Comel Sangat Lihat Korean Muslims Dalami Islam & Siap Sedia Ramadan

Share

 

Pernah tak korang tonton rancangan Muslim di perantauan semasa bulan Ramadan?

 

Selalunya yang kita tonton adalah rakyat Malaysia yang berkelana di luar negara kan, sama ada pelajar mahupun sebagai penduduk bermastautin.

Tetapi berbeza pada tahun ini apabila ramai yang tertarik untuk menonton rancangan Saranghae Ramadan Eid, The Series. Rancangan yang dihoskan oleh Hani Fadzil ini menampilkan kelompok Korean Muslim yang menetap di Malaysia dan di Korea Selatan.

Hadir dengan lima episod, ia sebenarnya telahpun mula disiarkan sejak 29 April lalu di saluran TV3 pada setiap hari Rabu. Dan hari ini, korang boleh menonton episod ketiganya pada jam 6.30 petang.

*

Dalam dua episod sebelum ini, penonton dibawa untuk menonton persiapan beberapa pasangan Korean Muslim untuk menyambut Ramadan.

Bora Song di dalam episod 2 – ‘Korean Muslims in South Korea’

Selain melihat gabungan budaya Korea dan agama Islam yang diterapkan oleh kelompok Korean Muslims di sana, Saranghae Ramadan Eid turut memaparkan penerimaan orang di sekeliling.

Episod pertama memaparkan pasangan Ahmad dan Emir yang bermastautin di Malaysia yang merupakan negara majoriti Muslim. Episod kedua pula mengikuti kisah tiga Korean Muslims di Seoul. Daud, Seong Yong dan Song Bora berkongsi bagaimana gaya hidup masing-masing berubah setelah memeluk Islam.

Donghyun Kim di dalam episod 3 – ‘Meet My Friends In Seoul’

Pada episod petang ini, korang dapat melihat bagaimana kawan rapat kepada mereka bertiga ini sentiasa menyokong perjalanan mereka mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Selain daripada pasangan Korean Muslims, beberapa episod akan datang juga akan menampilkan selebriti popular seperti Justin Choi, Lee Seul dan Ayana Moon.

Best kan! Jom sama-sama tonton Saranghae Ramadan Eid di saluran TV3 pada setiap hari Rabu. Sekurang-kurangnya tak adalah kita asyik mengenali budaya di Korea menerusi drama je, hehe..

Bagi yang tertinggal episod-episod sebelum ini, korang boleh menontonnya semula di YouTube TV3.

 

IKLAN