Sumber Foto: Instagram @aimanhakimridza

 

Teka-teki sama ada pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah menimang anak atau belum akhirnya terjawab juga dengan pengumuman yang dilakukan oleh mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing, sebentar tadi..

and it is a BOY!

Aiman dan Zahirah sebelum ini telah berlepas ke Perth, Australia untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka di sana.

Ini kerana Zahirah ingin bersama-sama ibunya, Maslinda Yusoff yang menetap di sana semasa proses kelahiran ini.

Pengumuman itu juga memuatkan foto pertama bayi lelaki tersebut yang menunjukkan pipi comel berlesung pipit!

“Ini adalah hadiah terbaik yang telah kami terima setakat ini.

“Alhamdulillah, pada 5 Januari 2021, cahaya mata lelaki pertama kami telah dilahirkan pada jam 2.26 petang. Kami cukup terharu dengan semua pengalaman; dari bilik dewan bersalin sehinggalah bergelar ibu dan ayah sekarang.

“Ia ada rahmat terbesar dan kami amat teruja untuk menikmati setiap momen istimewa ini. Syukur Alhamdulillah,” catat Zahirah & Aiman.

Comel Berlesung Pipit! Cahaya Mata Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Selamat Dilahirkan

Muat naik tersebut pantas dihujani dengan ucapan tahniah oleh para peminat dan rakan selebriti mereka berdua. Antaranya termasuklah ucapan dari Izara Aishah, Eyra Hazali, Rizman Nordin, Radin, Charis Ow dan ramai lagi.

Terdahulu, Aiman & Zahirah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya setelah 8 bulan mengikat tali pertunangan. Menariknya, majlis pertunangan mereka berdua juga dilakukan di Australia.

ARTIKEL BERKAITAN Bersemut! Surat Cinta Aiman Hakim Untuk Zahirah Sebelum Nikah Buatkan Peminat Tersentuh – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI