
Jika minggu lalu ramai yang menyerbu restoran makanan segera KFC untuk mendapatkan ‘harga runtuh’ snack plate, kali ini giliran Chatime pula menawarkan harga berbaloi, tetapi khusus buat golongan wanita sahaja.

Bermula hari ini (24 Februari) sehingga 26 Februari 2020, pelanggan wanita mendapat keistimewaan membeli minuman Chatime dengan potongan harga sebanyak 50 peratus.
Tapi ia hanya sah bermula jam 3 hingga 5 petang sahaja. Promosi ini tidak termasuk pembelian kopi dan smootea, serta topping akan dikenakan caj berasingan.

Hm, okay la tu kan. Sekurang-kurangnya jimat juga kalau dapat beli dengan harga selepas potongan 50 peratus.
So, apa lagi guys jom minum petang di Chatime. Hiks!
Sumber: Chatime Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori, Mengapa Keputusan Ini Penting?

Setelah bertahun-tahun usul ini dibawa ke muka pembentangan, kerajaan Malaysia telah mengumumkan persetujuannya untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini. Sebagai ganti, hukuman yang bakal dikenakan akan tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Keputusan ini dicapai selepas pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kelmarin sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri.
“Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
“Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian dan jabatan berkepentingan,”
Beliau turut memaklumkan, kerajaan secara prinsip menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.
Bagi korang yang tertanya-tanya mengapakah keputusan pemansuhan ini penting buat Malaysia, ia secara tidak langsung memberi signal bahawa Malaysia kini sudah terbuka untuk sebarang pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinspi ‘proportionality’ serta ‘constitutionality’ (keperlembagaan) untuk mana-mana cadangan pada masa hadapan kepada pihak kerajaan.
Pemansuhan ini juga mencerminkan keutamaan kerajaan Malaysia masa kini dan pada masa hadapan untuk memastikan hak semua rakyat dilindungi dan terjamin. Maka, usaha untuk menambah baik sistem keadilan jenayah di Malaysia akan bertambah cerah selepas ini.
Tahniah Malaysia!
Sumber : (1)
BACA LAGI : 6 Bekas Penuntut UPNM Dipenjara 18 Tahun, Terlepas Hukuman Gantung – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ziarah Raya Hanya Pada Hari Pertama Saja, Hari Seterusnya Dikira Langgar SOP PKPB

Rayakan sebulan! Ini mungkin istilah yang biasa kita dengar sejak berpuluh tahun lalu malah mengambil kira senario tahun-tahun sebelum ini di penghujung Syawal masih ramai yang membuat rumah terbuka.
Namun untuk raya tahun ini, nampaknya rakyat harus membiasakan diri dengan konsep norma baru apabila konsep ziarah menziarahi ini hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja demi untuk mengelak penularan wabak corona virus yang masih belum berakhir.
Memetik laporan Sinar Harian dalam sidang akhbar hari ini, kerajaan sekali lagi mengingatkan rakyat di negara ini bahawa sambutan atau ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kali ini hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika lebih daripada tempoh tersebut, bermakna ia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


"SOP perayaan itu jelas bahawa sambutan hanya pada hari raya pertama. Kalau kata seseorang itu tidur di rumah yang dilawati pada hari pertama dan masih berada pada di rumah tersebut pada jam 12.01 pagi, ia telah lebih daripada 24 jam.
"Andai kata dia masih nak beraya pada hari kedua, ia salah daripada segi SOP yang dikeluarkan," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Ditanya mengenai pergerakan rentas daerah dalam negeri sama yang dibenarkan pada musim perayaan dan saranan kerajaan Johor agar rakyatnya tidak melakukan perkara tersebut, beliau berkata, perkara tersebut selaras dengan keputusan kerajaan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ia tidak menyekat tetapi tidak menggalakkan. Kalau kita perhatikan setiap hari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa walaupun ada kebenaran atau kelonggaran rentas daerah tetapi ia tidak digalakkan.
"Walaupun dibenarkan pergerakan rentas daerah tetapi tidak digalakkan untuk melakukannya. Kalau boleh bukan hanya pergerakan antara daerah tetapi pergerakan di luar rumah," katanya.
Sumber gambar : BERNAMA / Google (gambar raya sebagai hiasan)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jualan Yakult Melonjak Mendadak Gara-Gara Filem Komedi Remaja Netflix

Inilah yang kita panggil pengaruh yang di bawa dari budaya popular. Apa yang menarik dalam kes ini ialah ia muncul dari sebuah filem yang eksklusif ditayangkan menerusi platform streaming, Netflix.
Filem instant hit ini bertajuk ‘To All the Boys I’ve Loved Before’ yang merupakan adaptasi daripada novel berjudul sama karya Jenny Han telah secara tidak sengaja melonjakkan jualan minuman yogurt iaitu Yakult.

Menurut pengeluarnya iaitu Yakult Honsha CO., pihaknya mendapati kuasa product placement di dalam filem tersebut sangat berkesa walaupun ia bukanlah disengajakan untuk tujuan komersial.
Di dalam filem tersebut, salah seorang adik watak utamanya dilihat meminum minuman tersebut dan ia pantas menjadi topik hangat di Twitter.
Sekeping foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter juga menunjukkan salah seorang watak utama (yang menjadi pujaan ramai gadis) bernama Peter Kavinsky dilihat turut mengambil minuman ini.

BACA: 21 Filem Yang Wajib Kamu Tonton Sepanjang Bulan September
Menerusi filem ini, mereka tidak menyebut secara khusus jenama Yakult tetapi memanggilnya sebagai ‘Korean yogurt smoothie’. Dan sebenarnya jenama Yakult ini bukanlah berasal daripada Korea tetapi negara Jepun.
Walaupun namanya tidak sekalipun disebut tetapi ia nama jenamanya jelas kelihatan pada botol yang muncul beberapa kali dalam filem tersebut.


Impak terhadap jenama Yakult juga melonjak secara tiba-tiba apabila nilai pegangang saham meningkat sebantan 2.6 peratys sejak filem itu dikeluarkan di Netflix pada 17 Ogos lalu.
Dan sehingga kini brand awareness Yakult telah meningkat terutamanya di kalangan generasi millenial yang gemarkan sesuatu yang baru, tular dan muncul dalam apa-apa filem atau drama kegemaran mereka.
Bagaimana pula di Malaysia? Well, sejauh mana ia meningkat popular kami tidak pasti. Mungkin kerana jenama minuman ini sudah terlalu biasa dalam kehidupan seharian kita. Jadi impaknya mungkin tidaklah seperti yang berlaku di luar negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

