. Hal ini mungkin menjadikan negara kita tidak berlaku jerebu kerana tiupan angin juga tidak menuju ke Malaysia.
Biasanya, jika berlaku (titik panas) di tengah dan timur (Kalimantan) ia tidak memberi kesan kepada Sarawak. Lokasi yang terkena tempias hanyalah berdekatan kawasan barat daya atau selatan Kalimantan.
Namun begitu, sekiranya Indonesia tidak mengawal kebakaran, ia memang boleh menjejaskan negara kita kerana pada masa itu, tiupan angin konsisten dari barat daya dan kalau ada kebakaran hutan tidak terkawal itu kemungkinan besar negara kita juga akan kena.
Jika benar apa yang dikhabarkan ini, kita harus memanjatkan kesyukuran kerana boleh dikatakan setiap tahun negara kita terkena ‘tempias’ daripada pembakaran hutan di negara jiran yang mengakibat jerebu teruk.
Bukan sahaja keadaan cuaca menjadi buruk, malah tahap kesihatan juga turut terkesan jika berlakunya jerebu teruk di Malaysia.
Susulan itu, di ruangan komen melihatkan para netizen mengucapakan ucapan tahniah kepada Ainul Mardhiah. Selain itu, mereka juga turut mendoakan agar bayi kecil itu cepat sembuh
Untuk pengetahuan, kisah Ainul mula mendapat perhatian umum selepas tular di laman sosial media mengalami ketumbuhan pada bahagian mulut yang dikenal pasti sebagai kanser ‘Germ Cell Tumor’.
Selain itu, kisah Ainul juga turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri yang juga turut sama terlibat dalam pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun lalu bersama sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakala kita mendengar bunyi sendawa di meja makan sebelah. Ada ketika kita bergurau sesama kita siapa sendawa paling kuat. Tapi rupanya budaya sendawa ini tiada di Mesir malah Islam juga melarang kita mengeraskan sendawa sebenarnya.
Baca perkongsian ditulis oleh Aflah Sabawi yang berkongsi di fbnya mengenai sendawa dan hadis berkaitan dengannya. Sangat bermanfaat untuk pengetahuan kita agar tidak menjadi orang paling lapar di akhirat kelak.
Sendawa
Hampir 8 tahun saya berada di mesir, belum pernah saya mendengar mana-mana rakan arab yang bersendawa di hadapan saya.
Jauh benar perbezaan adat bersendawa ini bagi rakan-rakan malaysia. Saya pun, apa kurangnya. Bila kenyang, sendawa itu ibarat perkara wajib yang mesti dilakukan.
Adik lelaki saya marah benar jika bersendawa di hadapan meja makan. Pernah saya bersendawa selepas berbuka puasa, terus perangainya berubah. Ditanya soalan, tidak dijawab. Makan pun, hanya menghadap pinggan. Jangan harap dia bersuara selepas itu.
Sendawa ini makruh hukumnya. Nabi sendiri menegah kita bersendawa di khalayak ramai secara sengaja ataupun tidak. Ini mungkin disebabkan bauan kurang enak yang dapat dihidu oleh orang sekeliling.
Ada sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata:
تَجَشَّأَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah S.A.W, lalu baginda bersabda: Jauhilah sendawa kamu dari kami kerana sesungguhnya mereka yang paling banyak kenyangnya di dunia adalah mereka yang paling lapar pada hari kiamat.
Riwayat Al-Tirmizi (2478)
Sendawa ini, bukan perkara yang boleh di buat main-main. Lihat sahaja ayat 'merekalah yang paling lapar pada hari kiamat nanti.'. Silap hari bulan, merana kita di sana.
Kita dapat lihat, bahawa sendawa itu dilarang dari sudut larangan perbuatannya yang membawa kepada sendawa. Kenyang dengan makanan.
Adapun sendawa disebabkan faktor kesihatan, ia di berikan sedikit kelonggaran. Namun adab dalam bersendawa juga perlu di titik beratkan. Bukan boleh main suka-suka bersendawa sini sana.
Antara adab dalam bersendawa ialah merendahkan suara, tidak menghembuskan udara sendawa ke arah wajah orang lain, tidak di hadapan khalayak ramai dan sebagainya.
Semoga saya dan kalian sama-sama menjaga hukum dan adab ketika bersendawa. Aameeeen.
.
Aflah sabawi
Penulis jalanan FB
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!