COLDPLAY Sah Datang KL November Ini! Tiket Mula Dijual 17 Mei

Share

Kumpulan muzik terkenal dari United Kingdom, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual Konsert Julai Di Malaysia Makin Padat, MUSE Pula Sah Datang Ke KL!

“Live Nation Malaysia turut sama teruja sama seperti peminat-peminat Coldplay untuk menyaksikan konsert yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama itu.

“Ini bakal menjadi kemunculan sulung Coldplay di Malaysia!” kata kenyataan yang dikeluarkan penganjur konsert Coldplay, Live Nation Malaysia.

Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu popular dengan lagu-lagu seperti Yellow, Fix You, My Universe, The Scientist, Hymn for the Weekend, Viva La Vida dan banyak lagi.

Dalam pada itu, media sosial kini dibanjiri dengan ekspresi keterujaan peminat kumpulan muzik itu yang sudah lama menunggu kedatangan Coldplay di Kuala Lumpur buat julung kalinya.

Selain Kuala Lumpur, Coldplay juga akan mengadakan persembahan di Tokyo, Jepun, Jakarta (Indonesia), Perth (Australia) dan di Taipei (Taiwan).

Tiket-tiket untuk menonton konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour akan dijual kepada publik pada Rabu, 17 Mei ini bermula pukul 10 pagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

FOTO: Instagram Coldplay


IKLAN