Hiburan

Cuma Boleh Tidur 30 Minit Sahaja, Chaeyoung TWICE Kongsi Detik Sukar Hampir Tinggalkan Kumpulan

Share

Baru-baru ini, penyanyi popular K-Pop, Chaeyoung TWICE mendedahkan detik paling sukar dalam kerjayanya sebagai seorang idol, termasuk ketika beliau hampir mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut.

Menerusi sebuah episod ke-74 rancangan di aplikasi YouTube SPNS TV berjudul “Chaeyoung and Shoes Off ‘Idols Are People Too’” yang disiarkan pada 9 Oktober lalu telah menampilkan Chaeyoung atau nama sebenarnya Son Chaeyoung (26) bersempena ulang tahun ke-10 sejak debutnya bersama TWICE.

Kredit foto: YouTube SPNS TV

Di dalam sesi perbualan itu, Chaeyoung berkata secara terbuka, bahawa beliau mengetap gigi dan terus bertahan. Meskipun beliau amat mencintai pekerjaan yang dilaksanakan, penyanyi itu tetap menganggap ia sebagai suatu tanggungjawab profesional, dan mengingatkan diri bahawa tidak semua perkara yang digemari boleh dilakukan sentiasa olehnya.

“Apabila jadual terlalu padat, tubuh saya menjadi sangat letih, namun saya tetap perlu melakukan perkara yang saya tidak mahu. Saya bertahan sambil cuba menjaga diri saya dari dalam,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang bahagian paling sukar dan mencabar sepanjang kerjayanya, Chaeyoung mengaku bahawa masalah utama adalah kekurangan tidur.

“Masa yang paling sukar adalah ketika promosi lagu ‘Cheer Up’ dan ‘TT’. Saya hanya sempat tidur sekitar 30 minit dan masih perlu ke sekolah,” ujarnya.

“Ada satu ketika, saya cakap ‘Saya rasa saya tak mampu terus bersama TWICE lagi’ Saya betul-betul tidak tahu sama ada saya boleh meneruskannya. Hal itu sangat serius, malah saya sering bergaduh dengan ibu saya tentang perkara itu,” jelas Chaeyoung.

Namun, ibu Chaeyoung menegaskan dirinya bahawa pelantun lagu ‘SHOOT (Firecracker)’ itu telah usaha keras selama tiga setengah tahun, sambil mempersoalkan kerugian yang akan dirasai sekiranya berhenti pada ketika itu.

TWICE ketika era Cheer Up yang melonjakkan populariti mereka sebagai salah satu girl group
TT yang dilancarkan pada tahun 2016

Pendedahan tersebut menggambarkan tekanan besar yang terpaksa dilalui Chaeyoung ketika promosi lagu-lagu yang menyumbang kepada populariti TWICE seperti ‘Cheer Up’ dan ‘TT’ di mana kekurangan tidur dan jadual padat membuatkan dirinya berdepan konflik emosi sehingga hampir menyerah.

Walaupun begitu, Chaeyoung meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada rakan-rakan kumpulannya.

“Semua ahli sangat baik dan mengambil berat. Jika ada masalah, kami akan berbincang. Keputusan dibuat berdasarkan undian majoriti, dan apabila sesuatu sudah diputuskan, tiada siapa akan merungut selepas itu,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Chaeyoung turut menggambarkan dinamika dalam kumpulan TWICE, dengan menyebut Nayeon dan Sana sebagai ‘mood booster’, manakala Jihyo pula berperanan menguruskan perkara yang memerlukan ketelitian.

“Kami masing-masing ada peranan sendiri. Peranan saya adalah menjadi maknae yang comel dan menerima banyak kasih sayang,” ujarnya berseloroh.

Sementara itu, pengakuan jujur daripada Chaeyoung ini telah mengundang pelbagai reaksi para peminat terutama ONCE dan ia juga membuka mata orang ramai mengenai realiti pahit di sebalik kerjaya gemilang seorang idol.

Kredit foto: YouTube SPNS TV
Kredit foto: YouTube SPNS TV

BACA: TWICE Kembali Ke Malaysia Menerusi Jelajah ‘This Is For’! Bakal Hangatkan Kuala Lumpur Oktober Ini

Namun, semangat kekeluargaan dalam TWICE ternyata menjadi kekuatan utama yang membuatkan Chaeyoung kekal bersama kumpulan itu hingga ke hari ini.

Sekadar info, TWICE yang dianggotai oleh sembilan gadis cantik seperti Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu dijadualkan bakal kembali bertemu peminat di Kuala Lumpur menerusi siri jelajah dunia ’This Is For’ yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober ini di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE