Usaha mewujudkan petisyen secara atas talian selain suara bantahan daripada bekas pelajarnya telah membuahkan hasil apabila isu pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas akhirnya dilanjutkan.
Terdahulu, REMAJA difahamkan bahawa Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menangguhkan tarikh pendengaran perlanjutan pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu kepada bulan Mei, biarpun pegangan tersebut akan tamat pada 6 September 2021 iaitu kira-kira empat bulan saja dari sekarang.
Ia telah menggusarkan bukan saja pihak sekolah dan pelajarnya, tetapi juga bekas pelajar yang tampil mempertahankan sejarah sekolah serta bangunannya yang wajar dijadikan sebagai projek pemeliharaan warisan.
Justeru, pengumuman rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri semasa yang telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempoh pegangan pajakan dilihat sebagai suatu perubahan yang positif.
Ads
Ia setelah Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Sister Theresa Chua Siu Yan, Lady Superior of the Society of Saint Maur.
“Setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas kepada pendidikan negara sejak 1899, kerajaan telah bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan bagi sekolah ini dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.
“Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan saja.”
Pengumuman tersebut telah disambut baik oleh para alumni-nya termasuklah pelakon, Vanidah Imran dan selebriti versatil, Adibah Noor.
“Alhamdulillah. Terima kasih banyak kepada alumni, Convent school sisters, warga Johannian, Victorian, Lasallian dan kepada semua orang yang telah memberikan sokongan untuk menyelamatkan CBN. Akhirnya, kepercayaan saya kepada kekuatan suara majoriti dikembalikan,” catat Vanidah.
Dengan berita pelanjutan ini, REMAJA turut berharap agar bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia yang lain akan menerima pembelaan nasib yang sama daripada pihak kerajaan.
Contohilah bagaimana negara jiran, Singapura yang cekal memelihara sebanyak mungkin bangunan dan tapak warisan. Sehingga kini, lebih 72 buah bangunan telah digazetkan sebagai monumen kebangsaan manakala 7000 lagi bangunan dipelihara agar ia dapat disaksikan oleh generasi akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sejarah apabila kini bergelar gandingan nombor satu dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.
Duo gandingan yang mengumpul 91,090 mata itu berjaya memanjat satu anak tangga memintas pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan 90,411 mata selepas beregu Denmark berkenaan gagal mempertahankan kejuaraan di Masters Malaysia pada minggu lepas.
Dalam pada itu, kejayaan Sze Fei-Izzuddin turut menjadikan mereka pasangan beregu lelaki Malaysia pertama mencapai ranking nombor satu dunia sejak Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016.
Ia sekaligus menyertai senarai legenda terdahulu termasuk Razif-Jalani, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, dan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.
Pada Januari lalu, Sze Fei-Nur Izzuddin menjuarai Terbuka India, walau bagaimanapun gagal mengekalkan momentum apabila prestasi mereka dilihat merudum apabila tidak berjaya mara ke separuh akhir dalam mana-mana kejohanan selepas itu.
Sementara itu, jaguh beregu ini bakal beraksi di Terbuka Singapura dan membuka kempen menentang beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.
Pada masa yang sama, satu lagi pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di tangga ketiga dunia manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketujuh hasil daripada kejayaan mereka muncul juara Masters Malaysia 2025 Ahad lalu.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam biasa, bila masuk bulan baru ni ada yang merasakan bahawa cepatnya masa berlalu. Tapi, bagi mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan tersebut, mulalah rasa excited sebab nak tunggu hadiah daripada orang yang tersayang kan. Hiks!
Betul tak?
Kalau ada yang mengenali individu atau korang sendiri lahir pada bulan Mac, agak-agaknya macam mana personaliti mereka yang berbintang Pisces dan Aries ni kan?
Nak tahu macam mana karakter sebenar mereka? Berikut merupakan kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Mac.
• Mudah didampingi
• Berpesonaliti menarik dan menawan
• Sangat pemalu
• Memendam rasa
• Sangat baik
• Jujur
• Mudah simpati
• Sangat sensitif
• Suka pada kedamaian
• Peka terhadap orang lain
• Tidak cepat marah
• Suka berangan-angan
• Suka melancong
• Berbakat dalam bidang muzik
• Sangat manja
• Sukakan perhatian
• Kelam kabut dalam memilih pasangan
Walau bagaimanapun, sifat-sifat ini adalah hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling. Mungkin tidak 100 peratus sama tetapi ada juga yang seakan sama dengan personaliti individu yang lahir pada bulan Mac.
Apa lagi gaiss, tag rakan korang yang celebrate birthday bulan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cucu kepada juara tinju antarabangsa dan lagenda dunia, Muhammad Ali telah menyahut cabaran untuk meneruskan legasi datuknya menerusi perlawanan debut profesionalnya semalam.
Nico Ali Walsh yang baru berusia 21 tahun membuktikan darah legasi Muhammad Ali ada di dalam dirinya setelah meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan lawannya, Jordan Weeks dalam masa hanya 70 saat sahaja!
Semasa perlawanan kelas pertengahan itu, Ali Walsh dilihat mengenakan seluar tinju putih hasil pemberian datuknya. Tentulah, tekanan dan bebanan hebat dirasai oleh Nico memandangkan dia bukan saja bertarung untuk dirinya. Malah dia membawa nama baik keluarga setiap kali melangkah ke gelanggang.
Dalam temuramah selepas perlawanan semalam, Nico berkata, “Untuk kebanyakan orang, (Muhammad Ali) adalah peninju terhebat dunia dan seorang personaliti paling berpengaruh di dunia. Akan tetapi bagi saya, beliau ialah datuk saya, datuk yang paling hebat.”
Foto Kredit : Via Twitter Rasheda
Untuk pengetahuan korang, Nico Ali Walsh merupakan anak lelaki kepada Rasheda Ali iaitu anak kedua Muhammad Ali. Remaja yang sedang mengikuti pengajiannya dalam bidang perniagaan di peringkat ijazah ini kehilangan datuknya itu setelah beliau meninggal dunia pada 2016 kerana masalah komplikasi pernafasan.
Selepas 32 tahun ‘berlawan’ dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun. Sepanjang kariernya sebelum bersara dari dunia tinju pada tahun 1981, Muhammad Ali memegang rekod 56 kemenangan profesional dan hanya lima kekalahan.
Disebabkan kehebatannya mengharumkan nama Amerika Syarikat di peringkat dunia itu, beliau telah diberi penghormatan sebagai pelari obor di Sukan Olimpik Atlanta 1996.
Good luck Ali Walsh, semoga terus sukses dan menjadi lagenda hebat seperti datuk awak.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.