Ingatkan makanan barat, “Chicken Chop” rupanya asal Malaysia je lah!
Kalau korang selalu lepak kat gerai-gerai kat Malaysia atau Singapura, mesti korang perasan ada gerai yang jual ‘Makanan Western’.Antara menu legend dalam kategori ‘Makanan Western’ memang tak sah kalau tak ada ‘chicken chop’.
Tapi korang percaya tak, walaupun kita gila ‘western food’ ni, kat Barat sana menu hidangan ini agak rare dan susah dicari.
Seorang lelaki ‘mat salleh’ menyedarkan rakyat Malaysia bahawa hidangan popular dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu Chicken chop bukan datang dari Barat. TikToker Inggeris yang dikenali sebagai Greg Larcombe ini juga mendedahkan bahawa hidangan terkenal iaitu ini sebaliknya ia adalah ciptaan Malaysia.
Pada awalnya, Greg membuat satu video di Tiktok mengenai makanan Malaysia vs United Kingdom (UK) yang menjadi pilihannya. Amy yang dipercayai pasangannya bertanya kepada Greg antara Shepperd Pie (UK) dan Chicken Chop (Malaysia) yang mana satukah menjadi pilihan.
Ads
Pertanyaan tersebut menimbulkan kehairanan mengapa ‘Chicken Chop’ dikatakan sebagai makanan dari Malaysia sedangkan ramai rakyat di negara ini menganggap ia adalah makanan dari negara barat.
Susulan itu, Greg membuat satu lagi video untuk memberi penerangan mengenai menu terkenal itu.
“Sesuatu yang saya baru belajar bahawa ramai masyarakat Malaysia tidak menyedari bahawa Chicken Chop bukan berasal dari makanan Western sebaliknya ia datang dari negara ini iaitu Malaysia.
“Pasti anda berfikir ia makanan western hanya kerana ia kelihatan seperti itu. Malah anda juga sering melihatnya berada di dalam menu makanan western di Malaysia, tetapi sebenarnya tidak kerana hidangan itu dicipta di negara ini.
“Pada abad ke-19 ramai masyarakat China telah berpindah ke Malaysia khususnya mereka yang berbangsa ‘Hainanese’ dari selatan China dan kebanyakan mereka bekerja di rumah atau kem tentera British sebagai tukang masak dan sebagainya,” ujarnya.
Ads
Katanya antara makanan yang dicipta oleh Hainanese pada ketika itu adalah Chicken Chop malah ia turut mempunyai sos tersendiri namun ia bukan makanan yang berasal dari barat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: TikTok
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa dekat sini minat dengan Siri Goblin? Kalau korang tak team Euntak dan Kim Shin, mesti korang fans kepada pasangan Grim Reaper dan Sunny kan? Drama Goblin menjadi fenomena bukan saja di Malaysia, malah beberapa negara Eropah, dari pedang Goblin, sampailah ke topi Grim Reaper, semuanya dijual dan dijadikan GIF Snapchat. Hebat tak hebat penangan Goblin ni.
Tapi, ramai jugak yang sedih dengan kisah cinta tragis antara Sunny dan Grim Reaper dari zaman Goryeo sampailah ke zaman kini. Cinta mereka macam tak kesampaian kan? Sebab ramai sangat fans kdrama sedih-sedih, maka TVN buka tahun 2019 dengan drama “Touch Your Heart” yang dibintangi oleh Yoon In Na dan Lee Dong Wook! Macam mimpi pulak rasa bila TVN sekali lagi nak satukan pasangan yang hit dalam drama Goblin.
Kali ni tak payah nak sedih-sedih sebab watak yang dilakonkan oleh dua individu ini tidak terlalu formal dan menerusi Trailer pun, dah tahu dah cerita ni FUN!
Dalam drama yang bergenre komedi romantik ini, korang dapat tengok bagaimana Kwon Jung Rok (Lee Dong Wook) seorang peguam terkenal terpaksa berhadapan dengan Oh Yoon Seo (Yoon In Na) wanita Bimbo dan Sofisikated yang terpaksa bekerja dengannya dalam satu pejabat. Alahai, pasti ada banyak adengan lucu.
Drama “Touch your Heart” ini akan mula ditayangkan pada 6 Februari, 9.30 malam KST yang akan menggantikan siri Encounter.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi pencapaian terbaik yang diraih Ratu terjun negara, Pandelela Rinong apabila berjaya meraih pingat emas acara 10 meter platform individu wanita di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 semalam.
Menurut Malaysiakini, atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan bertenaga dan menyakinkan untuk mengungguli peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.
Manakala, penerjun tuan rumah, Matsuri Arai hanya mampu mengumpul 342.00 mata untuk pingat perak dan Caeli Mckay dari Kanada meraih gangsa dengan 338.55 mata.
Pandelela merupakan satu-satunya atlet yang berjaya menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.
Pada pusingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Mckay dengan 343.85 mata, manakala Andrea Spendolini Siriex di tempat kedua dengan 336.00 mata.
Kejayaan ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuat ciapan di Twitter dengan mengucapkan tahniah buat Pandelela Rinong.
Defied the odds and now she stands at the top of the podium! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Insiden bunuh-membunuh ahli keluarga nampaknya semakin merisaukan kerana ia telah berlaku di seluruh negara. Baru-baru ini, seorang lelaki di Iraq telah menembak mati adiknya kerana dipercayai menjalani pembedahan menukar jantina.
Doski Azad yang merupakan seorang jurusolek berusia 23 tahun dibunuh oleh abangnya, Chakdar dan polis melaporkan mayat mangsa ditemui berhampiran kampung Babukhkii, Iraq. Mangsa disyaki telah dibunuh tidak lama selepas memuat naik gambar transformasinya di media sosial.
Menurut Daily Mail, tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai melarikan diri ke luar negara. Sebelum ini, Doski telah meninggalkan rumah lebih lima tahun dan menerima ugutan daripada keluarga. Dia tetap menerima ancaman walaupun sudah membina kehidupan sendiri sebagai seorang jurusolek.
Walau bagaimanapun, keluarga Doski dilaporkan memaklumkan sendiri tentang pembunuhan mangsa dan mereka turut memberi lokasi mayat Doski. Waran tangkap untuk suspek yang didakwa tinggal di Jerman telah pun dikeluarkan.
Para aktivis berkata pembunuhan ini adalah sangat membimbangkan golongan transgender di kawasan itu. Mereka sudah berasa didiskriminasi dalam masyarakat dan serangan seperti ini hanya memburukkan lagi ketakutan itu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.