Cover Lagu Untuk Frontliner, Netizen Teruja Dan Memuji Bakat Nyanyian Hannah Delisha

Share

Perubahan imej pelakon dan penyanyi cantik dari Singapura, Hannah Delisha sejak berhijab pada awal September tahun ini nyata telah menarik perhatian netizen terutama dari kalangan peminatnya.

Bagi tahu penulis siapa yang tak ‘cair’ lihat melihat keayuan Hannah ini.

Hannah juga kini dilihat lebih bijak berkomunikasi menerusi foto dan status yang dimuat naik ke media sosial seiring dengan perubahan tersebut. Dan siapa sangka si manis ini mempunyai bakat yang besar dalam nyanyian.

Menerusi perkongsian Hannah Delisha baru-baru ini, video teaser nyanyiannya telah dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya seperti berikut:

Lagu ini ditujukan buat semua frontliner (barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis dan lain-lain) atas jasa mereka melawan COVID-19 kekal tabah berbakti untuk masyarakat dan negara.

 

Baru teaser sahaja sudah mendapat pujian ramai. Video Hannah Delisha cover lagu untuk menghargai frontliners ini telah meraih hampir 160 ribu tontonan dan sejak dikongsikan semalam . Rata-rata warganet memuji nyanyian Hannah Delisha ini dan meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

Sumber Gambar : Instagram Hannah Delisha

Apa-apa pun, kami doakan agar Hannah Delisha terus sukses dengan impiannya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. Mesti semangat terus frontliner bila dengar Hannah Delisha nyanyi kan…

Sumber : Instagram Hannah Delisha

IKLAN