Berita

Cipta Sejarah Lagi, Abdul Latif Romly Kekal Legenda Dengan Lompatan Emas & Rekod Dunia

Share

Mengimbangi jadual latihan dengan masa untuk isteri serta bayi yang bakal lahir bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, bagi jaguh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, disiplin menjadi kunci utama kejayaannya.

“Mengimbangi latihan dengan masa untuk isteri serta bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Kedua-duanya penting dan kuncinya ialah disiplin,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan.

Atlet berusia 27 tahun itu sekali lagi membuktikan statusnya sebagai legenda apabila mencatatkan lompatan sejauh 7.67m sekaligus mencipta sejarah di Kejohanan Para Dunia di New Delhi.

Pingat perak menjadi milik Hassan Dawshi dari Arab Saudi dengan catatan 7.36m manakala atlet Rusia, Matvei Iakushev meraih gangsa selepas melakukan lompatan 7.22m.

Kejayaan ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang cukup berbangga dengan pencapaian Abdul Latif.

“Sejarah dicipta di Kejohanan Para Dunia di New Delhi, Datuk Abdul Latif Romly mengekalkan status legenda dengan lompatan 7.67m dan memecahkan rekod dunia dirinya sendiri di Kejohanan Asia Jakarta 2018 (Sukan Para Asia). Inspirasi sebenar disiplin, fokus dan kegigihan,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Metro Online

Published by
Fath