Hiburan

Semakin Sengit Nak ‘Battle’ Tiket! Comeback BTS Catat Lonjakan Hampir 1 Juta Subscriber Di Weverse & Spotify

Share

Baru-baru ini, fenomena bintang global, BTS sekali lagi mencuri perhatian apabila kumpulan itu mencatat peningkatan mendadak jumlah pengikut dan pendengar di platform digital utama sejurus selepas mengumumkan comeback penuh serta konsert jelajah dunia yang bakal berlangsung bermula April tahun ini.

Menerusi perbincangan di forum atas talian Korea Selatan, ramai warga internet meluahkan rasa kagum terhadap pengaruh luar biasa BTS apabila akaun rasmi mereka di Weverse dan Spotify merekodkan pertambahan yang ketara dalam tempoh singkat.

Menurut seorang pengguna, BTS berjaya meraih lebih 900,000 subscriber baharu di Weverse dan sekitar 1 juta pendengar baru di Spotify hanya dalam masa empat hari selepas pengumuman tersebut dibuat.

Perkembangan ini membuktikan daya tarikan BTS yang dianggotai oleh Jin, SUGA, J-Hope, RM, Jimin, V, dan Jung Kook itu masih utuh meskipun aktiviti kumpulan itu sebelum ini sempat terhenti sementara para ahlinya menjalani khidmat ketenteraan wajib.

Pada masa yang sama, pengumuman mengenai album comeback berjudul ‘ARIRANG’ dan jelajah dunia akan datang dilihat sebagai pemangkin utama kepada lonjakan minat peminat di seluruh dunia.

Di Spotify khususnya, album penuh kelima BTS itu telah di-‘pre-save’ oleh jutaan pendengar, sekaligus mencatat sejarah sebagai pelancaran terpantas mencapai kedudukan nombor satu di carta Spotify Countdown dan album ‘ARIRANG’ merekodkan sebanyak 1.49 juta pre-save hanya dalam tempoh dua hari selepas diumumkan.

Peningkatan tersebut turut menunjukkan trend pertumbuhan yang konsisten, dengan pertambahan sebanyak 236,394 pre-save pada 14 Januari, diikuti 258,526 pada 15 Januari, sebelum mencatat tambahan 398,185 dan 185,496 pre-save dalam dua hari berturut-turut seterusnya.

Sumber foto: X Pannchoa

Lonjakan ini bukan sahaja mencerminkan pengaruh global BTS yang semakin meluas, malah turut memperlihatkan perkembangan fandom mereka yang terus bertambah. Situasi ini bagaimanapun mencetuskan reaksi bercampur-baur dalam kalangan masyarakat di Korea, khususnya berkaitan persaingan mendapatkan tiket konsert jelajah dunia BTS.

Sementara itu, di media sosial, orang ramai khususnya peminat BTS (ARMY) dilihat membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi terhadap pengumuman tersebut. Rata-rata meluahkan rasa teruja namun dalam masa yang sama menyuarakan kebimbangan terhadap persaingan sengit untuk mendapatkan tiket konsert jelajah dunia BTS yang akan datang.

Menariknya, situasi ini turut digambarkan sebagai satu perebutan hebat memandangkan pertambahan mendadak jumlah peminat baru dalam tempoh singkat. Walaupun berdepan kebimbangan mengenai kesukaran mendapatkan tiket, majoriti warga internet tetap mengakui impak luar biasa BTS sebagai antara kumpulan K-Pop paling berpengaruh di dunia ketika ini, sekaligus membuktikan bahawa fenomena mereka masih jauh daripada pudar.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE