Tular beberapa kali sejak kebelakangan ini insiden di mana vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat seakan bersujud di hadapan pesawat sebaik sahaja tiba di destinasi yang dituju atau sebelum berlepas.
Gelagatnya itu mula meraih perhatian peminat Coldplay kira-kira lima hari lalu semasa ingin meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta sebelum menyambung jelajah Coldplay: Music of the Spheres di Perth, Australia.
Saat Chris sedang berjalan menuju ke pesawat, beliau yang mengenakan jaket berwarna hitam dengan topi kelihatan seakan bersujud di lapangan dengan mencium tanah.
Ads
Selang beberapa hari, tular di aplikasi TikTok pada hari ini apabila sebuah video berdurasi 25 saat menampakkan Chris sekali lagi bersujud dan mencium tanah selama beberapa saat.
Namun, kali ini ia bertempat di lapangan terbang di Malaysia. Sejurus sahaja ketibaan mereka di sini, aksi Chris itu berjaya dirakamkan oleh pemilik video, @myjienaaa.
Menjenguk ke bahagian komen, rata-rata netizen berpendapat insiden itu adalah cara tersendiri Chris untuk mendapatkan keberkatan sebelum memulakan perjalanan dan caranya bersyukur sesudah selamat sampai ke destinasi.
“Ini namanya sujud syukur. Pastinya dalam hatinya, Indonesia sangat berkesan buat dia dan dia kepingin balik lagi,” ujar seorang netizen dari negara seberang.
“Sudah kebiasaan Chris Martin di setiap konsert pasti dia sujud. Mencium bumi yang dipijak,” ulas yang lain.
Ads
Apapun alasan di sebalik perbuatan Chris itu, apa yang pasti, kesemua peminat Coldplay memuji ‘energy’ dan etika persembahan mereka sewaktu di Stadium Bukit Jalil pada malam Rabu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam keadaan stres kerja, kalau dapat pergi melancong mesti bestkan. Dapat release tension, jalan-jalan, makan-makan dan paling syok dapat tengok negara orang. Kalau korang fikir pergi melancong tu perlukan duit, tak perlu tu semua pun.
Berbelanja saja RM10 di Guardian, buat undian memilih jenama apa yang korang paling suka dan kemudian hantar beserta kod pada resit ke htpps://mvb.guardian.com.my. Senang dan mudah sajakan.
Mulai hari ini sehingga 14 Mei 2018 , dengan pembelian serendah RM10, dah boleh masuk peraduan ini yang mana korang hanya perlu mengundi jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran korang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dan hantar ke laman web disediakan.
Anugerah apresiasi tahunan yang dilancarkan 18 tahun lalu dan kekal sehingga kini melibatkan persaingan 150 jenama dalam 64 kategori untuk anugerah yang menjadi rebutan iaitu MOST VOTED BRANDS AWARD.
Ms Shirley Ham, Pengurus Kanan Pemasaran Digital (E Dagang) Guardian Malaysia
Menurut Ms Shirley Ham, Pengurus Kanan Pemasaran Digital (E Dagang) Guardian Malaysia, ketika pihak mereka mengkonsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif mereka adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama denagn memberi peluang kepada mereka untuk mengundi jenama kegemaran mereka..
“Kami melihat anugerah tahunan ini sebagai cara kami menyumbang kepada pengukuhan hubungan di antara pemilik jenama dan pelanggan kami. ia turut memberi penilaian yang tidak berat sebelah kepada pemilik jenama kerana undian adalah daripada pelanggan yang benar-benar membeli dan menggunakan produk mereka,”katanya dalam satu sidang akhbar semalam yang mana Anugerah Most Voted Brands (MVB) Award adalah untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan pengguna, gaya hidup dan trend berbelanja untuk mereka yang pantas berubah.
Apa yang menariknya, hadiah menarik berjumlah RM40,000 harus dimenangi.
Wartawan dan blogger tak ketinggalan buat vote untuk menangi hadiah. Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Cepat, mana tahu hadiah percutian milik korang. Dapat hilang stres kan
Hanya buat 3 langkah mudah ini iaitu BELANJA, UNDI DAN HANTAR beserta kod pada resit.
Semua pelanggan yang menghantar undian dengan kod resit yang sah berpeluang untuk memenangi satu daripada 68 hadiah menarik yang ditawarkan berupa baucer percutian dan baucer Guardian berjumlah RM40,000.
Ini hadiah menarik yang ditawarkan oleh Guardian Malaysia
Satu (1) hadiah utama iaitu baucer percutian bernilai RM10,000 dan baucer Guardian bernilai RM2000
Dua (2) hadiah pertama iaitu baucer percutian bernilai RM5000 dan baucer Guardian bernilai RM500
Lima (5) hadiah kedua iaitu baucer Guardian bernilai RM1000
Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucer Guardian bernilai RM200.
So lepas ni bila korang ke mana-mana stor Guradian atau secara online, sila simpan resit original yang mengandungi nombor invois cukai, kod stor, tarikh ddan amaun pembelian. Umur pula mesti 18 tahun ke atas ya. Jangan lupa hantar ke http://mvb.guardian.com.my
Barulah best boleh shopping sambil travel!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Abg puji saya cantik.Tiap kali keluar, abg romantik, selalu nak pegang tangan, takut orang lain usik. Saya jatuh hati kerana dia selalu call dan whatsapp. Saya mmg syg abis padanya.
Abg siap puji body saya menggiurkan. Sebab cinta sangat, saya tak kisah pun tidur dengannya walaupun tahu dia suami orang. Bila ngandung, abg mula cakap mcm-mcm dan mula jauhkan diri. Saya buntu, nasib baik Kak Pah sudi bantu saya,” kata Siti, 21 tahun.
Hanya berbekalkan air liur, menabur janji-janji manis, mahu sehidup semati, menggapai bulan bintang bersama-sama, sudah ramai gadis remaja terpedaya dengan janji manis suami orang.
Tak perlu bayar apa-apa, hanya ungkapkan sedikit kata-kata manis, abang sayang adik, adik paling cantik dan hanya nama adik di dada abang, ada gadis sanggup serahkan dara masing-masing kerana berasakan diri mereka gadis pujaan si abang temberang.
Hal ini didedahkan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, 44 yang melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan di utara tanahair sejak beberapa tahun ini
Remaja mudah mempercayai janji-janji manis lelaki yang taburkan kasih sayang – Natipah Abu
Baru menubuhkan sebuah perlindungan atas nama Rumah Jariah (bermaksud sedekah) di Sungai Petani sejak tiga bulan lalu namun jumlah remaja yang “keluar masuk’ ke rumah ini agak membimbangkan. Kebanyakan mereka mengandung dan kemudian ditinggalkan oleh kekasih.
“Dari perbualan dengan mereka, boleh dikatakan semua remaja ini datang dari keluarga yang bercerai berai. Anak-anak kurang mendapat perhatian. Bila bertemu lelaki hidung belang, khususnya suami orang, kebanyakannya rasa sudah cukup bahagia.
“Pada pandangan saya, mereka ini masih naif dengan masa depan. Pada diri remaja, bila ada orang mahu jadikan mereka kekasih, itu dianggap satu kebanggaan. Tanpa sedar, itulah perangkap awal untuk diri mereka.
“Dibawa makan ke sana sini, diberikan sedikit wang saku, lama-kelamaan, mereka sanggup serahkan dara. Bila dah mengandung mulalah tak tentu arah kerana tak tahu hendak tutup malu,” dedahkan kepada Majalah Remaja.
Dedah aktivis masyarakat ini lagi, kebanyakan remaja yang kurang kasih sayang, adalah remaja yang paling tinggi mencatatkan jumlah kehamilan anak luar nikah kerana mereka mempercayai cinta itu wujud.
Tapi sayangnya, mereka meletak cinta pada lelaki yang salah. Lelaki yang suka memperdaya perempuan. Lelaki yang bernafsu buas. Lelaki yang hanya mahu sedap tapi tak mahu bertanggungjawab.
Remaja pula, bila tahu diri sudah mengandung, mulanya tak tahu nak buat apa. Bila kejar lelaki yang membuatkan mereka mengandung, macam-macam alasan didengar.
Tak sanggup ceraikan isterilah, kasihan pada anak-anak yang ada. Bini mula mengamuk. Gaji tak cukup untuk punya dua bini. Akhirnya, ditinggalkan begitu saja.
Remaja ini dididik mengenal Al-Quran bagi memantapkan jiwa dan nurani
Gadis duduk dalam reban ayam
Tidak hanya gadis terpedaya janji manis lelaki miang, Natipah Abu pernah menyelesaikan satu kes remaja yatim piatu yang pada hari ini bakal berkahwin secara sah dengan pasangannya selepas tinggal serumah selama tiga tahun sehingga lahir seorang anak luar nikah.
Kesnya agak menyedihkan kerana kedua ibu bapanya meninggal dunia selang seminggu. Bermula dari ibunya ditangkap kerana tiada permit kerja, ayahnya jatuh sakit kerana terperanjat. Selang beberapa hari suaminya meninggal, isteri mengikut kerana kesedihan.
Dari cerita remaja ini kepadanya, kongsi Natipah Abu hidupnya tak tentu arah. Hanya harap ehsan kawan-kawan sampailah dapat boyfren yang kerjanya biasa-biasa saja.
Sebab sama-sama hidup susah, mereka pernah tinggal dalam reban ayam dalam keadaan gadis ini sarat mengandung. Majikannya membantu menyediakan rumah kerana kasihan.
“Dia lahirkan anak pada usianya 17 tahun. Berpantang pun sendiri-sendiri sebelum orang menghantar dia ke Rumah Jariah ini,’ kata Natipah yang mesra disapa Kak Pah oleh remaja yang tinggal di rumah ehsan orang ramai ini.
Rumah ini didirikan atas bantuan orang ramai, dari rakan-rakan fb yang tahu kerja-kerja kebajikan yang Kak Pah buat. ada yang bagi tilam, ada bagi kerusi, ada bagi beras, ada bagi duit. Semuanya orang sedekahka
Menyelami remaja-remaja bermasalah ini, seperti kata Kak Pah, dia dahulu ada satu persepsi negetif tentang mereka yang mengandung anak luar nikah. Tetapi bila sudah duduk bersama, berbual dengan mereka, ada satu saja jalan penyelesaiannya iaitu KASIH SAYANG.
Ya! KASIH SAYANG. Inilah keywordnya. Inilah perkataan yang hati mereka inginkan. Bila diselidik, semua remaja bermasalah adalah anak-anak yang kurang kasih sayang. Jadi mereka mudah terperangkat bila ada orang taburkan kata-kata cinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khamis lalu, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal BTS, Jin yang telah rasmi menyelesaikan perkhidmatan tentera pada 12 Jun telah melakukan sesi beramah mesra dan juga ‘peluk’ bersama peminat secara siaran langsung.
Semasa siaran itu, vokalis BTS itu sekaligus membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melibatkan acara ‘berpeluk’ dengan peminat BTS iaitu ARMY.
“Saya perlu bercakap tentang ‘FESTA 2024’. Saya telah mencadangkan idea yang baik, tetapi ia menerima banyak kritikan. Jadi saya rasa ini adalah peluang untuk saya jelaskannya”
“Acara berpeluk bersama peminat ini telah dirancang dari awal. Oleh kerana saya yang akan mengendalikan FESTA kali ini, saya telah menghubungi pihak penganjur sekitar Oktober dan November tahun lalu tetapi mereka mempunyai rancangan sendiri dan saya tidak perlu melakukan apa-apa lagi”
Jin berkata, “pihak penganjur bertanya sama ada saya mempunyai idea dan saya mencadangkan idea untuk mengadakan acara pelukan secara percuma tetapi ia telah ditolak”.
Menurut penyanyi Super Tuna itu, dari perspektif agensi, terdapat isu keselamatan untuk melakukan acara pelukan. Jadi Jin meminta mereka untuk mengadakan acara itu di dalam bangunan dan ia hanya khas untuk pemenang-pemenang bertuah yang terpilih dalam kalangan peminat.
Kredit: Tiktok ARMY
“Walaupun syarikat berkata ia agak sukar untuk dilakukan sehari selepas keluar dari perkhidmatan tentera, saya memberitahu mereka bahawa saya ingin memeluk 3,000 orang. Kemudian 1,000 orang,” jelas Jin.
Kim Seokjin atau Jin juga turut meminta maaf kerana selepas perbincangan itu dia kurang memberi perhatian yang secukupnya untuk butir-butir acara.
“Saya dan syarikat telah merancang acara ini dengan niat baik. Ia jadi begini kerana saya memang mempunyai hasrat untuk berjumpa dan peluk peminat kami seramai mungkin. Saya harap anda dapat menerima ini dengan hati yang terbuka”
“Acara pelukan itu adalah rancangan saya, dan saya rasa ahli-ahli lain tidak akan melakukannya. Saya melakukannya kerana saya ingin, dan saya berharap situasi ini tidak akan menular kepada ahli-ahli lain. Saya tidak mahu orang berkata, ‘Jin melakukannya, kenapa mereka tidak melakukannya’”
Dalam pada itu, Jin juga menjelaskan bahawa anggota BTS yang lain tidak akan melakukan perkara yang sama (acara pelukan) dan dia berharap agar tiada mana-mana pihak yang mempersoalkan ‘Kenapa Jin sahaja yang ada acara peluk tetapi yang lain tidak?’.
Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024. Terbaru, ahli termuda BTS, Jung Kook telah melancarkan sebuah single “Never Let Go” istimewa disampaikan untuk ARMY sempena BTS FESTA 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...